Friday 24 December 2010

Petua 8P


Saya bukan la orang yang pantas untuk memberi nasihat berkaitan hal kebahagiaan rumahtangga. tapi niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya dapat. Perkara yang baik elok la disebarkan untuk manfaat semua orang. :) Ini adalah senarai petua yang dipetik dari Ustazah Siti Nor Bahyah. (siapa selalu tgk semanis kurma, mesti kenal.. sweet kan diorang)...
1. P- PUJI iaitu setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap perkara yang dilakukan seperti memasak, mengemas dan sebagainya. dan tidak lupa mengucapkan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P- PELUK ermmmmmmmmmm selalu peluk memeluk sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P- PENGHARGAAN dimana amalan memberi hadiah tidak kira mahal atau murah yang boleh menambah kasih sayang.
4. P- PERHATIAN yang secukupnya kerana kurangnya perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasan diabaikan.
5. P- PERSEFAHAMAN dimana memahami tindak tanduk pasangan agar lebih erat perhubungan
6. P- PERGAULAN iaitu meletakkan batas dengan orang lain bagi mengelakkan rasa cemburu seterusnya membabitkan orang ketiga
7. P-PERCUTIAN berdua-duaan patut diteruskan walau sudah beranak pinak bagi mengeratkan hubungan dan merehatkan diri serta jauh dari kesibukkan rutin
8. P-PERMOHONAN atau doa kepada Allah agar rumah tanggan dilindungi, kasih sayang yang tidak berbelah bagi serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia yang membawa kehancuran.

No comments:

Post a Comment