Tuesday 10 December 2013

Dah takde rezeki... :)

Semalam sampai rumah lebih kurang pukul 8:30 malam.  ni semua gara2 ada lori terbalik kat bandar tasik selatan dan jem nya sampai ke ampang. Dalam keaadan badan yang sangat letih tu, saya pun gagahkan diri untuk masak makan malam.  Udang Masak Lemak Cili Api versi tak pedas. Sebabnya tetiba rasa nak makan masa beli udang kat Aeon Bandar Bukit Mahkota Ahad ari tu.

Bila dah badan penat, makan pun sikit je.  So banyak la lebih lauk tu dan niat dalam hati nak bawak bekal ke ofis esoknya.  Pagi2 tadi terus panaskan lauk dan letak dalam bekas kemas2.

Lunch hour!!! yeayyy

Keluarkan bekas makanan dan terus ke pantry untuk panaskan sekali lagi sebab dah sejuk (aircond kan...) bila dah TING!!!! saya pun keluarkan dan terus bawak ke cube untuk makan depan pc.  Malangnya bekas makanan tu terlepas dari tangan.  Habis bertaburan nasi dan lauk Udang Masak Lemak Cili Api saya tu. haihhhh takde keje dapat keje pulak... Dengan sedihnya saya pun pegi la cari kain buruk untuk kemaskan tempat yang dah bau masak lemak tu.

Dengan perut yang lapar, saya pun bancuh milo dan amik biskut marrie kat pantry.  Tak sampai sejam, perut masih berkeriuk keriuk... Tiba2 member ajak pegi cafe... dan saya pun tapau la nasi and lauk mana yang ada je... (jam dah 2 lebih pun)

Ini aje yang selera...
Nota: Sib baik ada tinggal sikit balance lauk tu kat rumah...

Monday 9 December 2013

Jurujual itu si Pendesak

Salam... sila baca tajuk di atas dengan nada yang mendatar.

Saya maksudkan disini bukan semua jurujual adalah pendesak.  Apa yang berlaku ialah, petang jumaat lepas dan ketika itu saya berada di farmasi (tengah bayar). Ada seorang jurujual bangsa asing (bukan awang hitam) menunjukkan gambar perhiasan ayat2 Al-Quran. Setelah menyatakan TIDAK MAHU, dan tidak menghiraukan apa yang dia tunjuk pada saya, saya terus membayar. Dalam masa yang sama dia terus mendesak saya membeli barang yang dijual.  

Lantas saya menegaskan tidak mahu membeli apa2 dari dia. Tapi dia terus memujuk dengan menunjuk gambar keluarganya yang kesusahan. Walaupun begitu saya masih berkata tidak bukan kerana tidak kasihan tetapi sedikit geram kerana dia sangat mendesak.  Bila saya keluar dari farmasi, orang itu terus mengekori saya dan menawar sesuatu yang lebih murah.  Oleh kerana tak tahan, saya setuju untuk membeli yang RM5.  Bila saya menghulurkan duit kertas RM10, dia seharusnya pulang kan baki RM5 kepada saya... Tetapi hanya pulangkan RM4 dengan alasan takde duit kecik.. eiiiiii pembohong!!! saya nampak duit dalam wallet dia. Untuk tidak berlarutan, saya terus pergi dari situ kerana tersangat sakit hati. 

Nota: Saya tidak kisah apa yang orang mahu jual pada saya. tetapi kalau tak kena gaya, saya memang tak akan beli. Tapi kalau dah mcm ni caranya terpaksa la jugak sebab saya berseorangan waktu tu dan dah pukul 6pm lebih pun... (Takuttttt).  Lagi satu saya bukan memandang rendah pada jurujual kerana saya juga pernah menjual.  Cuma jgn paksa2 orang.  Orang tak suka pun. 


Thursday 5 December 2013

Mat Luthfi #HidupBebasHutang

Salam...

Sape dalam dunia ni nak hidup dalam keadaan berhutang.  Kalau boleh semua nak #hidupbebashutang.  Bila kita cakap tentang hutang ni ada hutang yang baik dan ada hutang yang memudaratkan.  Contoh yang saya pernah dengar, hutang yang baik tu seperti pinjaman perumahan di mana kita memiliki aset yang menguntungkan. Semua orang berebut nak beli rumah tapi apakan daya harga rumah skang dah tak masuk akal. (sedih) .  Manakala hutang yang jahat (lawan perkataan baik) ialah seperti hutang kredit card yang mana kita sedia maklum interestnya saja sudah tinggi.  Jadi sila bayar lebih dari kadar minimum yang ditetapkan :)   Oleh itu kawan mari kita dengar video yang dibuat oleh vloger kesayangan kita nih Mat luthfi... Hidup bebas hutang...





Wednesday 4 December 2013

Definisi Orang yang BERMASALAH

Salam,

Tadi ada *keramaian di mini library kat tempat saya bekerja ni... haha keramaian la pulok. Aktiviti utama yang diorang adakan ialah buat pinjaman buku beramai2... dan minimum mestilah 3 buah buku sekali pinjam, baru lah dapat doorgift.  

Ok ok, bukan lah cerita doorgift atau goodies yang saya nak cerita kat sini.  Tetapi tentang salah satu buku yang saya pinjam iaitu 'Menghadapi Orang Yang Bermasalah'.  Pilih buku kemain lagi. Ye laaa kadang2 kita ingat orang tu bermasalah rupanya masalah tu berpunca dari kita sendiri.  Jadi apa salahnya kita cuba muhasabah diri dan jangan lari dari masalah.  (Walaupun hari2 kena hadap). 

Maksud Orang Bermasalah seperti yang dipetik dalam buku ni ialah;

" Orang yang anda tidak tahan dan yang tidak akan melakukan apa2 yang anda perlukan daripada mereka, atau melakukan yang anda tidak mahu mereka lakukan dan anda tidak tahu bagaimana hendak menghadapi mereka"

Aduhh berbelit saya baca benda ni dan terpaksa baca banyak kali untuk hadam makna dia sebenar.  Ini kerana buku ni di translate dari English ke BM.. begitu lah jadi nya.. huhu

apa yang saya faham setelah puas menghadam ayat tu ialah'

Orang yang bermasalah ini adalah orang yang kita memang tak tahan dengan dia, orang yang tidak sesekali menyenangkan kita bila kita perlukan sesuatu, orang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara yang kita tidak sukai serta orang yang kita tak tahu nak hadapi mcm mana sehari2...

paham tak??  tapi buku ni saya tak abis baca lagi.. tunggu la berita selanjutnya ye.. saya baru baca mukadimah.. heheh... 

Adehh ada terhutang entry nih... yang ni pun tengah gigih nak sambung. tungguuuuuu...

Sunday 1 December 2013

Mengumpul Air Mata

Salam.... hidup kita umpama roda. kadang diatas dan kadang dibawah. ia takkan sama sepanjang masa. takde org yg bahagia je hidup dia kerana ada masanya masalah akan menimpa.
seringkali terjadi nya sesuatu perkara yg mengusik perasaan akan membuat kita mengalir air mata. Tapi adakalanya airmata tidak sesuai utk dialirkan kerana keadaan tidak mengizinkan...
begitu lah wanita... fizikalnya memang rapuh tetapi kekuatan perasaan mengatasi segalanya. walau begitu runtun hati nya, airmata tidak semudah itu ditunjuk pada org.
Dikala bersendiri, baru la ia menjadi dirinya..