Wednesday 29 August 2012

Realiti yang orang sukar nak akui... or takmau amik tau.

Setiap kali menjelang hari raya mmg best kalau dapat pegi shopping.  semua nak baru.  dari benda yang tak perlu beli pun nak beli jgk. itu memang lumrah manusia bak kata orang sunat pakai pakaian baru masa raya... cehhh bab ni mmg hangpa terrer no..

Ni antara pengajaran untuk kita semua termasukla diri saya sendiri...


#1 Bayar semua bil before Shoopppppppiiiiinnnggggggggggg!!!

# 2 Jangan sesekali overuse your credit card.  Swipe sana swipe sini mmg best. tapi sila bayar exact amount yang you belanja ok… Anggap credit cards as tool untuk avoid too much cash in your wallet.  So lepas shopping sila bayar.

# 3 Don’t ever trust Jualan harga runtuh…. Sales 80%…. Half price!! Clearance.. last last mesti terbeli barang yang tak sales.  Sebabnye yang sales tu sume stok zaman tok kaduk…  (memang elok kerajaan buat pantauan mana2 outlet yang nak buat sales ni.. sebab pembeli selalu terkena…)

# 4 Tolong la masukkan duit simpanan dalam ASB or apa2 akaun yang xde atm card.  Ini kerana atm card tersangat la bahaya kerana mudah mendorong anda ke atm machine..

# 5 Tolong la baca artikel ni ketika duit tengah banyak kerana bila duit dah sikit or nyawa2 ikan ia tidak berguna lagi… hehehe (peringatan untuk diri sendiri jgk.. gulp)


Klinik Berhenti Merokok

Hehhh susah sangat ke nak berhenti merokok ni sampai kena pegi klinik bagai....tu la dia nye... Bagi orang yang tak merokok, mmg menyampah giler dengan orang yang cuba berhenti merokok tapi tak penah tercapai...(tak boleh tahan laa... rasa tak senang duduk laa... rasa tak best laa) Terasa pelik sesangat kenapa sebatang rokok tu mempunyai daya tarikan yang tinggi hingga susah bebenor deme ni benti rokok. Tapi itu la hakikatnya... Kita kena paham gian nak merokok boleh buat orang jadi tak tentu hala, kejap2 nak marah, kira tak lengkap la kehidupan dia seharian kalau tak dapat rokok.  SAMPAI bila pulak kita nak kena paham tentang gian merokok ni sedangkan orang merokok lagi kena paham semua manusia yang ada kat muka bumi ni berkongsi udara, oksigen dan segala keindahan yang tuhan ciptakan untuk kita...  Jadi aktiviti mencemarkan udara dengan asap rokok adalah sesuatu yang tidak bermoral.  (sorry kenyataan nya agak keras tapi itu la pendapat saya)

Salah satu hospital yang menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok...  klik SINI

Berbalik kepada tajuk kita kali ni, berita baik kepada semua perokok yang ada cita2 nak benti rokok... gunakan jari jemari anda tu untuk meng'google' Klinik Berhenti Merokok... yang dianjurkan oleh hospital2 kerajaan diseluruh Malaysia... tetapi, para perokok sekalian haruslah 100% nak berhenti bukanya 50-50 or saje2 nak dengar kaunseling... sebabnya komitmen selama 3 bulan perlu diberikan bagi menjayakan misi berhenti merokok... 

Apa yang menarik lagi para pesakit or perokok akan diberikan pil yang perlu diambil setiap hari ala2 pil perancang yang tak boleh miss mengikut harinya... pil ni bukan laa pengganti nikotin seperti yang terdapat dalam pasaran tetapi mmg menjadi kan perokok rasa nak termuntah or tak sedap langsung bila merokok malah asap rokok pun boleh buat dia pening... menarikkan!!  

Saya terbukak ati nak buat entri pasal merokok ni sbb orang yang paling dekat dengan saya iaitu suami telah pun mengikuti klinik tersebut.. so far alhamdulillah misi nya berjaya... bukan setakat bulan puasa, dah bulan raya ni pun dia tak nak merokok sebab katanya nak muntah bau asap tu... hehe (baru dia tau...) Harap2 ia berkekalan la ye... dari belum kahwin, start mengandung n dah bersalin pun asik dengar nak behenti rokok je tapi dok hisap lagi... semoga berjaya la ye sayang... amin... 
Bagi yang masih tercari2 solution benti rokok ni, rajin2 la google klinik berhenti merokok tu ye. 

Kalau dulu tak tahu, sekarang jgn buat tak tahu ye... usaha tangga kejayaan... Sumber: http://www.cepp.utm.my


Psst: duit beli rokok dah boleh spend untuk susu anak... :P

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya samaada secara peribadi ataupun hanya di alam maya... Walaupun syawal sudah pun 11 hari, masih terasa-rasa mood hari raya... cewahhh ni sume alasan kat boss untuk bermalasan kat office.. oh tidakkk... kalau dulu masa kecik2 bagi saya hari raya hanya diraikan pada cuti hari raya itu sendiri... seminggu je pulun raya... tapi sejak dah besar ni n sejak dah berhijrah ke kuala lumpur ni, definisi raya tu dah berubah... betul laa orang kata, orang KL ni kalau beraya sampai sebulan... tak pecaya?? tunggula setiap hujung minggu, tengok saje jalan raya yang tersangat jem sebab semuanya nak memenuhi undangan open house sana sini... sana open sini house... hehe..

Kalau tak cukup bulan syawal, sampai ke zulkaedah diorang buat open house... ye laa dah tak cukup ari minggu nak buat.. semua adik beradik pun buat, so kena la tunggu turn.  kang takde orang datang pulak kan..Memang seronok laa kalau dapat sesekali berkumpul rumah kawan2 or sedara mara yang buat makan2 ni.. tapi jangan la datang hanya kerana makan2 tu.. kalau yang tak buat open house tak nak pulak diorang nak menziarah... tak baik tau... nnt hilang keberkatan syawal tu sendiri...

Ok laa sebelum terlanjur kata atau perbuatan, selamat beraya la kita ye.. hati2 dijalan raya... sila print map siap2 ye kat google map sebelum pegi open house.. hehe kang tersesat je kejenya.. alaa orang sekarang dah canggih. boleh kata semua ada gps... kita je takde.. semua ikut gerak ati.. haha... 

Pinjam kat www.wanwma.com

SELAMAT HARI RAYA...

Tuesday 14 August 2012

Mari menguruskan diri... ehhh mengkuruskan diri...

Tajuk tak menahan... macam best best je pulak...

Sejak dah bersalin nih, semua orang yang saya jumpa mesti tanya mcm mana saya boleh kurus dengan cepat...
oppssss WARNING: Ini bukan iklan ubat kurus.

Sebenarnya saya pun tak perasan yang badan saya makin susut.  Orang selalu ingat saya diet laa.. makan apa2 ubat laa... selalunya bila orang tanya, antara jawapan yang selalu saya cuma jawab
1. "saya hanya menyusukan anak saya... agaknye la kot berat boleh turun cepat"
2. "baby boy ni buat saya tak boleh duduk saje... anak aktif, mak lagi kena aktif"
3. "urusan rumahtangga semua buat sendiri... xde orang gaji.." (macam orang lain tak buat keje pulak..hehe)

Kalau ikutkan saya makin kuat makan... lagi laa dapat suami yang mmg kuat makan... takkan saya nak tengok je kan.. terpaksa la makan... haha. Cuma satu je... saya makan dalam kuantiti sikit tapi kerap... (hmm sikit la sangat)

Baru sat tadi buat medical check up kat office... timbang punya timbang, berat saya turun lagi. mungkin sebab puasa kot... tapi yang tak tahan tu lemak tinggi... itu bermakna, saya kena reduce fat saya dengan cara menukar menu goreng mengoreng ke panggan memanggang, rebus merebus, kukus mengukus... kukus grill panggang kukus grill panggang (macam iklan panasonic pulak ... MasterChef Selebriti)

Lagi best bila tengok result tadi, saya punya Metabolic Age adalah 29tahun... haha saya dah muda 3 tahun.. (metabolic age ni lebih kurang maknanye macam ni. dengan berat, lemak, muscle, bone dari result saya timbang tadi tu bersamaan dengan orang umur 29tahun...

Kesimpulannya... orang yang kurus kedekiang tu, xsemestinya elok or sihat kalau fat dia tinggi.. macam result yang saya dapat tu laa... apa yang penting reduce fat bukan reduce weight... kalau kita hanya focus pada weight, badan kita sebenarnya tak fit.. macam saya ni laa... asik letih je.. baru saya faham kenapa saya asyik letih... kurang air, kurang kat muscle.... so makan sihat, hidup sihat...


Friday 10 August 2012

Adek saya yang menawan

Ini adek bongsu saya... Dia tak kahwin lagi.. dan dia takde boyfriend pun.  Sesiapa yang masih single, comment la kalau nak mingle.. huhu... jangan marah adek...

Dia lahir pada 14 Oktober 1988. Seorang yang tegas dan senang benor sentap. Saya suka cari pasal dengan dia. Sebab dia tak layan saya kat YM. kononnya dia bz.

Dah lama tak keluar dengan dia.  Kalau pegi shopping dia suka pau saya.  Nak makan yang best best je.. Dia suka makan kenny rogers... (pilih yang mahal je).

Sekian