Friday 7 September 2012

Dilema ibu: Nak sambung ke tidak? Nak sambung ke tidak?

Nak ke tidak? Nak ke tidak? sambung je la ek...

Salam... apa yang nak sambung tu??? alaaa yang dilema ibu pasal homemade food tu... ini pun boleh jadi dilema... ntah apa2...

Pertama sekali, kenapa saya beria2 sangat nak luahkan perasaan pasal isu ni... Pada mulanya saya tak amik pusing sangat.  Tetapi baru2 ni ada orang terdekat la kata "kenapa ayu tu suka terjebak pada sesuatu yang complicated??" maksud pertanyaan itu ialah mempersoalkan saya yang menyusahkan diri untuk menyediakan makanan untuk anak saya sedangkan di pasaran kan byk makanan dalam tin yang hanya perlu CAMPURKAN AIR DAN KACAU.... ni kisah cuti raya ari tu... sebab saya dok menyemak kat dapur memasak bubur nasi anak saya untuk bekalan pegi beraya ke rumah sedara mara...

COMPLICATED???  ye ke saya mcm tu? tak perasan pun.  itu adalah pandangan dia dan mungkin dia betul.  so buat apa nak balas balik... saya cuma cakap, "hmm tak tahu laa.. bila kamu ada anak, kamu dapat la jawapan dia"

Bagi saya, menyediakan makanan untuk anak saya adalah satu yang menyeronokkan bagi saya.  tak dinafikan kadang2 tu agak penat tetapi best sebenarnya.  Disamping bangga (kembang kempis hidung) tengok anak makan apa yang kita masak...  So tak de la persoalan yang saya menyusahkan diri.

Situasi lain pulak... Salahke saya mempraktikkan dari awal untuk menyekat junk food sebagai makanan tambahan or snack anak saya? Definisi junk food bagi saya adalah keropok berperisa, gula2 yang pelbagai warna tiruan tu, coklat, kek, aiskrim dan bnyk lagi laa...Dan apa yang lebih mencabar ialah, saya laki bini adalah hantu coklat dan aiskrim... Masa Danial baby lagi n tak paham apa2 boleh la makan depan dia tapi skang ni kena la sorok2... (masa tengah taip ni, tetiba dapat msg dari husband.. "I baru beli chocolate cadbury besar punya... ada promo kat office..") huhu... 

Bila saya pikir2 balik dan kaji2 balik tentang feedback yang saya sering terima pasal homemade food ni ialah
1) mereka sering salah faham tentang frozen food yang saya praktikkan untuk memasak makanan anak saya
2) mereka fikir saya masak bubur nasi untuk seminggu 
3) mereka fikir saya kejam sebab tak letak garam atau gula
4) mereka fikir saya menyekat keinginan anak saya yang nak makan macam2
5) mereka fikir saya menyusahkan diri sbb membawa bekal setiap kali travel dan tak sudi suap anak saya dengan makanan yang disediakan oleh tuan rumah
6) mereka fikir anak saya susut badannye sebab saya sekat pemakanan dia
7) mereka fikir anak saya perlu gemuk baru dia cukup makan
8) mereka fikir saya hanya bagi anak saya makan bubur nasi dan tak pelbagaikan hidangan
9) mereka fikir saya paranoid sbb nak tunggu umur dia 6 bulan baru nak bagi makan sedangkan anak orang lain 4 bulan dah suap nestum 
10) mereka fikir saya terlalu percaya cakap doktor dan mengenepi pandangan orang tua

haaa ada 10 perkara yang saya telah simpulkan disini... bukan nak kata laa, mama saya sendiri pun penah tanya " tak bagi Danial makan nestum ke??" Saya hanya senyum n jawab balik, alaaa biar la Danial rasa air tangan ayu... walaupun saya masak tak sedap, tapi itu la cita2 saya bila ada anak ni.  Kalau boleh biar dia rasa masakan saya sejak dari mula kenal makanan. 

Mengenai 10 perkara yang saya utarakan tadi, biar la saya jawap secara rasmi kat sini... cehh macam buat press conference pulak. tapi apa yang saya jawab ni hanya mengikut pengetahuan diri saya.. kalau apa yang tak betul tu sila betulkan ye

1) frozen puree - kaedah ini sangat sesuai untuk ibu yang bekerja.  Hanya perlu korbankan 2-3 jam masa anda pada hari minggu untuk sediakan frozen puree ni pada hari2 bekerja.  Memang laa sayur atau daging fresh lagi bagus... tapi tahan ke setiap malam nak potong daging n sayur untuk memasak bubur?? Sebenarnya kaedah frozen ni jauh lebih baik dari instant food yang ada di pasaran... 

Jenis Makanan
Peti Sejuk
Bahagian Beku
Buah & Sayur (dimasak)
2 – 3 hari
1-3 bulan
Daging (lembu, ayam, ikan yang dimasak
1 hari
1-2 bulan
Daging + Sayur
1- 2 hari
1-3 bulan
Telur
1 hari
1-2 bulan
Note: Sangat la jarang frozen tu sampai berbulan2 kerana saya hanya prepare untuk 1-2 minggu punya keperluan.. maklumlaa peti ais kecik...

2) Bubur nasi - untuk pengetahuan semua, bubur nasi saya masak setiap hari di mana saya menggunakan slow cooker.   Mudah sangat, saya hanya perlu masak nasi seperti biasa pada malam hari dan subuh2 tu saya hanya perlu campurkan sayur dan daging (frozen puree yang telah di "cube" kan) sebagai lauk nya... Dulu guna periuk biasa dan masak guna dapur gas... letih tau sebab nak kena kacau selalu supaya nasi tak hangit... Kaedah ini memerlukan saya bangun lebih awal untuk memasak...  Ada jugak yang buat bubur frozen... hmmm boleh jgk cara tu.  oleh kerana saya dah pengaruh suami untuk beli slow cooker yang tak berapa mahal tu, saya perlu la merajinkan diri untuk memasak bubur nasi setiap hari.

3) Garam dan Gula - melalui pembacaan saya, sistem buah pinggang bayi bawah 1 tahun belum ready untuk memproses garam dan gula... jadi, sebolehnya minimum kan or jgan letak langsung dalam makanan bayi... kan lebih baik biarkan baby menikmati rasa sebenar sayur, buah dan daging dia makan tu... Jadi, kejam ke saya hanya kerana tak letak garam dalam bubur nasi dia demi menjaga kesihatan anak saya tu??

4) Keinginan makan macam2- Memang la budak besar tu sifat ingin tahu menebal dalam diri dia... Dia akan memandang dengan penuh minat apa yang kita makan... takkan la hanya kerana anak kita menelan air liur tengok kita makan, kita perlu menyuap makanan yang kita makan? kalau kita tengah makan asam pedas, takkan nak bagi jugak kot... karang tak pasal2 anak kita meraung... 

5) Travel food- Laaa ini pun nak terasa ke?? Anak saya tu baru 10 bulan dan dia masih makan benda yang lembik2 dan dilenyek.... Gigi pun ada 8 batang (4 atas 4 bawah)... Nak kunyah pun terkial2... kalau ditengok pada size badan anak saya ni dah mcm budak setahun lebih tapi dia masih my budak tecik.... Jadi saya mmg perlu prepare food untuk dia dari rumah supaya dia tak terliur tgk kami makan... 

6) Badan susut - Kalau diperhatikan proses perkembangan bayi ni kan, setiap bulan, bayi akan mengalami perbezaan yang ketara.  kalau dulu masa lahir muka dia punya la tembam tapi bila dah naik sebulan demi sebulan, kejap2 tembam, kejap lonjong pulak, kejap2 ikut muka mak kejap2 ikut muka bapak... Lagi satu, anak ni makin hari makin lasak, jadi kalau dulu boleh lihat peha nya yang berlipat2 tu tapi sekarang tidak lagi... Selagi doktor cakap perkembangan anak ni normal, saya dah tak kisah kata orang... hmmm

7) Gemuk- aduhaiii... ini lagi satu persepsi yang salah... honestly, baby yang badannye bulat, tembam, gebu tu adalah comel.... memang tak dinafikan... tapi kita perlu la memastikan perkara itu tidak berkekalan sehingga dia membesar dengan berat badan yang berlebihan... Ada juga yang berfikiran mempnyai anak yang montel2 ni menandakan ibu bapanya sangat berjaya dalam membesarkan anak2nye... ish ish. Saya sendiri risau sebab sejarah keluarga saya mmg ramai yang isi lebih ni... Apa yang perlu, saya hanya lakukan yang terbaik pada anak saya... kerana saya nak dia membesar sihat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi...

8) Bubur nasi je??- Tak laa... Saya pun boring kalau hari2 makan nasi je... sekali skala nak benda lain ..  kadang kala saya cuba jgak memasak pasta untuk anak saya... sup cendawan laa... dan yang pasti, Danial suka.  Alhamdulillah so far dia bukan la jenis picky eater.  tapi tak tau la bila dah besar nnt... sayur takmo makan, buah takmo makan... jadi, slowly kena kenalkan jenis2 sayur atau buah pada dia dan tidak bergantung pada puree je... tak aci la kan... 

9)Paranoid- hmmm ni la cabaran yang paling saya menyampah nak cerita. Sudah ditetapkan dalam garis panduan kesihatan bayi di mana solid food perlu diperkenalkan ketika usia bayi 6 bulan.  Jadi tak perlu runsing tengok bayi mcm teringin dengan makanan anda.  mmg la tak jadi satu dosa suapkan bayi dengan makanan sebelum waktunya tetapi kalau tak jadi apa2, mmg la boleh berlagak... tapi kalau tecekik ke, usus pecah ke, allergic ke?  sape nak tanggung?? kan kita yang susah... 

10)Doktor- Dah tu... kalau sakit, pegi jumpa doktor jgk kan... kenapa tak balik kg jumpa ketua kampung?? hahahahhaha.... 

Secara peribadinya saya meminta maaf sekiranya luahan saya ni buat anda terasa or sakit hati.. ia bukanla untuk menunjukkan sape pandai sape tak pandai, bukanla saya cakap besar dengan mengatakan memasak sendiri makanan, anak saya takkan sakit... terus terang anak saya masih jgk mengalami demam dan sakit2 yang lain.  cuma perlu positifkan diri.. Demam tu adalah bagus kerana ia membentuk antibodi dalam diri anak anda.. so hadapi je laa...Saya tak pernah ban mana2 instant baby food kat pasaran, cuma saya tak rela anak saya makan junk food or orang dulu kata cekedis.  Kan lebih elok gantikan dengan buah atau roti... itu pun dalam jumlah yang sepatutnya dan bukan untuk mengganti makanan utama.

Sekian...

Opss ada sikit lagi sambung... klik sini

10 comments:

  1. good one. i like. i pun x pandai masak, but i prepare my baby's food on my own. xde sugar,salt,preservatives or whatnot...
    in fact, kesian bby yg mkn heinz tu...beli mhl2 tp mkn mende yg dh berbulan dok atas shelf...sian dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... banyak panduan boleh dapat dalam internet utk penyediaan makanan bayi dengan betul. resepi pun banyak.. jadi takde alasan lagi dengan kata tak tahu or malas...

      Delete
  2. saya sgt menyokong. saya tegar memperjuangkan homemade food. setiap pagi saya bgn awal sediakan bubur kat anak saya yg sekarang ni dah genap 1 tahun. xpe penat janji saya pasti dia dapat yg terbaik. tapi saya sgt kecewa bila tau anak saya diberi keropok keping dari dia boleh mkn lg oleh pengasuh. sgt terkilan. mmg saya xde pengalaman sbb ni anak pertama saya. tp saya belajar menjadi ibu yg baik walaupn bukan terbaik. betul ckp puan pasal feedback org terhadap ibu muda yg buat homemade.. cuba la menghormati pendirian seorg ibu.. bukankah apa seorg ibu akan buat adalah yg terbaik utk anaknya.. udah2 la dgn ayat ' org dulu2 tu pn dah diberi belum msk 6 bln lg, mkn mcm2 tp sihat n berjaya gak'.. itu dulu waktu kesedaran psl homemade lum meluas.

    minta maaf sbb emo lak,, buntu sbb setiap ari dah bekalkan bubur dan buah. xtau pe lg yg perlu diberi makan berperisa pada anak saya. :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman tu la mematangkan kita... Penat lelah sekarang ni tak rugi sbb anak akan terbiasa dengan air tangan kita. takde la asik dok minta makan kat kedai je... huhu ;)

      Delete
  3. saya pun tgh google and join HSFFYB sbb nak study balik pasal solid food and prepare for my daughter yg lagi sebulan setengah nak 6 bulan. when you mention about slow cooker, never thought about prepare with that before this. masa anak 1st dulu gigih angkut periuk belanga balik kampung semata nak masak bubur utk my son. periuk tu dikhaskan utk msk baby food saja. but sometimes end up bubur tu hangit sbb duk sibuk buat kerja lain ms subuh2 tu. lepas tu mula2 demotivated..hihi this time insyaAllah cuba yg terbaik utk prepare homemade solid food for my 2nd baby.
    thanks for sharing your experiences.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi...dulu saya pun naik fed up bila nak tunggu bubur masak n pastu hangit pulak sebab leka buat benda lain. tapi kaedah slow cooker ni mmg memudahkan keje. smpi sekarang la anak dah 14 bulan pun saya bekalkan bubur nasi lagi sbb dia hnya ada gigi depan. sbbnya nak mudahkan pengasuh suap. kalau nasi biasa kang kena tunggu lama untuk anak saya kunyah. huhu. kalau hari minggu baru saya bagi nasi biasa.
      apa pun homemade food still the best utk anak kita... baru la berkat air tangan ibu...

      Delete
  4. mohon izin sis utk share ya...sgt bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... apa salahnya.. moga beri manfaat. :)

      Delete
  5. setuju..kdg2 yg bsing2 komplen tu pn sy xphm la.mcm la kita mntk diorang tlg masakkan.smpai ada yg bebunyik cakap, ala anak sy dulu umo sebulan dh mnum susu+nestum dlm botol.pastu 6bln ++ tak kasi bubur pun.trus kasi nasik, xyah ssh nk masakkan bubur. ehh.rasa nk cakap yeker?hebat pulak baby dia umo 6 bln dh boleh telan nasik camtu je.xphm la knape nk condemnkn org lain. teremosi pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... tu semua statement yang biasa dapat.. ada yang penah bagi air teh rendam biskut cream cracker tu.. mujur la tak kembung ke apa... nasib dia ler...

      Delete