Tuesday 28 July 2015

Baru nak Selamat Hari Raya....

Salam 12 Syawal...

Dah nak separuh bulan baru nak berSelamat Hari Raya...

Cuti selama seminggu membuatkan diri ini agak lemau sedikit.  Nak update apa pun sampai tak tau dah.

Oleh kerana sekarang ni kita masih mood Syawal, jadi saya nak ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua tak kira anda pembaca tetap, pembaca kadang2 atau tak penah baca... (tengok gambar).. huhu

Ni nak share sikit cerita Hari Raya tempoh hari.  1 Syawal yang sangat havoc kerana Danial tak mau pakai baju melayu dia.  haihhh... Sejak dia dah ada citarasa sendiri dalam memilih baju, saya biar kan je dia pilih apa yang nak dipakai hari2.  Oleh kerana hari tu hari raya, saya terpaksa pujuk bagai nak rak untuk sama2 pakai baju melayu macam papa dia... Ya Allah... stressnya bila dia berkeras takmau pakai.  Sudahnya t-shirt dan jeans yang jadi pilihan. 

Silap saya jugak sebab selalunya kalau ada apa2 keperluan yang perlu dia ikut arahan saya, perkara pertama yang saya buat ialah bercakap perkara tersebut berulang2 sampai saya naik bosan. huhu. 

Contoh- 
Danial, esok hari raya, nnt pakai baju ni tau. sama ngan papa. baru handsome. (sambil tunjuk baju melayu tu kat dia).  

Ayat ni saya akan ulang2 sehari sebelum tu.  yang handsome tu kena kuatkan sikit.. tapi saya terlupa nak buat sebab sibukkan hal lain. 

Maka, jadi la gambar raya yang ado ni.  


Nota: Tahun ni beraya kat SP.  Maka dengan itu, melepas la nak makan rendang mama.  ehh lemang pun tak makan lagi ni... Masa balik Taiping hari tu tak sampai hati nak mintak mama masakkan lagi.. Dia bukannya sihat sangat. 

Tuesday 14 July 2015

Baju Raya untuk anak-anak ku...

Salam...

Entri ni dah tulis lama dah. Cuma tersimpan kat draft.  Lupa  nak published.  so bila baca, sila bayangkan anda di awal Ramadan... huhu...

Alkisahnya...

Tajuk pun sangat sinonim dengan bulan Ramadan... Tapi jangan pulak ada yang fikir

"puasa tak seberapa, raya yang lebih" 

"baru puasa bape hari dah sibuk persiapan raya"  

Alaaa standard la tu kalau dah masuk bulan puasa, automatik yang kategori mak mak akan mula start plan nak beli baju anak2 untuk sambutan hari raya nanti.  Jangan terkejut sebab ada yang dah prepare sebulan sebelum puasa.   Taknak penat katanya... ini pun kira ok la sebab dah seminggu puasa baru tercari2 tema color tahun ni.. hmmm

Bila bab tema color baju raya ni, saya la yang paling mengalah sekali.  Saya akan dulukan baju suami dan anak2.  Sebabnya suami ni agak cerewet pasal color.  So kena beli color (baju melayu) yang dia berkenan dulu baru la saya cari baju kurung yang sedondon. Ehh sebelum baju saya, mesti kena pastikan baju anak pun dah beli. 

Tahun ni saya plan nak purple.  Tapi husband macam tak beri kata putus lagi.  Ni gara2 dia tak tengok lagi kategori baju melayu purple yang kena dengan dia.  Kalau xde purple yang sesuai, maka tema akan berubah mengikut keperluan... hmm nasib...

Sabtu 27 June 2015, bermula la ekspedisi jejak baju raya. Kita tengok sape yang kena...

Dah lipat dan susun siap.  Dari baju raya sampai la baju tido, baju bangun semua beli semata nak raya... hmmm
Notakaki:  Nanti pose untuk 1 Syawal akan susul kemudian.. Tak sabar sebab ahli keluarga dah bertambah raya kali ni...

Wednesday 8 July 2015

Mandi Pakai Helmet - Trend terbaru elak demam

Salam....

Kejadian ni berlaku pada minggu pertama Ramadan...

Hari yang kami berbuka puasa di Maeps Bistro tu...

Sampai kat rumah malam tu dah dekat 10 malam.  Seperti biasa sebelum tidur kan anak2 mesti saya akan tukar baju mereka dulu.  Tapi Danial berkeras nak mandi.  Mungkin dia rimas sebab berpeluh kerana asyik berlari je kat sana tadi.  

"Nanti demam la Danial kalau mandi malam2. - kata papa 

Terus dia berlari keluar dari bilik air dan masuk ke bilik stor.  Saya hanya memerhatikan sahaja sambil mengemas dapur.  

Rupanya dia pegi ambil helmet mainan dia

"Ehhh nak buat apa tu? Mandi sikit2 sudah. - bebel papa sebab nampak tanda2 dia nak main air

Danial terus pakai helmet 

"Pakai topi la papa... baru la tak demam"



Notakaki: hahahah gelak besar malam tu tengok gelagat dia.. hmmm danial danial...

Minum Oren Pecah Perut

Salam...

Kejadian ni berlaku masa kami tengah berbuka puasa beberapa hari yang lalu...

Air Oren Sunquick.  Memang favorite Danial.  
Semuanya bermula di rumah opah dia kat Taiping.  Kebiasaannya mama akan bancuh siap2 air oren Sunquick tu dan letak dalam peti ais.   Sejak Danial merasa air oren bancuhan opahnya, terus dia jatuh cinta.  Kalau suruh saya bancuh pun mesti dia request:

"Nak air olen macam opah"

Masa waktu berbuka, selalunya saya akan siap2 bancuh satu botol air oren Sunquick kat Danial.  Ini untuk elakkan dia cari akal nak bancuh sendiri masa kami tengah tekun berbuka...  

Makan nasi baru berapa suap, air oren tu dah separuh. Tengok lagi skali dah nak abis.  

Haihhh punya la banyak minum.  Sudahnya nasi tak lalu dah.  

Saya pun cakap:

"Alamakkkkk abis laa perut Danial pecah sebab minum air banyak sangat"

Terus dia nangis bersungguh sebab takut 

hahahahahahahhaha - ketawa sebab rasa lucu tengok muka dia yang takut.  Lagi sakan saya mengusik. huhu

Saya suruh dia pegi duduk kat sofa diam2.  

"Kalau lari2 or lompat2 nanti perut pecah..."

Notakaki: eh eh... malam tu dia jadi budak baik sangat... elokk je duduk sopan kat sofa sambil tengok tv.

Friday 3 July 2015

Berbuka Puasa di MAEPS Bistro Steamboat Buffet

Salam...

Hari minggu yang lalu kami sekeluarga berbuka puasa di MAEPS Bistro.  Ini merupakan kali kedua kami ke sini.  Semua gara2 saya yang tergila2 kan steamboat. huhu.  Sampai husband tak tau nak buat apa dah.  

Apa yang best sangat ntah steamboat tu... - kata husband

Tapi bagi yang hantu steamboat, mesti paham perasaan saya.  Walaupun menu utamanya steamboat, MAEPS Bistro juga menyediakan juadah lain yang tak kurang bestnya.  Sape kata takde kambing panggang? itupun antara menu yang buat orang sanggup beratur panjang.  Kesedapan kambing panggang ni memang tak dapat dinafikan.  

Mujur la ada nasi beriani dan lauk2 lain.  Jadi husband setuju je la nak berbuka kat sini.  Dia ni kalau dapat nasi beriani hari2 pun takpe... heran.  tak jemu ke?? hmmm

Seperti biasa, acara berbuka puasa di luar mesti abang and family join sama punya.  Takde la makan sedap sorang2.  Ajak la adik beradik skali.  Selain tu, adik ipar dan tunangnya pun join skali.

Siapa2 nak berbuka kat sana, elok la book dulu.  ramai orang kata ko...
Ni antara gambar kami kat sana baru2 ni.

Pegang sudu tu bukan sebab saya tak puasa ye.  Tengah suap Safiyya bubur.

Kami pilih tempat di sebelah dalam dewan.. rupanya duduk luar lagi best sebab ada persembahan

Periuk steamboat tu sila letak jauh sikit kalau bawak anak kecik

Dak Safiyya makan biskut... Ingat dia makan. Rupanya dia buang kat bawah.

Sebelum balik amik gambar dulu... Danial susah nak duduk diam bila bergambar


Siapa nak datang boleh tengok map ni...


Notakaki: ehh masih teringin steamboat laa... ada cadangan tak??? huhu