Friday 18 August 2017

Jom Beli T-Shirt Sukan SEA KL 2017 tanda sokongan

Salam,

Kehangatan Sukan SEA KL 2017 semakin terasa.  Satu demi satu pingat emas terkumpul menjadikan Malaysia di tempat teratas.  

Syabas Malaysia 🎇🎇🎇🎇

Dari yang tak minat sukan terus tiba2 bersembang pasal sukan. haha... anak sape la tu.. 

Tadi tengah beli makanan tengah hari ternampak la geng2 reporter ni pakai t-shirt SEA Games.  ehhh cantik la pulak.  terus rasa nak beli satu.  kalau dah perempuan....hmmm

Cari punya cari, baru tau yang LAZADA ada jual.  Bukan setakat T-shirt je tetapi segala tok nenek merchandise dia jual.  Siapa yang kaki online shopping macam saya ni sesuai sangat grab buat kenangan sebagai tanda sokongan.  

Ni saya bagi link jualan merchandise Sukan SEA kat Lazada

T-Shirt SEA Game KL2017 Lazada MY

T-Shirt Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


nah kita belanja sikit antara design yang ada...




Notakaki: saya tak jual baju sukan sea ni tau.  saya hanya share kat mana nak beli..  nak beli kat mana?? ye betul. klik aje link tu bagi memudahkan pembelian anda kat Lazada...

Thursday 17 August 2017

Rindu yang tiada lagi berbalas

Salam

#innalillahiwainnailayhirajiun
Al-Fatihah

Akhirnya segala kesakitan mama telah pun berakhir pada 10 Ogos 2017 tepat jam 11.39 malam.  Dalam sedih saya tetap bersyukur kerana mama tidak lagi perlu menanggung segala kesakitan yang dialami sejak kesihatannya tidak menentu.

Nosocomial Sepsis.  Begitulah yang tercatat dalam surat daftar kematian mama di ruangan SEBAB KEMATIAN.  Dalam bahasa yang mudah ia adalah jangkitan kuman dalam darah.   Dengan keadaan jantung yang semakin lemah agak sukar untuk mama sembuh seperti sediakala.  Doktor pun dah bagi hint anytime jantung  boleh terhenti.  ðŸ’”💔💔

Bagaimana ye rasanya bila dah takde ibu?
Sukar nak digambarkan dengan kata.  Rasa kehilangan tu bagai mencengkam dalam sanubari saya.  Di dalam kesukaran nak menerima hakikat, saya tetap redha.  Mama dah pun tenang berada di alam lain... Cuma ada masanya saya bagai terasa mama masih dirawat di hospital.. huhu

Malam tu...
Abah call bagitahu pihak hospital maklumkan mama tengah kritikal.
Allah
Allah
Allah

dan tak sampai setengah jam, mama dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah dibawa pulang ke rumah malam itu juga.  lebih kurang pukul 2.45am van jenazah hospital sampai.  Saya masih dalam perjalanan pulang ke Taiping.  Sepanjang perjalanan ada masanya terlelap dan kejap2 terjaga.  Saya cuba untuk tidur tetapi tak boleh.  Air mata ni macam tiada noktah. Selebat hujan malam tu.

Sampai je terasa berat sungguh kaki hendak melangkah ke dalam rumah.  Kalau ikutkah hati, nak je saya meraung depan pintu apabila melihat sekujur tubuh mama terbaring di ruang tamu.  Cepat tidurkan semula Shawqi kat dalam bilik.  Bila anak2 semua dah masuk ke bilik, terus saya ke bilik air mengambil wuduk dan cepat2 menemui mama.  Kain penutup ditarik dan terus memegang wajah mama... Sejuk dan kaku.  Masih ada sisa darah keluar dari hidung...

Saya dah kakak ipar bergilir2 bersih darah tersebut supaya wajah mama bersih.  Seusai solat subuh,  seorang demi seorang jiran2 datang melawat.  Alhamdulillah, ramai yang datang ziarah.

Dalam mengharapkan kelancaran urusan jenazah, tiba2 kami dimaklumkan nama mama tiada dalam senarai khairat kematian Masjid Al-Hidayah Asam Kumbang Taiping.  Menurut abah, dia dah masukkan nama mama.  Mujur abah ada simpan resit.  Tetapi setiap daerah pembayaran khairat kematian adalah tidak sama.  Menurut pihak pengurusan masjid, walaupun ada nama mama penama tersebut, ia tetap dikira satu nama iaitu nama abah.  hmm apa boleh buat.  Nak gantikan mama ke tempat abah pun tak boleh juga.  Dalam kegusaran itu, kakak ipar saya mendahulukan duitnya.  Jumlah pembayaran untuk menguruskan jenazah lebih kurang RM1000.  Alhamdulillah... mana nak cari kakak ipar yang baik ati macam tu.  Abah nak ganti balik tapi kakak dah niat sedekah pada Mama... 

Sepanjang jenazah masih dirumah, saya cuba untuk berada disisi mama, tapi bila terlalu ramai yang datang saya akan beredar dari situ agar memberi peluang jiran2 serta saudara mara menatap mama buat kali terakhir.  Saya hanya mampu termenung di tepi muka pintu bagaikan anak kecil yang bingung kerana ketiadaan ibu.  Sampai lah ada seorang jiran meminta saya duduk disebelah jenazah kerana ini merupakan peluang terakhir yang tiada gantinya.  ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢  

Dalam mengharap segala urusan hari itu dipermudahkan, ada juga yang bercakap2 kerana kami tidak membersihkan mama terlebih dahulu sebelum di bawa kemasjid.  ini kerana mama masih ditutupi dengan pakaian hospital.  hmmm kalau ikutkan nasihat yang lebih arif sebelum tu, menyarankan hanya sapukan minyak di sendi2 dan tidak perlu dibersihkan.  Lagi pun kurang dari 2jam mama akan dibawa ke masjid untuk diuruskan.  

Lebih kurang pukul 10.30 pagi van jenazah sampai dan membawa mama.  Itulah moment terakhir melihat mama keluar dari rumah buat selama-lamanya.  Sejurus itu, kami semua bergegas ke masjid dan saya terus tempat jenazah dimandikan.  Saya pernah mengikuti kursus pengurusah jenazah masa belajar di UUM dulu.  Menguruskan jenazah olok2 sangat berbeza dengan menguruskan jenazah ibu kandung.  Setiap tindakan dilakukan dengan deraian air mata.   Melihat adik yang teresak menambah sayu dihati.  Ya, kalau saya sedih apatah lagi dia.  siang malam menguruskan mama dengan sabar dan kehilangan ini sangat menyakitkan.  

Hampir jam 11.30, jenazah sudah pun disemadikan.  Cuaca mendung hari tu bagai mengerti perasaan kami.  Terasa seperti alam turut mengasihani mama.  

Usai sudah urusan mama di dunia ini.  Harap kalau ada yang membaca coretan saya hari ini dapat mendoakan dan hadiahkan Al-Fatihah kepada mama saya.  Terima kasih saya dahulukan.

Kehilangan ibu sesuatu yang sangat meruntun jiwa.  Sesiapa yang pernah merasainya pasti akan terasa kekosongan itu.  Hilangnya 1 nikmat yang tiada galang gantinya...

Al-Fatihah

Hajah Pahimah binti Haji Alang Ismail
1 Oktober 1951 - 10 Ogos 2017

Notakaki 😢😢😢

Cara-Cara Memenangi Hadiah Percutian ke Holland dengan susu Friso Gold

Salam,

Siapa kat sini yang wishlist dia nak pegi Holland??

Mungkin ini peluang anda 💗💗💗



Maklumat Peraduan Friso Gold®:

Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®!

Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah berikut:
  • BELI susu tepung rumusan Friso Gold® Step 3 atau Step 4 untuk mengumpul mata. (1 X 900g = 15 mata; 1 X 1.2kg = 12 mata)
  • JAWAB satu soalan mudah: Friso Gold® 100% dihasilkan dan dibungkuskan di Holland. BENAR/SALAH
  • WHATSAPP jawapannya ke 012-6458311 dengan sebuah foto yang jelas sebagai bukti pembelian, nama penuh ibu atau bapa, tarikh lahir (DDMMYY) dan jantina, serta umur kanak-kanak tersebut (haruslah berumur 2-8 tahun bagi tahun 2017).


12 peserta teratas dengan mata terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh peraduan akan disenarai untuk melalui cabaran pemilihan akhir. Sekiranya terdapat keputusan seri, di mana kedua-dua peserta mempunyai jumlah mata terkumpul yang sama, peserta dengan penyertaan terawal akan tersenarai.

Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Hadiah Utama x 2: percutian keluarga ke Holland serta lawatan ke ladang tenusu Royal FrieslandCampina bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak!
Hadiah Pertama x 10: bekalan produk Friso Gold® selama 6 bulan (setara dengan 24 tin Friso Gold® 900g – Step 3 atau Step 4 bergantung pada umur kanak-kanak).


Tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk memenangi percutian impian keluarga anda bersama Friso Gold®!

Mudah kan... Manfaatkan setiap pembelian susu tepung Friso Gold.  

Sekian.

Notakaki:  Safiyya suka sangat susu Friso Gold tu... tak perlu tambah coklat.  sebab sebelum ni dia dah taknak minum susu putih. semua kena perasa coklat.  

Bercuti ke Holland dengan Friso Gold

Menangi percutian keluarga ke Holland!

Ketahui bagaimana Friso Gold® dihasilkan menggunakan kebaikan alam semula jadi dan ditambah baik dengan sains


Kuala Lumpur, 17 Ogos 2017Holland, negara yang dikenali dengan bunga tulip dan kincir angin, juga merupakan tapak bagi Royal FrieslandCampina, yang menghasilkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Friso Gold®. Kini, dua keluarga berpeluang untuk bercuti di Holland! Selain daripada itu, mereka juga dapat melawat ladang Royal FrieslandCampina dan menyaksikan penghasilan produk susu Friso Gold®.

Pengalaman sekali seumur hidup ini membolehkan para pengguna Friso Gold® memahami bagaimana jenama ini mengambil kebaikan alam semula jadi dan mempertingkatkannya dengan sains untuk menghasilkan susu tepung rumusan bermutu tinggi bagi kanak-kanak di seluruh dunia.

“Nutrisi semula jadi. Mudah dihadam agar kuat dari dalam – ini merupakan janji Friso Gold®, memastikan hanya yang terbaik digunakan bagi setiap produk untuk memenuhi keperluan dan cita rasa para pengguna di lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.


“Di Royal FrieslandCampina, lembu baka Frisian tulen merupakan sumber produk susu kami yang amat baik, dilayan seperti keluarga sendiri. Kami sememangnya syarikat tenusu yang unik kerana 20,000 peladang kami, yang terlibat secara langsung dalam penjagaan lembu dan pengurusan ladang, memiliki syarikat ini. Oleh itu, mereka memastikan penjagaan rapi alam semula jadi bermula dari kualiti baik lembu hingga ke setiap titisan susu yang digunakan untuk penghasilan rumusan Friso Gold® sebelum dihidangkan untuk si manja anda,” kata Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan bagi Dutch Lady Malaysia.


“Kami memberikan yang terbaik dalam penjagaan alam semula jadi dan menambah baik dengan sains di setiap rantaian bekalan kami bagi membekalkan susu yang kaya dengan nutrien agar si manja anda kuat dari dalam. Sebagai ibu bapa, ia adalah amat penting bagi kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita, dan Friso Gold® dapat membantu anda mencapai matlamat ini,” tambahnya.

Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun dalam bidang tenusu, Friso Gold® dapat menghasilkan persekitaran optimum yang diperlukan bagi menghasilkan susu berkualiti tinggi. Ia bermula dengan para peladangnya, yang berusaha keras dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan alam semula jadi agar lembu-lembu dapat menghasilkan susu yang berkhasiat tinggi secara semula jadi.

Lembu-lembu kami diberikan makanan yang seimbang, terdiri daripada rumput rai dan jagung, dan dipantau secara individu menggunakan tanda dan rantai elektronik untuk memastikan kesihatan mereka berada di tahap optimum.

Friso Gold® menggunakan sistem pemerahan susu automatik, yang membolehkan lembu untuk memilih waktu mereka mahu diperah. Dengan bantuan sistem ini, membolehkan mereka menghasilkan susu yang lebih baik.

Apabila susu dihasilkan, peladang-peladang kami menggabungkan kepakaran dan pengalaman yang terkumpul bergenerasi lamanya, dengan sistem pemantauan dan pemerahan susu yang berkualiti tinggi membolehkan mereka untuk memastikan kebersihan dan kualiti susu kekal konsisten sepanjang proses ini.


Sewaktu penghantaran, pemandu trak akan memastikan bahawa susu miliki warna dan bau yang betul. Susu tersebut disimpan pada suhu tidak lebih daripada 4 darjah Celsius untuk mengekalkan indeks kesegarannya yang tinggi.


Di kilang, susu yang semula jadi dan kaya dengan nutrien ini, dipertingkatkan lagi menggunakan sains.

Friso Gold® menggunakan teknologi inovatif yang dikenali sebagai LocNutriTM – proses yang menggunakan haba sederhana untuk memastikan nutrien dalam susu tidak terlalu panas waktu pemprosesan. Susu segar diproses secara perlahan menggunakan haba sederhana untuk memelihara nutrien hampir kepada struktur yang asal, agar ia mudah dihadamkan oleh kanak-kanak. Teknologi ini memastikan kebaikan nutrisi semula jadi susu dipelihara apabila diproses untuk menghasilkan susu tepung rumusan. Bagi tujuan keselamatan dan kualiti, produk diperiksa semula sebelum dibungkuskan bagi tujuan penghantaran.

Maklumat Peraduan Friso Gold®:

Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®!

Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah berikut:
  • BELI susu tepung rumusan Friso Gold® Step 3 atau Step 4 untuk mengumpul mata. (1 X 900g = 15 mata; 1 X 1.2kg = 12 mata)
  • JAWAB satu soalan mudah: Friso Gold® 100% dihasilkan dan dibungkuskan di Holland. BENAR/SALAH
  • WHATSAPP jawapannya ke 012-6458311 dengan sebuah foto yang jelas sebagai bukti pembelian, nama penuh ibu atau bapa, tarikh lahir (DDMMYY) dan jantina, serta umur kanak-kanak tersebut (haruslah berumur 2-8 tahun bagi tahun 2017).


12 peserta teratas dengan mata terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh peraduan akan disenarai untuk melalui cabaran pemilihan akhir. Sekiranya terdapat keputusan seri, di mana kedua-dua peserta mempunyai jumlah mata terkumpul yang sama, peserta dengan penyertaan terawal akan tersenarai.

Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
Hadiah Utama x 2: percutian keluarga ke Holland serta lawatan ke ladang tenusu Royal FrieslandCampina bagi 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak!
Hadiah Pertama x 10: bekalan produk Friso Gold® selama 6 bulan (setara dengan 24 tin Friso Gold® 900g – Step 3 atau Step 4 bergantung pada umur kanak-kanak).

Tunggu apa lagi? Rebutlah peluang untuk memenangi percutian impian keluarga anda bersama Friso Gold®!

Oleh itu, nutrisi asal setiap titisan susu Friso Gold® dipelihara, seperti yang diatur dalam alam semula jadi.

Kini anda berpeluang untuk memenangi sebuah percutian keluarga ke Holland dan melawat ladang tenusu Royal FrieslandCampina apabila anda membeli susu tepung rumusan Friso Gold®! Keluarga yang menang dapat menyaksikan sendiri basgaimana susu Friso Gold dihasilkan.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini, layari www.frisogold.com.my.


Tuesday 15 August 2017

Surah Yasin, Surah Ar-Rahman & Surah Al-Waqiah Full - Muzzamil Hasballah









Tidak pernah rasa kehilangan yang sangat dirindui.  Setiap langkah hanya terkenangkan mama...



Al-Fatihah



#rindumama

Monday 7 August 2017

Train To Busan

Salam...

Dah kenapa tiba2 nak review cerita yang dah setahun orang tayang.  hehe

Dah Astro murah hati nak bagi tengok cerita ni kat On Demand dan dengan pantas saya pun download.

Sebenarnya, saya tak suka sangat cerita yang berkonsep Zombie ni.  Tapi ntah laa.  Cerita ni macam ada daya tarikan nak tengok.  

Selain kerakusan si Zombie yang nak gigit orang je tu, cerita ni mengajar erti kerjasama dan akibat buruk kalau pentingkan diri.  Ia bagaikan satu mimpi buruk bagi seorang lelaki egois yang akhirnya terpaksa membuang sikap penting dirinya demi menyelamatkan diri dan anaknya dari Zombie.  

Ada laa scene2 cemas yang buat saya dan Danial menjerit2 sambil bersorak menyuruh mereka cepat lari.  haha... korang bayangkan la sendiri ye.. Sampai terjaga si Shawqi yang tengah tido.  

Sebenarnya, banyak yang kita boleh ambil iktibar dari sikap pentingkan diri ni.  Kalau dari filem TTB ni, kalau semuanya bekerjasama, dah tentu banyak nyawa yang boleh diselamatkan.  

Samalah macam dalam kehidupan seharian kita.  Kalau nak sesuatu kejayaan tu kekal lama, we have to work together.  Tapi kalau nak cepat sangat berjaya, buat la sorang2 dan belum tentu kau berjaya sebab takde support system yang kuat.  haa giteww



Ending cerita ni sangat tragis... bergenang air mata saat2 hero ni nak bertukar jadi Zombie.  Dia terjun dari train tu tinggal kan anak dia sebab takmau 'terserang' anak sendiri bila jadi zombie.  dan paling menyentuh hati bila dia flashback balik hari pertama dia menyambut kelahiran anak perempuan dia tu.. huaaaaaa sedih sangat2... 

Dalam pada tu, saya tengok Danial capai #spekhitam dia... kah kah kah rupanya dia menangis.  Bila saya tegur dia, terus dia peluk saya dan nangis teresak2.. wahh dah pandai menjiwai budak ni.. Tapi sebenarnya saya sedih sangat tengok reaksi Danial tu.  Tapi ego punya pasal, saya gelakkan dia je...

apa punya mak ntah
hehe


Friday 4 August 2017

Mama... jangan pergi

Salam...

Lama dah post ni terbiar sepi dalam draft folder.  Saya tak de kekuatan nak update apa2 tentang kesihatan mama yang makin menurun.

Ketika saya ambil keputusan untuk meneruskan post ni, condition mama dah semakin menurun.  Keluar masuk hospital dan kemuncaknya apabila mama dimasukkan dalam ICU, Hospital Taiping.  

Setelah keluar dari zon kritikal, mama dimasukkan ke ward biasa tetapi masih dalam pantauan yang ketat.  sehingga lah hari ini, doktor memanggil abah dan adik untuk berbincang mengenai keadaan mama...


[1:49 PM, 8/4/2017] Adek: Condisi mama skrg ni kategori critical..  Kandungan tiroid mama sangat rendah,  dan karbon dioksida tinggi dalam paru2..lebih 65%... Normal kena bawah 45%... Tahap kesedaran mama rendah mungkin di sebabkan kedua2 punca tersebut..  Doctor dah scan otak memang x ada tanda2 kerosakkan di mana2.. Dan tiada jangkitan kuman di dalam badan...  Sekarang ni mama sentiasa pakai mesin nadi...                        

[1:59 PM, 8/4/2017] Adek: Doctor panggil tadi....  Dia nak tahu,  sekiranya jantung mama berhenti, adakah kita mahu melakukan CPR? CPR lepas tu pasang respirator/ventilator/mesin penafasan...  Ada risk seperti tulang rusuk patah sbb mama dah tua tulang rapuh dan menyebabkan tercucuk kat paru2 dan menjadi masalah yg lain....  Mama jugak akan terpaksa bergantung pada mesin. Dan akhirnya terpaksa tebuk tekak masuk tiub sbb x boleh guna mesin sepanjang hayat..  Ini antara risiko yg ada.. So doc nak tahu.. Sama ada nk buar cpr atau biarkan sahaja..


Hari ni Anniversary Mama dan Abah saya... 
Apa perasaan saya?

Ya Allah sesungguhnya saya tak bersedia untuk kehilangan mama... Saya sangat takut dengan keadaan sekarang ni.  Setiap kali saya terbayang wajah mama, hati saya akan remuk sama sekali.  Tak sanggup nak ingat bila mama mengadu kesakitan.  

Ya Allah, hanya Kau yang tahu apa terbaik untuk mama.  Ampunilah segala dosanya... Ringankanlah segala kesakitannya.  Sembuhkan lah dia.  

Ya Allah sesungguhnya terlalu banyak kedukaan yang ditanggungnya.  Hilangkan segala kesedihan dan gantikanlah dengan kegembiraan.  

Ya Allah kasihanilah mama seperti mana dia mengasihaniku sejak lahir...

Ya Allah aku rindu mama...



Mama, ayu sayang mama...