Thursday 9 June 2016

Makanan yang perlu dielakkan di awal kehamilan

Salam...

Selamat berpuasa untuk semua pembaca saya.  Dah masuk Ramadan ke 4 dah pun.. huhu.. Bagi ibu yang mengandung dan menyusu tu masih bertahan ke?? Kalau dah betul2 tak larat or berpotensi memudarat kan diri serta kandungan, sila lah berbuka. Jangan paksa2 diri okay.. Bagi yang susu badan dia drop giler2 tu pun sila berbuka ye.  Kesian baby nanti.

Lain macam tengok tajuk entry hari ni.  
Dengan itu diumumkan saya tak mengandung. haha... 

Tajuk ni saya pilih disebabkan feedback dari entry lama saya iaitu Tanda2 Awal Kehamilan.  Tak cukup ruang comment malah ada ramai yang PM saya untuk mintak pandangan. Seperti yang saya pernah bagitahu saya bukan pakar dan takde tauliah langsung bab kehamilan ni.  Semua yang saya cerita or bagi pendapat tu adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri yang dah 3 kali mengandung dan melahirkan.

Sebagai wanita, setelah kita menjadi isteri perasaan untuk menjadi ibu itu akan datang membuak2.  Nak jadi ibu mesti la kena mengandung.  
Tapi kita kena ingat, rezeki anak ni bukan kat tangan kita suami isteri 
atau mak kita mahupun mak mertua kita 
termasuklah sedara mara ipar duai serta biras dan juga jiran2 tertangga plus adik beradik.  

wahhhh ramai gitew... 

nampak sangat diorang ni la insan terdekat yang kuat mempengaruhi hidup kita.  Rezeki anak Allah yang tentukan dan sudah semestinya kita kena berusaha.

Ok terus kepada tajuk asal.  Setelah kita disahkan hamil, perkara pertama yang orang akan nasihat ialah JAGA MAKAN.  Jadi makan apa yang nak dijaga sangat tu.  Saat yang kritikal ialah 3 bulan pertama dan masa ni la kita kena betul2 jaga.  Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan di awal kehamilan.

Kredit: Facebook


Haaa banyak kan... 
Jangan risau sebab banyak lagi benda lain yang bakal ibu ni boleh makan.   
Jangan kerana nenas muda tu favorite kita, terus tak kisah pasal kandungan yang masih baru.  

Terus terang saya kata  saya tak pasti dalam dunia perubatan senarai ni adalah valid atau tidak.  Tapi yang saya tahu ia memang dilarang oleh orang2 tua kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dan berpotensi untuk gugur. :(

Selain ibu yang mengandung di 1st trimester, ibu2 yang trying to conceive juga dinasihatkan jaga la pemakanan anda.  Segala jenis fastfood dan asam jeruk tu sila la elakkan.

Sekian terima kasih..

Related entry

Tanda2 Awal Kehamilan

Tiba2 Jadi Consultant Kehamilan


Notakaki: Tengah kumpul ilmu nak banyakkan susu sebab nak tampung keperluan 2 baby.

No comments:

Post a Comment