Friday 30 September 2016

Taska Ana Junior Bandar Saujana Putra

Salam...

Hai semua... lama dah nak tulis tentang sekolah Safiyya yang baru ni.  Takde kesempatan nak update sampai bersarang kat draf tu.. hehe... dan akhirnya, hari ni saya nak share sikit dan bagi ibu bapa yang tercari2 taska area SP9 dan SP 10 boleh la pi melawat...


Taska Ana Junior atau TAJ terletak di SP 9/2 Bandar Saujana Putra... 

Kat sini laa saya hantar anak saya Safiyya dan Shawqi.


Masuk bulan ni dah 5 bulan anak2 saya kat situ.  Pada awalnya saya sendiri merasa ragu2 dan risau dengan penerimaan anak saya terutama Safiyya kerana dia sudah pun serasi dan happy dengan sekolah lamanya.  Tapi sangkaan saya meleset kerana, pandai je dia bawak diri tak lama lepas tu.  

Baru 3 bulan di situ, TAJ membuka cawangan baru di SP 10 Bandar Saujana Putra di mana ia lebih dekat dengan rumah saya.  Jadi anak2 TAJ yang tinggal di SP10 termasuk anak2 saya ditukarkan ke cawangan baru.  Owh yaaa tahniah kepada pemilik TAJ dengan pembukaan tersebut dan ini menunjukkan ramai yang berebut2 nak hantar anak mereka di sini. ;) 

Taska Ana Junior tiada apa yang berbeza dengan taska2 lain.  Tetapi program dan sylibus yang diketengahkan memberi tambah nilai kepada anak2 di bawah asuhan mereka.  takde la anak2 kecil ni makan tido tengok tv je kan.  

Selain itu, setiap anak mempunyai log book masing2 bagi memudahkan komunikasi antara guru dan ibu bapa.  segala perihal pembelajaran dan aktiviti di sekolah akan dicatatkan di situ setiap hari termasuklah maklumat penting berkaitan anak yang dihantar sebagai contoh, sihat atau tak, ada sertakan ubat atau tidak, dah mandi ke belum, siapa yang hantar setiap pagi dan kalau kalau ada kecederaan or luka2 di tubuh badan pun kena tulis kat situ..  Lagi satu, TAJ ada uniform mereka sendiri dan jarang taska buat uniform ni melainkan tadika... 



Ok, sekarang cerita bab yuran pulak... boleh kata lebih kurang je dengan taska2 yang lain kat bsp ni.  Bagi yang tak lama lagi nak dapat baby tu boleh la sediakan peruntukkan RM450 setiap bulan kerana rata2 pengusaha taska mengenakan charge yang sama.  

Di TAJ, kalau ada lebih daripada seorang anak yang kita hantar kat situ akan diberi diskaun la sikit... Macam saya ni, Shawqi RM450 dan Safiyya RM400 (1tahun 9bulan - umur dia ketika itu) tetapi hanya perlu membayar RM800 sahaja setiap bulan... Jadi meh kita beranak ramai2 dan hantar anak ramai2 kat TAJ.. huhu...


Ni antara aktiviti Safiyya sepanjang bersekolah di Taska Ana Junior 
(kredit gambar : Facebook Taska Ana Junior)













Notakaki:  Sampai sekarang dak piya ni tak bagi saya ikat rambut dia... tapi kalau cikgu ikat, boleh pulak.. hmmmm budak rambut kenteng ni...

7 comments:

  1. Salaam..ok x taska ni? Skrg tgh cri nrsery area saujana putra..bleh share review tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... so far kedua2 anak saya kat sini mmg sangat ok. puan tinggal sp mana ye? TAJ ada di SP9 dan SP10. Sepanjang anak saya kat sini, memang padat dengan aktiviti yang sesuai dengan umur diorang. takde laa tido makan n tgk tv je...

      Delete
    2. insyaallah tggal di sp4, still mcri2 lg taska ni..boleh try hantar di anan junior ni.google review mostly ok ngn taska ni..anak before ni duduk ngn bbysitter, hrap die dpt adapt la..

      Delete
  2. Cantik taska nie..lega dga positive review from parents..tp taska ni sampai 4 yo je kan..utk 5 yo and onwards kat mn pulak yea ibu2 di bsp nie hantar...?perkongsian anda amatlah dihargai 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. hi.. yup taska ni sampai umur 4 tahun je. kalau dah nak masuk tadika, banyak sekolah kat bsp ni. tinggal pilih je. puan tinggal kat sp mana? kalau saya prefer yang tak jauh dari rumah dan senang nak hantar pagi. kalau kat sp 10 ni boleh hantar kat alif ceria tak pun jiran sebelah kat sp9. ada abs, arif minda dan little caliph.

      Delete
  3. assalam...sy nurul nak tanya...untuk hantar baby ad x tempat yg ok....
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... hi Nurul. buat pengetahuan Nurul, kat Taska Ana Junior ni menerima baby seawal umur 2 bulan. tapi tempat agak terhad kerana ikut rules JKM, baby tak boleh ramai2 dalam 1 taska. jadi kalau nak hantar baby kena cepat2 register. Taska Ana Junior ni kat SP9 dan SP10. Kalau rumah dekat, boleh hantar kat situ. selain tu kat SP10 ada taska Al-Fath. kat SP8 pun ada beberapa taska jugak yang terima baby. salah satu Taska Iqisha... yang lain2 saya tak sure.

      Delete