Wednesday, 5 September 2012

Melayan kerenah anak yang suka mengutip

Aktiviti mengutip ni makin hari makin susah nak dibendung... lagi la sekarang ni Danial dah merangkak.  Pada mulanya saya anggap ini merupakan perkara biasa kerana saya sering memantau gerak geri dan apa jua yang sedang dikutip lantas dimasukkan dalam mulut... tetapi ada jugak yang terlepas pandang.

Nak dijadikan cerita, baru2 ni anak saya muntah teruk.  Pening kepala dibuatnya.  Pening bukan kerana letih menjaga anak yang tak sihat tetapi pening memikirkan apa yang menyebabkan anak saya muntah2.  Apa yang saya tahu, anak saya hanya makan apa yang saya masak dan bekalkan.  Setelah diselidik dari makcik pengasuh (kalau2 ada makanan lain diberi or ada budak lain yang menghadapi gejala yang sama) takde pulak yang sakit or Danial diberi makanan yang lain. So, saya buat kesimpulan Danial muntah2 kesan dari aktiviti mengutip dan memasukkan benda dalam mulut yang kemungkinan tak bersih.  Teruk jugak laa keadaan dia sampai lembik budak tu.  Hati ibu mana yang tak risau bila tengok dia macam tu.  

Di hari yang indah ni, saya pun try menggoogle kot2 ada petua untuk atasi tabiat anak yang suka mengutip ni.. ada rupanya.. so saya nak share sikit untuk anda semua. mana la tau kalau ada yang alami masalah yang sama

Caranya dengan menabur beberapa ulas bawang merah atau halia di atas lantai. Anak anda akan mengutip dan memasukkan bawang atau halia tersebut ke dalam mulut. apabila merasa kepahitan bawang atau halia tersebut, serta merta bayi anda tidak akan memasukkannya ke dalam mulut lagi.
Halia

Bawang
sumber: Google images
 
Lakukan berulang kali. Insyallah selepas ini tabiat suka mengutip akan terhenti dengan sendirinya.
 

Monday, 3 September 2012

Dilema ibu: Homemade solid food for your baby

Salam... entri kali ni macam nak meluah perasaan sikit.  Lama dah terbuku kat hati ni tapi asik dok pendam je sebab mengambil kira buruk dan baik kesan dari luahan hati.. cehhh dah macam biro pengaduan awam dah blog nih. 

Saya teringat masa muda remaja dulu... saya suka sangat main ngan kucing n kekadang tu saya kidnap baby kucing dari mak dia dan bawak balik rumah... sudahnye baby kucing tu asik mengiau sebab lapar... mula la susah hati sebab hari dah malam n takut nak pegi hantar kucing tu balik kat mak dia. perasaan bersalah menjadi jadi n tetiba dapat idea nak bagi makan kat kucing tu... tapi tak jadi!! sbbnya saya terfikir kucing tu baby lagi mana boleh makan. so bancuh susu tepung untuk kucing tu. kesian tgk dia... terkial2 dia jilat smpi tersembam2 dalam piring sbb tak reti minum macam tu. kan kucing tu lahir2 je breastfeed so mana tau minum sendiri. oleh kerana kejahilan saya, kucing tu jadi mangsa... esoknya saya cuba hantar kucing tu balik kat mak dia... malangnye, mak dia dah tak leh cam tu anak dia.. kucing kan guna bau utk kenal.. so baby tu dah hilang bau asal.. sudahnya saya terpaksa amik keputusan untuk bela kerana kesian n + kucing tu comel sangat.. saya boh nama dia Ema. 

Pengajaran dari cerita ni: 
1) Dalam usia saya belasan tahun tu, saya dah boleh fikir dimana baby yang kecik tu mana boleh terima makanan lagi kerana perut dia terlalu kecik n sistem masih belum ready utk digest makanan... 
2) Lagi satu, kalau boleh biarla anak tu 6 bulan exclusive utk susu badan je.. jgan campur apa2 supaya antibodi dia kuat... lepas tu nak campur or terus sambung terpulang laa

Berbalik kepada tajuk... kenapa sampai wujud dilema??? Adakah saya salah faham atau saya terlebih faham or saya tak nak faham. hehe... berbelit2. Saya rasa bukan saya seorang je yang hadapi situasi tegang di mana anak kita disuap dengan dengan pelbagai makanan yang tidak sesuai yang saya memang ban ala2 ban RTM dulu kala... Saya tak pernah nak tunjuk pandai or memandai2 dan dalam masa yang sama mengenepi kan nasihat orang yang lebih berusia... saya agak tension bila orang kata, 'kesian Danial sbb tak boleh makan mcm2..." what do you mean by makan macam macam??? adakah macam macam jatuh pada kategori asam pedas, sambal tumis, masak lemak, nasi beriani, nasi tomato, rendang ayam, ketupat, lemang, laksa, soto, mcdonald, kfc bla bla bla.  lagi satu, adakah anugerah ibu paling berjaya n paling famous amos akan diberikan sekiranya anak2nya semua obes?????? oh tidakkkk.  kalau ini yang dikatakan berjaya, saya bangkang sama sekali... tak nafikan laaa yang saya pun suatu ketika dulu gemuk jgk... tapi alhamdulillah masih boleh diatasi... so tak perlu la jadikan kisah lalu berulang terhadap anak sendiri... (saya harap kenyataan saya tidak mengecilkan hati sesiapa.. sebab saya pun penah hampir terobes... so mcm mengata diri sendiri laa..) 

BERSAMBUNG...  (nnt saya update lagi)


Wednesday, 29 August 2012

Realiti yang orang sukar nak akui... or takmau amik tau.

Setiap kali menjelang hari raya mmg best kalau dapat pegi shopping.  semua nak baru.  dari benda yang tak perlu beli pun nak beli jgk. itu memang lumrah manusia bak kata orang sunat pakai pakaian baru masa raya... cehhh bab ni mmg hangpa terrer no..

Ni antara pengajaran untuk kita semua termasukla diri saya sendiri...


#1 Bayar semua bil before Shoopppppppiiiiinnnggggggggggg!!!

# 2 Jangan sesekali overuse your credit card.  Swipe sana swipe sini mmg best. tapi sila bayar exact amount yang you belanja ok… Anggap credit cards as tool untuk avoid too much cash in your wallet.  So lepas shopping sila bayar.

# 3 Don’t ever trust Jualan harga runtuh…. Sales 80%…. Half price!! Clearance.. last last mesti terbeli barang yang tak sales.  Sebabnye yang sales tu sume stok zaman tok kaduk…  (memang elok kerajaan buat pantauan mana2 outlet yang nak buat sales ni.. sebab pembeli selalu terkena…)

# 4 Tolong la masukkan duit simpanan dalam ASB or apa2 akaun yang xde atm card.  Ini kerana atm card tersangat la bahaya kerana mudah mendorong anda ke atm machine..

# 5 Tolong la baca artikel ni ketika duit tengah banyak kerana bila duit dah sikit or nyawa2 ikan ia tidak berguna lagi… hehehe (peringatan untuk diri sendiri jgk.. gulp)