Thursday, 15 February 2018

Tahun 2018: Menukar Sekolah Bukan Lagi Isunya.

Salam...

Ini post pertama saya untuk tahun 2018.  Dah separuh bulan kedua pun baru gergasi nak bangun. 

😂😂😂

Sebelum nak start dengan post2 akan datang, saya nak jelaskan satu hutang post saya tentang pemilihan sekolah kebangsaan Aariz Danial.

Dalam post saya tentang pendaftaran pemohonan tahun 1 yang huru hara tu, saya ada mengatakan yang nak menukar sekolah Danial dari SK Seksyen 27 (1) ke SK Putra Height bila masuk minggu ketiga persekolahan.

TETAPI

Setelah ditimbang2 difikir2, kami tak meneruskan hasrat tu malah mengekalkan Danial kat sekolah yang sama.  Sebabnya ialah Danial dah pun serasi dengan sekolah tu dan juga serasi dengan pembelajaran sessi petang.  Kalau tukar sekolah kebangsaan, sessi sekolah KAFA pun kena tukar jugak.  dah banyak keje dan jenuh pulak Danial nak adapt dengan rutin baru. Maka kekallah Danial sebagai pelajar SK Seksyen 27 (1).  Sekolah tu pun not bad dan bagi saya mana2 sekolah pun sama je tak kisah la sekolah baru atau lama.  lagipun jarak tak berubah banyak pun lain laah kalau SK PH ni sebelah rumah saya je. hehe




Danial buat muka macam tu bukan sebab nak nangis ke takut ke tapi tension sebab mak dia ni asyik2 ajak selfie. 😀


Sekarang ni, dah minggu kedua bulan february dah pun.  So far takde apa2 masalah yang besar sepanjang sessi persekolahan.  Hilang2 barang tu biasa laa... especially stationery.  Dulu saya tak paham kenapa mak mak buat stationery stock kat rumah.  Rasa macam ehh nak buat apa beli banyak2.  Tapi sekarang saya faham.  Hari2 kena bagi eraser baru. So pengajarannya tak perlu beli yang mahal2.  Sebab bila hilang rasa macam eiiii budakkkkk niiiiii.

Notakaki:  Perasaan sayu melihat anak ke sekolah itu wujud.  #makcengengdetected


4 comments:

  1. haishh. lagi 3 tahun anak bujang saya nak sekolah. terasa kejapnya waktu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun tu kejap je rasa nnt. tahu2 dah bertungkus lumus kat dapur menyiapkan bekal anak subuh2. :)

      Delete
  2. Alhamdulillah....danial pun dah serasi dengan sk seksyen 27 :)

    ReplyDelete

  3. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete