Monday 11 November 2013

Masih tak berjaya untuk bercerai susu

Salam... sebelum ni saya ada cerita sikit tentang proses nak bercerai susu dengan anak saya ni.  Nampaknya sehingga ke hari ni, masih tak berjaya. Cuma susu formula tu Danial dah tak menolak sebab saya tukar susu original ke chocolate flavor.  Lagi satu yang dia tak pernah tolak, ialah susu mak dia ni. ish ish dah 2 tahun pun dah tapi masih nak melekap.  

Apa yang cuba sampaikan di sini ialah, proses bercerai susu ni perlu kerjasama dari husband jugak.  Iaitu soh dia offer susu dia pulak... hahaha.. bukan bukan bukan. Kerjasama si bapa bermaksud, jgn ingatkan anak untuk menyusu dengan maknya setiap kali anak tu menangis or merengek or mengamuk.. Kalau dulu 'menetek' merupakan ubat bagi menyuruh kanak2 berhenti menangis.  Tapi sekarang perlu lah memikirkan alternatif lain supaya anak tu lupa yang mak dia ada benda ajaib yang boleh menenangkannya. Asal menangis je, panggil isteri suruh bagi susu, asal menangis je, suruh anak pegi kat mak dia. so, bila nak setle nya kan.  Bila balik kg, orang dah mula bagi2 hint suruh anak tu berhenti susu badan.  Ada yang kata, malu laa, nnt anak kurang bijak la, mcm2 lagi saya dengar.  Jadi bapa2 sekalian, usaha ni takkan berjaya tanpa bantuan kalian...



Nota: agak heran melihat anak boleh tidur sendiri kat rumah pengasuh hanya dengan susu sebotol... tapi dengan mak dia walaupun dah habis sebotol masih memerlukan benda ajaib tu untuk tidur. hmmm...

No comments:

Post a Comment