Friday 20 September 2013

Bercerai susu

Salam...

26 September akan datang ni genap umur danial 23 bulan atau 1 tahun 11 bulan dan selama ini jgk la Danial masih menyusu badan.  walaupun officially saya dah stop pumping since him 8 months tapi kat rumah Danial masih direct feeding manakala kat rumah pengasuh saya bekalkan formula milk.  start with Anmum and Dumex sekejap pastu terus kekal dengan Enfagrow A+.  Sejak Danial lahir juga botol susu nya kami tak pernah tukar.  Philip Avent tu la dia guna yang advance classic tu... Sentiasa nampak baru walaupun dah hampir 2 tahun guna ;) cuma puting je la sejak akhir2 ni kerap kena tukar sbb asik koyak rabak digigit dak Danial ni. Dah la susah nak cari puting yang lama sejak keluarnya botol baru tu... So terpaksa la beli botol baru... huhuhu... but this time saya bukan nak cerita tentang botol susu Danial tapi tentang topik kita iaitu BERCERAI SUSU.

Dulu saya ingat senang nak hentikan direct feeding ni. Ropanya susah ye.  Kalau kat rumah pengasuh dia boleh minum susu formula tanpa paksaan tapi kat rumah pulak dia takmau langsung.  Hanya yang ori katanya. Umur dia skang pun dah nak masuk 2 tahun dan rasanya cukupla kot segala khasiat susu ibu dia dah dapat.  Tapi Danial dan t*t*k bagai tak boleh dipisahkan.  Untuk tidurkan dia, saya masih perlu susukan dia. tak jalannye kalau dodoi2 or tepuk2.  

Sebelum ni dah cuba tinggalkan Danial dengan papa berdua sahaja. So papa boleh bagi susu botol kat rumah. Danial lebih sanggup tahan dari minum susu tersebut dan menunggu saya balik untuk disusukan.  Makcik pengasuh je boleh susukan guna botol.  Agaknya dah set kot dalam kepala dia.  "kalau kat rumah maktok baru guna botol tapi kalau kat rumah or with papa n mama, susu badan je dibenarkan"... cewah.. kecik2 dah letak rules ni. haishh camno nih?  lenguh tau sebelah badan. dah la dia hanya suka yang belah kiri je. jenuh offer yang kanan, dia tak layan. yang tu hanya untuk main2... (sambil menyusu tu tangan akan pegang yang satu lagi) 

So apa langkah2 yang perlu saya buat?

1. Lambatkan penyusuan - cuba lengah2kan kalau dia nak susu.  (dah cuba dah tapi kalau dah nak tu, takleh tangguh seminit pun)

2. Jangan offer tapi tidak menolak - (selalunya saya yang teroffer sbb kalau nak pujuk dia dengan mudah hanya dengan t*t*k sahaja)

3.  Jangan tidorkan dengan kaedah menyusu badan - biarkan dia main dengan papa dia dan saya perlu masuk tido dulu.  biarkan papa yang tidokan dia (bab ni perlu perbincangan yang lebih lanjut la sbb papa Danial pun perlu bersedia untuk berkerja sama dalam hal ni... kalau kesian kat mama ni laa.. ;))

4. Paksa jgk dia minum susu dari botol... - ehh ni mmg tak boleh.  saya dah cuba paksa. dia buat dek je. Mana ada orang suka dipaksa kan... hhmmm ada cara lain ke??

Nota: Pening2... pernah jugak lumur dengan asam jawa.... aikkk dia minum dengan selamba je.. macam takde apa pun... huhu. Harap saya berjaya la ye...  wish me luck!!

Jalan2 cari rumah... hmm isu beli rumah ni agak memeningkan. tungguuuu...

susahnya nak ambil gambar dia tanpa gerak sana sini