Wednesday 28 August 2013

Bila ada masalah, kesat air mata guna tisu... bukan facebook. owhh saya ada blog!!

Salam...

Sejak wujudnya laman sosial yang sangat berleluasa ni, ramai orang yang cenderung untuk meluahkan isi hati mereka tak kira la marah ke suka ke sedih ke kat facebook (antara laman sosial yang popular). Kalau dulu, rahsia hati atau masalah peribadi hanya kawan rapat atau keluarga je tahu. Tapi sekarang tidak lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada.  Adakah ini menunjukkan masyarakat kita semakin terbuka pemikiran mereka kerana tidak segan silu melempiaskan segala rahsia untuk pengetahuan umum. Owhh ya, saya pun tak ketinggalan melakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu (ohh ayat apakah ini..."tidak ketinggalan melakukan kesilapan"...ahaahaha...) 

Laman sosial ni ada baiknya juga... Dari sini kita boleh mengeratkan silaturrahim, menyebarkan perkara2 yang baik, berkomunikasi dengan lebih mudah dan juga menambah kenalan baru yang sekepala atau sejiwa.  Nak cari jodoh pun boleh..  ("ehemmmm")  TETAPI benda yang baik, tidak selamanya baik kalau disalahgunakan seperti menyebarkan berita palsu atau fitnah, menjaja cerita hal ehwal rumahtangga sendiri atau orang lain, menyerlahkan keriakan dengan mengupload foto2 yang sengaja buat orang terliur.. (terliur tengok kemewahan dia laa... ish ish) dan sebagainya.. apa pun bergantung pada niat la kan. Kalau kita upload gambar makananan hanya utk share di mana lokasi tempat makan yang best2, apa salahnya kan. Yang leceh pulak tu, penerimaan orang yang menatap gambar2 tu... Kononnya terbatal puasa ramadan bila tengok gambar makanan sedap... lorrrr lucu la diorang nih.

Ok la ok laa.. sebenarnya saya ada masalah ni... tak tau nak luah macam mana... ecehhhh tadi kata jgn luah masalah kat laman sosial..  alaaa ni kan blog.  Haipppp!!! Tak kisah la blog ke facebook ke twitter ke atau apa sahaja yang tergolong dalam perkongsian alam maya ni, kita tetap kena hati2 dengan setiap tutur kata yang kita luahkan.. takut makan diri.. sekian la ye... (Blogging adalah satu terapi untuk redakan keresahan hati... cuba laa...)

Nota: Tgk anak makan pun terapi jiwa jugak.. huhu...

2 comments:

  1. rasanya lagi puas kalau dapat luahkan di blog sebab boleh tulis panjang lebor berbanding dgn fb hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... lagipun blog ni dah macam diari hatiku... cewahhh... tak kisah la luah apa pun asalkan tidak menyakitkan hati orang.. :)

      Delete