Monday 29 July 2013

Pengalaman Kali Pertama Berniaga

Salam semua... lamanya saya tak update cerita kat blog. Ni semua gara2 agak sibuk kebelakangan ni.  Apa la yang sibuk sgt tu ek... ok ok ceritanya kami suami isteri telah cuba2 untuk menceburkan diri dalam berniaga ni... Kali pertama berniaga ni mmg agak mengujakan (haha ayat kemain..) dan jugak agak penat kerana terpaksa membusykan diri walaupun di hari minggu.  Niat nak berniaga ni mmg dah pasang dari dulu lagi tapi tak tahu nak berniaga apa sampai lah kami dipertemukan dengan Baju Melayu Kain Tshirt ni... Satu trend yang sangat2 baru dan menyebabkan kami tak duduk diam apabila menguruskan page facebook kami yang satu tu... Bintang Collection

Entry kali ni bukan saya nak cerita tentang bestnya baju ni tetapi pengalaman kami berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan. Alhamdulillah segala kepayahan tu kami dapat atasi.. ye laa bisnes kecik2, rintangannya pun kecik kan.. Tapi bagi kami yang setahun jagung ni mesti la sesuatu yang baru.. selama ni hanya menjadi pembeli dan kini penjual.. Baru la kami faham perasaan penjual tu kalau orang tanya macam2 tapi at last.. "ohhh saje tanya je" hehe... nak buat macam mana kan, terima aje laa...

Selain tu kami ni jenis lurus bendul pun ada jugak kerana terlalu percayakan orang sampai sanggup pos barang dulu sebelum menerima bayaran.. Nak tahu kenapa kami sanggup buat macam tu??? ni kan bulan puasa yakni bulan Ramadan yang sangat mulia sehinggakan nak buat sekecil2 dosa kering pun tak sanggup.  Jadi kami anggap takkan la ada orang sanggup tak bayar. Tapi ia berlaku jugak.. walaubagaimana pun ia tak menjadi sebab musabab untuk kami berputus asa kerana masih ramai customer yang baik. So, takkan la kerana sorang kami nak tutup kedai kan...

Haa lagi satu, selain Baju Melayu Kain T-shirt ni kami juga menjadi agent menjual kuih raya jgk... Oleh kerana yang ni kali pertama jugak, jadi kami mmg tak ambil untung banyak pun. dan yang membelinya pun semua kawan2 rapat, adik beradik serta sedara mara je pun... Apapun, bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki kerana dengan 2 bisnes ni, tak putus la cash dalam simpanan kami.. Boleh la bagi banyak sikit duit raya tahun ni.. ok kanak2 sila beratur ye... (haiipppp saya cakap kanak2 je.. ) 

Oh yaa kalau ada sesiapa yang masih tercari2 baju melayu untuk sicomel anda, boleh la terus ke Facebook Bintang Collection ye... terdapat banyak warna yang menarik untuk dimiliki... 


Tuesday 9 July 2013

Terkini: Baju Melayu Kain T-shirt

Salam Ramadan untuk semua. Nampaknya esok masuk la bulan Ramadan yang sangat kita nanti2kan. Ok ok sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut tentang persiapan Ramadan ni. Saya nak share sikit tentang cerita hari raya... haha baru nak puasa dah cerita pasal hari raya. bukan apa, selalunya bila menjelang je musim perayaan ni, rasanya bagai tak lengkap kalau tak beli baju raya.  Bagi ibu bapa macam saya dan kawan2 yang lain, sudah tentunya keperluan anak sangat la diutamakan. Kalau boleh semua nak baru.

Bercerita tentang Baju Melayu, mungkin sudah ada yang tahu atau mungkin tak tahu di mana Baju Melayu Cotton T-Shirt menjadi pilihan semua ibu bapa untuk jejaka2 mereka yang berusia dari lahir hingga la umur 10 tahun. Kenapa?? ini kerana material nya yang selesa dan sesuai untuk kanak2 yang aktif. Jadi bila berpeluh tu takde la asik nak tukar baju, Kesudahanya baju melayu tu dipakai hanya di pagi raya. Jadi, Baju Melayu Cotton Tshirt ni la penyelesaianya... Dah la selesa malah pembelian yang berbaloi kerana lepas je musim raya, baju tu boleh dijadikan baju tido yang selesa dan tidak terperuk je dalam almari.

Saya memperkenalkan rangkaian Baju Melayu Kain Tshirt yang terhangat di pasaran











 Untuk Maklumat Lanjut Sila ke blog Bintang Collection atau LIKE Facebook kami Bintang Collection

Sekian
 

Thursday 4 July 2013

Danial suka air tangan ku...

haha statement riak giler.

Sejak Danial diperkenalkan dengan solid food, memang saya tak kasi chance la kat semua bijirin segera yang ada jual kat pasaran tu.  Bubur, puree, dan segala macam menu Danial saya akan masak sendiri. Segala benda la saya pantangkan untuk dia bagi memastikan Danial kenal dengan air tangan mama dia ni.  Bila dah melepasi usia 1 tahun, saya dah longgarkan sikit menu dia dan cuba mencampur menu homemade dan menu kedaimade. Tapi nampaknya Danial lebih berselera kalau makan makanan yang saya masak.  (kembang kempis hidung).

Tapi bukan la nak kata anak saya tak penah tolak makanan.  Sepanjang usia dia yang dah 20 bulan ni, banyak kali jgk la saya menghadapi situasi yang dia xmo makan.  Penat2 masak untuk dia, tapi xmo makan.  Kalau hari kerja dah la sampai rumah pukul 7, rehat jap terus ke dapur untuk masak untuk Danial n untuk kami.  Masa dia masih makan bubur atau puree, saya memang ada praktikan aktiviti frozen puree ni.  Tapi bila dah besar, mana dia nak layan tu sume.  Dah ada gigi la kata kan.  Jadi saya perlu sediakan 2 menu ikut selera bapak anak. 

Macam tu la kalau dah jadi mak mak ni kan.  Kalau dah anak tu suka makan masakan kita, maka dengan bebesar hatinya kita akan masak untuk dia. Tapi kalau dah letih malas tu, terpaksa la makan kat luar. huhu.

Senyum Kekenyangan