Friday 27 May 2016

Hari Konsultasi Ibu Bapa Tadika ABS Bandar Saujana Putra...

Salam...

Ini pengalaman pertama saya pegi amik laporan anak kat sekolah.  Jenuh budak2 sekarang kan.. Baru sekolah tadika dah ada benda2 ni. Kalau saya dulu sekolah tadika (1986) tu macam sekolah main2 je.. huhu..  Tapi nak buat macam mana, ini la dinamakan perubahan zaman.  

Pagi tu Danial ada taekwando dari pukul 8 pagi - 9.30 pagi.  Jadi pagi2 papa dia hantar dia dulu dan saya tunggu dan bersiap* di rumah.  

Definisi bersiap:

kejut anak, bagi mandi, pakaikan baju, bagi susu, termasuk yang masih breastfeed dan juga tak lupa diri sendiri kena bersiap. 

Dipendekkan cerita, dalam 9.30pagi kami sampai.. Nampak Danial tengah tunggu kat dalam pagar sekolah.  (kesiannn berpeluh2)

Ketika tu ibubapa masih tak ramai.  Haa lega sebab tak perlu tunggu lama2. 

Maka bermula la konsultasi...


Menurut cikgu Danial,

"Ni memang banyak kena complain ni... 
asyik cakap2 saje.  
belajar ok cuma kadang2 tak fokus.  
orang lain dah siap, dia tak siap2 lagi"

haihhhh Danial... Danial... ni nak kena gerak gempur ni.  Tapi apa pun saya tetap kagum dengan perubahan dia sejak bersekolah kat situ.  Banyak benda yang dia belajar dan sedikit sebanyak mempengaruhi sikap dia.  Kira dah boleh harap laa setakat keje yang ringan2 tu. Lepas main pun dia dah tahu untuk simpan balik mainan ke tempat asal.  Cuma biasa laa budak2.  Kadang2 boleh terangkat tocang ni tengok bilik bersepah... 

Saya sebenarnya tak expect bulan bintang cuma berharap dia boleh menerima pembelajaran kat sekolah dengan baik... Dari tak kenal ABC dah boleh baca, Dari tak reti menulis dah boleh buat karangan... eh eh.. ni over. 

Kadang2 tu kerisauan kita tu  bukan nak menyeksa anak2 tapi sebab terpaksa mengikut arus perubahan pendidikan sekarang ni.  Dari apa yang diceritakan oleh rakan2 dan saudara mara yang dah pun menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan, "kalau anak kau tak tau membaca bila masuk darjah 1, confirm dia akan ketinggalan..." tudiaaaa mahu tak risau... 

Walaupun apa pun saya tetap yakin dengan anak saya kerana anak2 ni kan ada fasa mereka sendiri.. tak boleh nak pulun pandai semua benda dalam sekelip mata... jadi berdoa je laaa... huhu

Walapun ramai yang menghentam akak ni kerana terlalu risau anak dia tak kenal abc umur 4 tahun, bagi saya, kerisauan dia tu ada asasnya... ini semua kerana tuntutan pendidikan zaman sekarang... nak masuk sekolah kena exam, kena interview, lepas tu di asingkan ikut kepandaian... hmmm 

Notakaki:  Danial, jom belajar ABC sambil menyanyi (baca dalam nada Didi and Friends...)

Thursday 26 May 2016

Dia buat hal lagi...

Salam...

Malam tadi saya makan berdua je dengan anak saya Danial.

Papa dia keluar, 

Safiyya tido awal sebab tak sihat 

Shawqi mmg time tido dia pun


Dalam suasana yang ala2 romantik itu, saya pandang muka anak saya yang tengah makan

Tiba2 rasa sayu...

Kejap je dia dah besar.  Dah boleh makan sendiri pun

Terus saya cakap kat dia

Saya : Danial,  mama sayanggggggg Danial

Danial: (kelip2 mata tengok saya... tak tau nak jawab apa)

Saya:  Kalau mama cakap "mama sayang Danial, kena jawab balik - Danial pun sayang mama..."

Danial: (angguk2 tanda faham)

Saya : ok kita ulang balik... Mama sayanggggggg Danial

Danial:  Danial pun sayang Nasi...

Saya: (Terus keluar asap ikut hidung...)


Notakaki:  terkena lagi...

Thursday 19 May 2016

Berpantang dengan NR

Salam...

Berpantang kali ke-3 ni saya menggunakan sepenuhnya produk NR.  Dari yang dalaman hingga lah luaran.  Saje nak try sebab macam best je.  huhu

Saya tak beli set tapi lebih prefer beli satu2 sebab yang set tu size dia kecik.  Tak cukup nya satu kotak untuk 44 hari berpantang.  Macam sakan pulak ek pantang kali ni tapi dah alang2 dapat peluang saya buat la sungguh2.  Orang kata 'wanita yang berpantang sepenuhnya dapat 'repair' badan dia 360 darjah'... Kalah anak dara uollsss... Mungkin la luaran tu kita boleh nampak kesan lepas bersalin tetapi dalaman wanita tu seakan terpelihara... cewahhhh

Untuk berpantang, ini lah yang saya laburkan....


Sebenarnya ada lagi yang takde dalam gambar... sebab ada kat bilik air.   :P

Gigih la guna sampai licin
v
v
v
v
v
v


Kalau nak suruh saya buat perbandingan dengan produk lain macam tak aci pulak sebab saya tak pakai sepenuhnya atau semua produk lain tu.  So nak banding macam mana kan.  Tapi memang saya suka la produk NR ni kerana ianya mesra ibu breastfeed malah susu semakin meriah setiap kali minum air herbanika tu.   



Nak melulur dan berbarut tu la agak melecehkan tapi kalau dah azam nak pantang bebetul, 44 hari tu rasa kejap je.  Baru nak culas dari pakai bengkung terus rasa bersalah pada diri.. 

DAN yang paling saya suka adalah phytonatal. Dia telah menyelesaikan masalah sembelit saya ketika pantang.  pengalaman terseksa time membuang masa anak pertama dulu langsung takde masa anak ke2 dan ke3.  Lega je perut sebab semua bahan buangan dilepaskan ikut time. 

Kalau anda nak mengamalkan NR ni sila rajin membaca serta bertanya pada yang pakar kerana ada tatacara penggunaan agar lebih effektif hasilnya.  Baru la berbaloi duit yang kita laburkan.   Bila kita tahu cara dan kenapa ia diatur begitu, baru la istiqamah nak amal.  Kalau tak..... terbengkalai dan membazir sahaja...

Macam mana saya manage untuk ambil semua ni, boleh refer ke entry BERPANTANG SENDIRI

Sehingga kini (dah 100 hari pun) saya masih mengamalkan air herbanika tu... walaupun orang kata susah nak telan, tak tahan bau herba, tapi saya minum macam air masak je... Target untuk kesihatan dalaman dan tengah aim untuk upgrade ke penjagaan khusus kewanitaan.. 

Kita tunggu ye.. sambung menabung semula.. "____" 

Untuk mengetahui kebaikan setiap jenis produk ni boleh la ke official website mereka... 


Notakaki:  Masih berpantang...


Wednesday 18 May 2016

Muhammad Shawqi Rafael

Salam...

Esok genap 100 hari saya melahirkan baby ketiga saya.  Baby yang hadirnya tak dijangka tetapi sangat bermakna.  Kehadiran Shawqi sangat memeriahkan hidup saya sebagai seorang mama.  Walaupun sepanjang kehamilan saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi kehamilan kali ini juga menyebabkan saya keluar masuk hospital.  Apapun syukur pada Allah kerana saya telah pun selamat melahirkan anak ketiga saya ni secara csect di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau dulu lebih mudah disebut HUKM. 

Tanpa membuang masa, meh saya kenalkan 

Muhammad Shawqi Rafael 











#makberanak3

Notakaki:  Senyum + Sengih: Hobi terbaru shawqi.

Tuesday 17 May 2016

Sekolah baru Safiyya... bertabah lah nak..

Salam...



Masuk je bulan May 2016, anak saya Safiyya dah pun mula ke sekolah baru iaitu Taska Ana Junior.   Sebelum ni saya hantar dia di AWRA child day care.

Kenapa tukar sekolah, sila rujuk entri sebelum ni >>>>>>>>AWRA

Taska Ana Junior ni pun terletak di SP 9 Bandar Saujana Putra dan apa yang sikit melegakan saya ialah, kuota untuk kemasukan  baby masih ada dan ini membolehkan saya menghantar Safiyya dan Shawqi di taska yang sama.

Hari pertama ke sekolah, dah kedengaran raungan yang tak diingini... haihhh safiyya safiyya...  Mungkin dia rasa lain kot, tiba2 sekolah lain.  Puas dah saya fahamkan dia yang start bulan May dia tak lagi bersekolah ngan bonda Emma dia tu. Tapi apa la yang budak setahun 9 bulan nak faham.  Dia sengih je bila saya cerita. Dah macam cakap sorang2.

Ada hari yang dia ok, ada hari yang dia menangis.  Adik Shawqi jugak yang cool... Sampai sekolah je terus senyum2... Langsung tak meragam. Alhamdulillah.. lega mama.  Tapi kakak Fiyya ni laa yang masih sedih.

Harap cepat la dia sesuaikan diri...





*Gambar2 ni di ambil dari koleksi Taska Ana Junior semasa sambutan Hari Guru. 

dan ini pulak abang kawasan balik sekolah... huhu

Shawqi

Notakaki:  Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya....
Tadika Kemas Assam Kumbang, Taiping
SK (P) Treacher Methodist, Taiping
SM (P) Treacher Methodist, Taiping
SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh

Episod berpantang sendiri sudah bermula... Sedikit tips dan panduan.

Salam...

Entry ni sepatutnya saya nak publish masa cuti berpantang hari tu.  Tapi macam takde seru nak mengarang. Nak kata takde masa langsung tu tak jugak cuma mood tak datang2...

Seperti yang sedia saya ceritakan dulu, untuk berpantang kali ni saya memilih untuk terus tinggal di rumah sendiri.  Dengarnya macam susah tapi tak la seteruk mana sebab saya dah pun memilih Confinement Lady untuk tinggal bersama saya selama 21 Hari... *bab CL ni saya akan cerita dengan lebih lanjut di lain entry.

Bab berpantang sendiri yang saya nak share ni adalah selepas tamatnya tempoh perkhidmatan CL di rumah saya...

Fuhhh memang tiba2 terasa pecah peluh lemak bila terpaksa buat semua sendiri.  Sebelum ni ko hanya relax2 sambil belek baby je dan sekarang, masak, membasuh, mandi baby, semua sendiri.  pakai bengkung yang ikat2 tu pun sendiri.  Nak buat semua ni kena pandai curi masa dan setiap kali baby tido tu laa yang kena pulun buat keje.

Rutin saya sebagai ibu berpantang sendiri

sebelum pukul 7.00 pagi saya bangun dah.  masa bangun tu selalunya baby pun terbangun sekali, kita bagi dia susu kenyang2 pastu tukar kan diapers dia.  Pastu confirm baby tido dengan selesanya...
Sebelum buat keje lain, tadah air siap2 untuk masak air herba kemudian kejut anak2 yang lain bangun tido, bagi mandi dan siapkan mereka untuk kesekolah.  Owh yaa... jangan lupa rebus herba tu siap2 ye.. nanti sambil2 buat keje tu boleh minum dah.. saya guna Akar Herbanika NR + halba. 


Halba

Selesai je bab anak sekolah, saya terus ke dapur untuk sarapan.  Hanya kopi o cicah biskut.  Tapi sebelum makan tu, saya akan ambil segala herba atau jamu yang saya amalkan untuk tempoh berpantang ni.  Saya amalkan Phytonatal 3biji dan satu sudu Madu Tenaga Segar NR yang di sulam bersama air Akar Herbanika NR

Pukul 8.00 pagi tu baru saya mandi.  untuk 20 hari ke atas saya dah tak mandi herba jadi masa persediaan untuk mandi tu boleh di pendekkan.  .  Lepas mandi, lulur satu badan tanpa bilas.  Lulur ni berfungsi sebagai param juga yang mampu mengekalkan kehangatan badan.  

Masuk je bilik tengok baby dulu.. kalau dia masih tido, teruskan memakai ubat barut dan bengkung la cepat... nak mudah pakai sambil baring bagi memastikan perut rata dan bengkung diikat sama rata ketatnya. Jangan lupa pakai pilis dan minyak panas di tapak kaki sebelum pakai stokin.



Sebelum pukul 10 pagi tu saya akan pastikan baby telahpun mandi.  Lepas tu boleh la bagi susu sampai dia tido untuk sesi seterusnya..

Time baby tido tu laa saya menyibukkan diri di dapur.  Masak nasi (untuk seorang makan) dan masak lauk pantang yang simple2.  kalau nak cepat, pastikan ikan telah pun dibersihkan dan juga kalau ada masa, bawang tu kopek banyak2 sikit dan simpan dalam peti ais.  nanti nak masak senang.  Sayur pun saya masak jugak.. untuk berpantang kali ni saya memang pilih sayur yang mudah iaitu brokoli, carrot dan sawi..  ini je la favorite saya pun.  tumis2 lebih kurang dah siap untuk di makan.  menu ikan pun saya buat yang simple2. sup, bakar or kalau malas sangat goreng je.

lepas masak, tu intai2 la baby kat bilik kalau dia ada tanda2 nak bangun tu, jangan la makan dulu, nanti kang tengah makan terkejar2 nak tenangkan baby.  Tapi selalu je jadi macam tu. huhu... Pandai2 la urus masa... Mula2 tu memang kelam kabut sikit tapi lama2 baby tu mcm tahu je waktu tido dia.  Habis je mak dia makan, dan dan dia bangun... (haihhh tak sempat mak nak berfacebook kejap sambil baring2 kat sofa...) 

Selalu lepas tengah hari, anak saya ni susah nak tido.  Jadi saya bentang tilam depan tv dan baring2 dengan dia kat situ.  Sambil2 bagi susu tu boleh la layan segala cerita yang ada kat astro ke or belek2 handphone ke...  Ada orang kata masa berpantang tak digalakkan menatap handphone.  Nanti boleh effect mata.  hmmm memang betul pun.  Ada sekali tu kerana asik dengan handphone, urat mata saya tiba2 berdenyut.  Tapi kalau tak bersalin pun bukan nya elok menatap handphone tu sangat.  kan kan... cuma time berpantang ni, urat sangat sensitif... jadi kejadian urat berdenyut tu ada la relevan nya bila orang larang tu. Jadi berpada2 la apa yang kita buat tu.  Kalau dapat tido kejap tengah hari tu pun bagus.  

ok sambung cerita rutin pantang... lebih kurang pukul 5.30 petang tu saya akan siapkan baby untuk mandi petang pulak.  Dalam tempoh 44 hari berpantang ni, baby tak boleh la mandi lewat2 senja sangat.  tak elok untuk dia.. sama la jugak dengan ibu yang berpantang tu... bersejuk2 sangat la tak sesuai.  oleh itu paling lewat untuk ibu berpantang mandi tu pukul 6.30 petang.. andaikata la tak sempat sebab baby takmo tido or nak mengempeng (menyusu) je... saya tak mandi la petang tu.  

Berpantang pada musim panas tu memberi kelebihan pada ibu tu sebenarnya.. mungkin ada yang merungut kerana rasa terseksa.  Tapi bagi saya, ia akan membuatkan saya sentiasa berada dalam keadaan berpeluh yang baik untuk membuang segala angin meroyan dalam badan.  Badan pun boleh susut dengan cepat. huhu...  Jangan kata saya tak bukak kipas langsung... saya tetap on kan kipas, tapi bukan untuk mengadap angin tu, cuma nak pastikan udara dalam rumah nyaman.  peluh tetap peluh... 

Sepanjang 44 hari tu, gigih la saya pakai bengkung 24jam... masa mandi je tak pakai. pakai pilis, pakai stokin, pakai kain batik, minum herba, buat air cebok, takde la extrem sangat cuma buat selagi boleh. malam2 pun tahan je tido tak pasang aircond... ehhh bukan la tak pasang langsung... sebelum tido tu, saya akan pasang aircond untuk nyaman kan bilik dan bila dah rasa mengantuk tu, terus off.  lagi pulak saya tido bilik asing dari anak2 lain dan suami, so nak panas ke sejuk ke, saya control sendiri. 

Dalam banyak2 kat atas ni saya tak cerita pun pasal tungku... Sepanjang menggunakan khidmat CL, dia yang tungku kan saya guna batu sungai.  Tapi bila dah start buat sendiri, saya hanya guna tungku elektrik. Lebih praktikal bagi saya...

Masa baring2 tu, rajin2 la bertungku... kalau dah lenguh tangan, letak je celah kaki dan selimut... rasa cam sauna... 

Itu laa serba sedikit cerita rutin saya sepanjang pantang.  boleh la kalau nak dibuat panduan bagi yang first time tu...  Mana2 yang kurang tu, maaf kan la saya...

#sayyestopantang

Notakaki:  44hari tu masa nak start memang rasa lambat... tapi bila dah sampai pertengahan, eh eh... dah nak habis pantang. 

Thursday 12 May 2016

Safiyya tidak berAWRA lagi...

Salam...


Hari ni, hari pertama saya masuk office.  kejap je rasa 90 hari cuti berpantang tu.  

Dalam tempoh 90hari ni jugak ada beberapa hal yang berlaku.  Agak sedih, tetapi nak buat macam mana.  Kasih putus di tengah jalan.

-_____-

Taska yang saya hantar anak saya tu akan menamatkan operasi nya atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.  Dapat je surat dari AWRA kata nak tutup, terus susah hati.  Sebab Safiyya dah serasi dan happy belajar kat situ.  Bukan mudah untuk tukar2 mood dia dan belajar kenal orang baru.

Maka bermula laa siri mencari taska baru untuk Safiyya kat Bandar Saujana Putra ni.  

Kalau merujuk pada entry yang lama,  ada 3 taska yang jadi pilihan pada awalnya... 

Jadi untuk memudahkan pencarian, saya memilih Taska Ana Junior yang terletak di SP 9/4. 


 Agak jauh ke dalam.  Oleh kerana taska tersebut masih ada tempat kosong untuk baby bawah 1 tahun maka saya pun kira on saja laa... Maka bersekolah lah 2 beradik itu di sekolah  yang sama... Safiyya and Shawqi.

ehhh tak introduce Shawqi lagi kan... 

Nanti kita kenal2 ek.  tak sempat lagi nak menyusun ayat.. huhu


Notakaki:  Walaupun baru 4bulan anak saya di AWRA, rasa macam dah bertahun kat situ.  Cepat betul dia serasi.  tu yang agak terkesan tu... :(