Friday, 30 December 2016

Penutup 2016: Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ PART 2

Salam...

Entry ni adalah sambungan... untuk ke Part 1 sila ke TEKAN SINI

Puas dah kan tengok gambar2 kat Part 1 tu.  Kalau nak share semua, sampai Part 5 pun tak habis lagi.
Role Play... Jadi shampoo boy. huhu

Secara jujurnya saya puas hati dengan sekolah ni.  Lagi pulak kaedah pembelajaran yang tidak terlalu menekan gred akademik setiap pelajar dia.  Kalau orang tanya Danial dapat nombor berapa kat sekolah tu memang TIADA JAWAPAN DIATAS...  Tetapi itu bukan bermakna cikgu ajar lebih kurang je kat budak2 ni.  InsyaAllah, bila dah 6tahun tu dah boleh membaca.  Maksudnya kat sini, pencapaian setiap pelajar tu bukan bersandarkan akademik semata.  Banyak lagi yang diambil kira seperti nilai murni, tingkah laku, adab sopan juga sangat diterapkan dalam setiap pelajar.  

Buat pengetahuan semua, cikgu-cikgu ABS ni akan menggunakan panggilan Tuan Muda atau Cik Puan Muda bagi setiap pelajar mereka bagi menerapkan budaya Melayu yang tinggi.  Kalau nak tahu lebih lanjut Konsep Tadika ABS ni boleh baca kat SINI 

Sebagai ibu bapa yang pertama kali hantar anak kat sekolah, mesti risau bila anak meraung takmo masuk kelas.  Macam anak saya tu la.. ish ish.. Tapi atas dedikasi setiap cikgu kat situ, parents tak perlu risau dan tak perlu tunggu depan pagar sekolah.  Hantar je dan boleh terus balik.  Pandai la cikgu2 nak handle budak2 meraung ni.  Itu fenomena biasa di awal minggu persekolahan dan worse nya anak saya ni nak dekat sebulan.  Kalau mak nak tunggu jugak pun boleh tetapi sangat tak digalakkan kerana boleh memburukan keadaan.  Lagi la anak dia tak mo sekolah bila nampak mak dia depan pintu.  

Ok bab meraung checked!!

Hari Apresiasi Bakat dan Persembahan.  Tajuknya saja dah jelas.  Bila hujung tahun semua pelajar dirai dalam satu majlis tanpa mengkelaskan siapa pandai siapa pulak yang keterbelakang.  Majlis diadakan di Malaysia Science University (MSU) Shah Alam yang juga meraikan konvokesyen pelajar 6 Tahun.











Pendaftaran untuk 2017 dah dibuka... Dah register pun last week.  Seperti biasa, kena la sediakan budget untuk pendaftaran.  Uniform pun tambah lagi satu.  Senang nak rotate setiap hari. huhu 

Yuran tu mahal ke murah?? Untuk yuran bulanan tu padan la kalau hantar anak dari pagi sampai petang iaitu RM380.  Cuma untuk pendaftaran awal tahun memang kena sedia budget sikit untuk buku, alat bantuan mengajar, uniform, aktiviti... Rasanya semua sekolah macam tu.. Dont worry sekali je dalam setahun kena bayar.  :) 

Kalau nak daftar boleh terus hubungi Puan Zuliana Ismail 017-9132689

Itu saje apa yang saya mahu kongsi.  Kalau ada apa2 boleh je tanya especially ibu bapa yang tengah mencari2 sekolah tadika kat Bandar Saujana Putra ni.  Sekolah memang banyak, jadi buat la pilihan anda.  



Rujukan Segala Tentang ABS Bandar Saujana Putra

Mencari PreSchool untuk Danial di Bandar Saujana Putra

Cerita hari pertama Danial ke Sekolah

Yuran Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Kenapa pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Hari Konsultasi Ibu Bapa Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Malaysia Book of Records "The Most Number of Planks Breaking in a Taekwando Event

Review: Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ Part 1

Notakaki:  Bila anak2 dah diajar nilai2 murni, mak bapak ni segan nak lepas laku.. malu aihh kat cikgu. haha...

No comments:

Post a Comment