Friday 20 September 2013

Bercerai susu

Salam...

26 September akan datang ni genap umur danial 23 bulan atau 1 tahun 11 bulan dan selama ini jgk la Danial masih menyusu badan.  walaupun officially saya dah stop pumping since him 8 months tapi kat rumah Danial masih direct feeding manakala kat rumah pengasuh saya bekalkan formula milk.  start with Anmum and Dumex sekejap pastu terus kekal dengan Enfagrow A+.  Sejak Danial lahir juga botol susu nya kami tak pernah tukar.  Philip Avent tu la dia guna yang advance classic tu... Sentiasa nampak baru walaupun dah hampir 2 tahun guna ;) cuma puting je la sejak akhir2 ni kerap kena tukar sbb asik koyak rabak digigit dak Danial ni. Dah la susah nak cari puting yang lama sejak keluarnya botol baru tu... So terpaksa la beli botol baru... huhuhu... but this time saya bukan nak cerita tentang botol susu Danial tapi tentang topik kita iaitu BERCERAI SUSU.

Dulu saya ingat senang nak hentikan direct feeding ni. Ropanya susah ye.  Kalau kat rumah pengasuh dia boleh minum susu formula tanpa paksaan tapi kat rumah pulak dia takmau langsung.  Hanya yang ori katanya. Umur dia skang pun dah nak masuk 2 tahun dan rasanya cukupla kot segala khasiat susu ibu dia dah dapat.  Tapi Danial dan t*t*k bagai tak boleh dipisahkan.  Untuk tidurkan dia, saya masih perlu susukan dia. tak jalannye kalau dodoi2 or tepuk2.  

Sebelum ni dah cuba tinggalkan Danial dengan papa berdua sahaja. So papa boleh bagi susu botol kat rumah. Danial lebih sanggup tahan dari minum susu tersebut dan menunggu saya balik untuk disusukan.  Makcik pengasuh je boleh susukan guna botol.  Agaknya dah set kot dalam kepala dia.  "kalau kat rumah maktok baru guna botol tapi kalau kat rumah or with papa n mama, susu badan je dibenarkan"... cewah.. kecik2 dah letak rules ni. haishh camno nih?  lenguh tau sebelah badan. dah la dia hanya suka yang belah kiri je. jenuh offer yang kanan, dia tak layan. yang tu hanya untuk main2... (sambil menyusu tu tangan akan pegang yang satu lagi) 

So apa langkah2 yang perlu saya buat?

1. Lambatkan penyusuan - cuba lengah2kan kalau dia nak susu.  (dah cuba dah tapi kalau dah nak tu, takleh tangguh seminit pun)

2. Jangan offer tapi tidak menolak - (selalunya saya yang teroffer sbb kalau nak pujuk dia dengan mudah hanya dengan t*t*k sahaja)

3.  Jangan tidorkan dengan kaedah menyusu badan - biarkan dia main dengan papa dia dan saya perlu masuk tido dulu.  biarkan papa yang tidokan dia (bab ni perlu perbincangan yang lebih lanjut la sbb papa Danial pun perlu bersedia untuk berkerja sama dalam hal ni... kalau kesian kat mama ni laa.. ;))

4. Paksa jgk dia minum susu dari botol... - ehh ni mmg tak boleh.  saya dah cuba paksa. dia buat dek je. Mana ada orang suka dipaksa kan... hhmmm ada cara lain ke??

Nota: Pening2... pernah jugak lumur dengan asam jawa.... aikkk dia minum dengan selamba je.. macam takde apa pun... huhu. Harap saya berjaya la ye...  wish me luck!!

Jalan2 cari rumah... hmm isu beli rumah ni agak memeningkan. tungguuuu...

susahnya nak ambil gambar dia tanpa gerak sana sini

11 comments:

  1. Replies
    1. ye ye... banyak lagi tips rupanya dari orang yang dah berpengalaman. nnt saya update lagi.. sbb ni ongoing punya proses. budak2 bukan boleh dipaksa... :)

      Delete
  2. samalah kiter..sy pun bru wean off ank teruna..dia pun da 2 tahun 2 bulan ni..try lumur bwg putih dan kopi/nescafe ...memang menjdi..1st trial berkerut muka ank teruna kite..hehe..then bawak bekal dalam blik..bila dia jaga aje sapu bwg td then sua kt dia memang terus rijek..kesian kan..dia memang tak nak susu dlm botol..tp sy sediakan air msak even kdg2 tu pun dia rijek..menjadik..skg tidur pun da lena ..takder da nak ngempeng2...sedih jgk nak say gudbye kt bf journye..tp da terpaksa kan..da bsar..:))...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye laa. sedih tu memang sedih... tapi mengenangkan anak saya ni menyusu bukan utk kenyang tapi utk lepaskan rindu je. so kena la bagi susu formula jgk. baru la semua khasiat susu tu dia dapat. apa pun skang ni anak saya dah boleh terima la sikit2. bila saya bancuh je terus letak botol tu tepi dia... tanpa disuruh, dia amik botol tu n cari bantal sendiri.. huhu... cuma tido malam, dia masih bergantung dengan kuasa t*t*k utk tido.. :)

      Delete
    2. yup bila da besar da mcm gian je kan...sebagai ubat tidur aje..cam puting nyonyot aje lah ..btw...sstengah anak ada yg senang dan ada yg sedikit tegar nk berhenti ..tegar sgt..tu la kenkadang org duk kta nak kena bagi pregnant dulu baru lah dia lepas sendiri..cam kawan sy pun kes mcm ayu..sekali dia pregnant terus ank nya rijek .btw..selamat mencuba ..xper slow2 keh sbb main ngan emosi..gud luck!>.:)

      Delete
  3. mmg susah nak ceraikan anak dr minum susu badan.. anak ketiga mak dara dulu pun minum susu badan sampai hampir 3 tahun. macam macam dah taruk. bukan saja air asam.. letak benda yang pahit yg masam selamaba aje suruh kita pegi cuci.. maybe dah lama lama tu dia rasa boring sbb asyik kena sindir dengan abang dan kakak br dia berhenti sendiri huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau la anak saya dah paham sindir tu apa... hmmm. kadang2 tension je sbb susu dalam botol tu basi macam tu je. dulu ingat senang je nak bagi berhenti, rupanya susah. kena berusaha keras ni...

      Delete
  4. assalamualaikum puan blog...

    off topic: kite dah balas soalan awk kat blog yer.

    ReplyDelete
  5. salam puan.. saya ada nak letgo puting botol susu philips avent yg classic. begini, anak saya guna botol susu philips avent tapi yg NATURAL punya. saya dah silap beli teat nya yg CLASSIC pulak. ingatkan teat yg classic boleh install pada botol natural. rupanya tak boleh. packaging saya dah buka. tapi teat TAK PERNAH guna lagi. teat tu vari flow ada 2 holes. kalau puan berminat nak beli, saya jual RM 25 including postage. jual murah sbb packaging saya dah buka.. teat still elok dan belum guna. kalau puan berminat boleh sms/call/ whatsup saya 013-775 2320 atau email ke katie.jamaludin2@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 pack ada 2pcs. kalau berminat contact saya dan saya akan bagitahu details. thanks ya..

      Delete
  6. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete