Thursday 21 September 2017

Columbia Asia UV Night Run 2017

Salam

Bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara Oktober ini, Columbia Asia akan menganjurkan satu acara larian amal bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut.  Larian amal tersebut akan diadakan pada 7th October 2017 di Taman Tasik Cyberjaya bermula pada pukul 8.30malam.  

Sudah 2 tahun  berturut acara seumpama ini diadakan dan ia akan disalurkan kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA).  Segala sumbangan adalah untuk kegunaan program pendidikan dan komuniti yang dikendalikan oleh BCWA.

"Dari jumlah penyertaan yang begitu ramai sekali, kita tahu bahawa masyarakat Malaysia sangat menyokong program sebegini iaitu kempen kesedaran tentang penyakit kanser payudara" - Puan Engku Marina Engku Hatim (Penganjur/Pengurus Besar Columbia Asia).

Columbia Asia UV Night Run 2017 mengadakan 2 kategori iaitu 3km dan 10km.  Bertema kan UV, para peserta akan berlari dengan 'glowing in the dark' iaitu muka akan dicat neon dan memakai gelang neon di pergelangan tangan.  Setiap peserta akan dibekalkan 'LED wrist band' yang akan memantulkan cahaya dalam gelap.  Terima kasih juga kepada Supperclub TREC KL deejay, Ira Roslan aka Irama dan tidak ketinggalan kepada emcee/televisyen/host/former Capital FM deejay dan 2012/2013 winner of FHM's Most Wanted Woman in the World iaitu Patricia K.

Berikut adalah para penaja Columbia Asia UV Night Run 2017 iaitu Brooks sport apparel, 100 Plus dan Nivea.

Penyertaan telah pun penuh iaitu 2000 peserta semuanya dan diharap acara ini sedikit sebanyak dapat meningkat kesedaran tentang pencegahan kanser payudara dan juga dapat memberi sokongan kepada yang sedang menderita akan penyakit ini - Puan Engku.


Notakaki: tak sabar nak tunggu 7hb nanti... jom lari...

No comments:

Post a Comment