Wednesday 6 May 2015

Sekaligus

Salam....

Hari ni saya cuti sbb pengasuh cuti. Kebetulan hari ni Perak cuti sbb pertabalan sultan. Jadi saya boleh tengok tv utk saksikan upacara bersejarah tu.  Mujur Danial xmerungut nak tengok Robocar Poli xpun citer Pocoyo.  Dia tau kot mama dia ni julung2 kali dapat tengok tv.huhu.
Ok balik pada tajuk. 

Sekaligus ni berkenaan dengan Safiyya.  Sejak kelmarin badan dia naik bintit2 merah kat perut dan dada dan semalam bintit tu dah penuh 1 badan.  Secara rasminya dak fiyya ni dah kena demam campak.  Dalam masa yg sama dia juga demam tumbuh gigi. Hari jumaat lepas 1hb Mei sy perasan ada tunggul gigi bawah nak tumbuh dan badan dia dah start panas.

Tak cukup dengan tumbuh gigi dan campak yg sebabkan dia demam,  fiyya juga masih xbaik batuk dan selsema....

hmmm apakah boss saya akan faham dengan keadaan ni?? ntah laa.

Notakaki: Dilema ibu ber anak kecil yang bekerja.  Cuti sebab anak sakit seolah kisah lucu di sini. Tak lawak ok...

No comments:

Post a Comment