Wednesday 5 September 2012

Melayan kerenah anak yang suka mengutip

Aktiviti mengutip ni makin hari makin susah nak dibendung... lagi la sekarang ni Danial dah merangkak.  Pada mulanya saya anggap ini merupakan perkara biasa kerana saya sering memantau gerak geri dan apa jua yang sedang dikutip lantas dimasukkan dalam mulut... tetapi ada jugak yang terlepas pandang.

Nak dijadikan cerita, baru2 ni anak saya muntah teruk.  Pening kepala dibuatnya.  Pening bukan kerana letih menjaga anak yang tak sihat tetapi pening memikirkan apa yang menyebabkan anak saya muntah2.  Apa yang saya tahu, anak saya hanya makan apa yang saya masak dan bekalkan.  Setelah diselidik dari makcik pengasuh (kalau2 ada makanan lain diberi or ada budak lain yang menghadapi gejala yang sama) takde pulak yang sakit or Danial diberi makanan yang lain. So, saya buat kesimpulan Danial muntah2 kesan dari aktiviti mengutip dan memasukkan benda dalam mulut yang kemungkinan tak bersih.  Teruk jugak laa keadaan dia sampai lembik budak tu.  Hati ibu mana yang tak risau bila tengok dia macam tu.  

Di hari yang indah ni, saya pun try menggoogle kot2 ada petua untuk atasi tabiat anak yang suka mengutip ni.. ada rupanya.. so saya nak share sikit untuk anda semua. mana la tau kalau ada yang alami masalah yang sama

Caranya dengan menabur beberapa ulas bawang merah atau halia di atas lantai. Anak anda akan mengutip dan memasukkan bawang atau halia tersebut ke dalam mulut. apabila merasa kepahitan bawang atau halia tersebut, serta merta bayi anda tidak akan memasukkannya ke dalam mulut lagi.
Halia

Bawang
sumber: Google images
 
Lakukan berulang kali. Insyallah selepas ini tabiat suka mengutip akan terhenti dengan sendirinya.
 

2 comments: