Friday 27 May 2016

Hari Konsultasi Ibu Bapa Tadika ABS Bandar Saujana Putra...

Salam...

Ini pengalaman pertama saya pegi amik laporan anak kat sekolah.  Jenuh budak2 sekarang kan.. Baru sekolah tadika dah ada benda2 ni. Kalau saya dulu sekolah tadika (1986) tu macam sekolah main2 je.. huhu..  Tapi nak buat macam mana, ini la dinamakan perubahan zaman.  

Pagi tu Danial ada taekwando dari pukul 8 pagi - 9.30 pagi.  Jadi pagi2 papa dia hantar dia dulu dan saya tunggu dan bersiap* di rumah.  

Definisi bersiap:

kejut anak, bagi mandi, pakaikan baju, bagi susu, termasuk yang masih breastfeed dan juga tak lupa diri sendiri kena bersiap. 

Dipendekkan cerita, dalam 9.30pagi kami sampai.. Nampak Danial tengah tunggu kat dalam pagar sekolah.  (kesiannn berpeluh2)

Ketika tu ibubapa masih tak ramai.  Haa lega sebab tak perlu tunggu lama2. 

Maka bermula la konsultasi...


Menurut cikgu Danial,

"Ni memang banyak kena complain ni... 
asyik cakap2 saje.  
belajar ok cuma kadang2 tak fokus.  
orang lain dah siap, dia tak siap2 lagi"

haihhhh Danial... Danial... ni nak kena gerak gempur ni.  Tapi apa pun saya tetap kagum dengan perubahan dia sejak bersekolah kat situ.  Banyak benda yang dia belajar dan sedikit sebanyak mempengaruhi sikap dia.  Kira dah boleh harap laa setakat keje yang ringan2 tu. Lepas main pun dia dah tahu untuk simpan balik mainan ke tempat asal.  Cuma biasa laa budak2.  Kadang2 boleh terangkat tocang ni tengok bilik bersepah... 

Saya sebenarnya tak expect bulan bintang cuma berharap dia boleh menerima pembelajaran kat sekolah dengan baik... Dari tak kenal ABC dah boleh baca, Dari tak reti menulis dah boleh buat karangan... eh eh.. ni over. 

Kadang2 tu kerisauan kita tu  bukan nak menyeksa anak2 tapi sebab terpaksa mengikut arus perubahan pendidikan sekarang ni.  Dari apa yang diceritakan oleh rakan2 dan saudara mara yang dah pun menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan, "kalau anak kau tak tau membaca bila masuk darjah 1, confirm dia akan ketinggalan..." tudiaaaa mahu tak risau... 

Walaupun apa pun saya tetap yakin dengan anak saya kerana anak2 ni kan ada fasa mereka sendiri.. tak boleh nak pulun pandai semua benda dalam sekelip mata... jadi berdoa je laaa... huhu

Walapun ramai yang menghentam akak ni kerana terlalu risau anak dia tak kenal abc umur 4 tahun, bagi saya, kerisauan dia tu ada asasnya... ini semua kerana tuntutan pendidikan zaman sekarang... nak masuk sekolah kena exam, kena interview, lepas tu di asingkan ikut kepandaian... hmmm 

Notakaki:  Danial, jom belajar ABC sambil menyanyi (baca dalam nada Didi and Friends...)

No comments:

Post a Comment