Thursday 17 August 2017

Rindu yang tiada lagi berbalas

Salam

#innalillahiwainnailayhirajiun
Al-Fatihah

Akhirnya segala kesakitan mama telah pun berakhir pada 10 Ogos 2017 tepat jam 11.39 malam.  Dalam sedih saya tetap bersyukur kerana mama tidak lagi perlu menanggung segala kesakitan yang dialami sejak kesihatannya tidak menentu.

Nosocomial Sepsis.  Begitulah yang tercatat dalam surat daftar kematian mama di ruangan SEBAB KEMATIAN.  Dalam bahasa yang mudah ia adalah jangkitan kuman dalam darah.   Dengan keadaan jantung yang semakin lemah agak sukar untuk mama sembuh seperti sediakala.  Doktor pun dah bagi hint anytime jantung  boleh terhenti.  ðŸ’”💔💔

Bagaimana ye rasanya bila dah takde ibu?
Sukar nak digambarkan dengan kata.  Rasa kehilangan tu bagai mencengkam dalam sanubari saya.  Di dalam kesukaran nak menerima hakikat, saya tetap redha.  Mama dah pun tenang berada di alam lain... Cuma ada masanya saya bagai terasa mama masih dirawat di hospital.. huhu

Malam tu...
Abah call bagitahu pihak hospital maklumkan mama tengah kritikal.
Allah
Allah
Allah

dan tak sampai setengah jam, mama dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah dibawa pulang ke rumah malam itu juga.  lebih kurang pukul 2.45am van jenazah hospital sampai.  Saya masih dalam perjalanan pulang ke Taiping.  Sepanjang perjalanan ada masanya terlelap dan kejap2 terjaga.  Saya cuba untuk tidur tetapi tak boleh.  Air mata ni macam tiada noktah. Selebat hujan malam tu.

Sampai je terasa berat sungguh kaki hendak melangkah ke dalam rumah.  Kalau ikutkah hati, nak je saya meraung depan pintu apabila melihat sekujur tubuh mama terbaring di ruang tamu.  Cepat tidurkan semula Shawqi kat dalam bilik.  Bila anak2 semua dah masuk ke bilik, terus saya ke bilik air mengambil wuduk dan cepat2 menemui mama.  Kain penutup ditarik dan terus memegang wajah mama... Sejuk dan kaku.  Masih ada sisa darah keluar dari hidung...

Saya dah kakak ipar bergilir2 bersih darah tersebut supaya wajah mama bersih.  Seusai solat subuh,  seorang demi seorang jiran2 datang melawat.  Alhamdulillah, ramai yang datang ziarah.

Dalam mengharapkan kelancaran urusan jenazah, tiba2 kami dimaklumkan nama mama tiada dalam senarai khairat kematian Masjid Al-Hidayah Asam Kumbang Taiping.  Menurut abah, dia dah masukkan nama mama.  Mujur abah ada simpan resit.  Tetapi setiap daerah pembayaran khairat kematian adalah tidak sama.  Menurut pihak pengurusan masjid, walaupun ada nama mama penama tersebut, ia tetap dikira satu nama iaitu nama abah.  hmm apa boleh buat.  Nak gantikan mama ke tempat abah pun tak boleh juga.  Dalam kegusaran itu, kakak ipar saya mendahulukan duitnya.  Jumlah pembayaran untuk menguruskan jenazah lebih kurang RM1000.  Alhamdulillah... mana nak cari kakak ipar yang baik ati macam tu.  Abah nak ganti balik tapi kakak dah niat sedekah pada Mama... 

Sepanjang jenazah masih dirumah, saya cuba untuk berada disisi mama, tapi bila terlalu ramai yang datang saya akan beredar dari situ agar memberi peluang jiran2 serta saudara mara menatap mama buat kali terakhir.  Saya hanya mampu termenung di tepi muka pintu bagaikan anak kecil yang bingung kerana ketiadaan ibu.  Sampai lah ada seorang jiran meminta saya duduk disebelah jenazah kerana ini merupakan peluang terakhir yang tiada gantinya.  ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢  

Dalam mengharap segala urusan hari itu dipermudahkan, ada juga yang bercakap2 kerana kami tidak membersihkan mama terlebih dahulu sebelum di bawa kemasjid.  ini kerana mama masih ditutupi dengan pakaian hospital.  hmmm kalau ikutkan nasihat yang lebih arif sebelum tu, menyarankan hanya sapukan minyak di sendi2 dan tidak perlu dibersihkan.  Lagi pun kurang dari 2jam mama akan dibawa ke masjid untuk diuruskan.  

Lebih kurang pukul 10.30 pagi van jenazah sampai dan membawa mama.  Itulah moment terakhir melihat mama keluar dari rumah buat selama-lamanya.  Sejurus itu, kami semua bergegas ke masjid dan saya terus tempat jenazah dimandikan.  Saya pernah mengikuti kursus pengurusah jenazah masa belajar di UUM dulu.  Menguruskan jenazah olok2 sangat berbeza dengan menguruskan jenazah ibu kandung.  Setiap tindakan dilakukan dengan deraian air mata.   Melihat adik yang teresak menambah sayu dihati.  Ya, kalau saya sedih apatah lagi dia.  siang malam menguruskan mama dengan sabar dan kehilangan ini sangat menyakitkan.  

Hampir jam 11.30, jenazah sudah pun disemadikan.  Cuaca mendung hari tu bagai mengerti perasaan kami.  Terasa seperti alam turut mengasihani mama.  

Usai sudah urusan mama di dunia ini.  Harap kalau ada yang membaca coretan saya hari ini dapat mendoakan dan hadiahkan Al-Fatihah kepada mama saya.  Terima kasih saya dahulukan.

Kehilangan ibu sesuatu yang sangat meruntun jiwa.  Sesiapa yang pernah merasainya pasti akan terasa kekosongan itu.  Hilangnya 1 nikmat yang tiada galang gantinya...

Al-Fatihah

Hajah Pahimah binti Haji Alang Ismail
1 Oktober 1951 - 10 Ogos 2017

Notakaki 😢😢😢

No comments:

Post a Comment