Tuesday, 2 February 2016

Emosi di hujung kehamilan

Salam....

Semakin dekat tarikh itu semakin beremosi rasanya. ─╣agi pulak menguruskan anak2 yang masih kecil dan suami yang manja.. eh eh...

Emosi ni bukan saje dibuat2 malah suka2 hati dia bertukar2.  
Kejap2 jadi bawang putih 
kejap2 jadi maktiri... 
kesian anak2 ku... huhu

Nak pulak dengan kebatasan fizikal yang saya alami sekarang.  Segala pergerakan jadi perlahan.  Nak bangun pun amik masa.  Terkial2 nak imbangkan badan yang besar kiri kanan depan belakang ni.  

Ni baru mengandung... kalau dah bersalin nanti macam mana la agaknya.  Dalam pantang lagi kecamuk mental kita.  Emosi boleh jadi huru hara kalau tak boleh nak handle.  Hal kici pun nak nangis.. haiihhh laaa... 

Saya dah alami pun masa anak pertama dulu.  Masa tu kan baru nak suai kenal dengan orang baru.  Baru nak adapt dengan title sebagai mama.  
Tido malam dah tak senyenyak dulu.  
Sampai dalam hati ni rasa ''ehhhh kenapa macam ni ek bila ada baby?'  
Kenapa dia nangis je.  
Kenapa mesti malam nak berjaga. 
Kenapa tak nak tido je. 
Susu aku takde ke... 
Kenapa dia asik nak melekap je or menetek je... 
dan banyak lagi laa... 

Bila ingat2 balik, kesian pulak kat Danial.  Kang dia dah pandai baca, terjumpa pulak entry mama dia ni.  Dah dia ingat mama dia tak sayang dia pulak... 

Sape tak sayang anak... 

Sayang sangat.  

Cuma proses tu amik masa sikit sebab itu la pertama kali dalam hidup kita yang betul2 kita ada orang lain.  Rasa macam kembar dah.  Nak berenggang pun tak boleh.  Rasa seperti sesuatu yang berharga yang diletak dalam balang kaca.  

Kena jaga, 
kena perhati,
 tak boleh tinggal
 tak boleh cuai...

wahhh mendalam betul luahan orang mengandung ni ye...

Bukan apa, tanya la mana2 ibu yang dah punya ramai anak, mesti pengalaman mendapat anak pertama tu sesuatu yang takkan hilang dalam ingatan.  Tapi tak la bermakna anak seterusnya tu tak special... setiap anak tu kita akan sayang dan kasih kan dia dalam cara tersendiri.  tak rasa pun macam kita membahagikan... tapi rasa tersendiri... hehhh susah la nak terangkan... 




Danial;
Setiap kali nak marah tu, mesti terbayang masa dia baru lahir kat dunia ni... badan berselirat dengan wire sana sini... 7 hari kat NICU sudah cukup buat mama waras... 

Safiyya:
Baru setahun lebih nak bermanja, dah nak ada adik... Menyusu pun waktu nak tido malam je... Itu pun mama dah merungut sebab lenguh 1 badan.  Kesian fiyya... Agaknya sebab tu dia makin manja dengan papa kot.  huhu... jgan la merajuk ngan mama... 



Notakaki: Kan dah cakap tadi... Emosi... sob sob sob....

1 comment: