Tuesday 28 December 2010

tata titi tutu twenty ten


2010 dah hampir melabuhkan tirai... fuhhh kejap je masa berlalu dan berakhir la 1 dekat pertama bagi alaf baru tahun 2000 iaitu 10 tahun yang lalu. (kalau ada anak dah sekolah darjah 4 dah)... Bagi yang mengecapi banyak kejayaan tahun ni jangan lupa bersyukur kerana semua nya ketentuan Dia. Apapun saya nak berkongsi suka duka sepanjang tahun 2010 ni... Banyak sebenarnya nikmat yang Allah beri, cuma kita yang tak perasan. Asyik nak merungut je tahu.. Bila dah terkena baru nak salah kan takdir... eiii mintak simpang!! ok ok.. antara yang terbest utk tahun ni:
1. Dapat keje baru!!! haaa ni la antara perkara yang selalu diharapkan sejak job hunt bermula (awal tahun 2009).. Tapi bukan la kata tempat keje lama tak best. Dulu saya keje kat BML.. alaaa syarikat kosmetik tu... 'kejelitaan adalah hak milik setiap insan' mesti ingat kan tagline ni..huhu. 2 tahun lebih jgk keje kat sini. tapi nampaknye jodoh memang smpi situ je. (jodoh keje...) Bulan Feb 2010 saya dapat keje kat BERNAMA... Alhamdulillah. walaupun bukan la gaji byk sangat tapi atleast niat untuk dapat pengalaman baru tu tercapai. pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun kat BERNAMA. kawan2 pun ok, unit ni pun ok, office pun ok, pendek kata semua ok laa..
2. Yang kedua pulak.. hmm saya betemu jodoh pada 12 11 10.. opppsss nnt ingat kahwin dengan orang BERNAMA pulak.. maksud saya, pada tahun ni jgk saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya... jap jap jap.. mcm formal pulak ayat ni... dipendekkan ayat, saya dan Mohamad Khairil Anuar Mohamad Halim disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah... 4 hari 4 malam jgk laa saya tak tido.. pasal sibuk persiapan, bukan kawin 4 hari 4 malam... haaa ini la perkara yang paling kami tak percaya... sebab perancangan nak kahwin ni bukan nya amik masa betahun2 tapi kurang dari 6 bulan. ish ish.. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. apa pun saya bersyukur sgt2.
3. Isu yang ketiga ni lebih kurang mcm yg ke2 jgk, tapi lebih kepada kekeluargaan. Mungkin pada pertama kalinya sangat2 nervous dengan penerimaan keluarga baru (mertua) tapi sekarang ni rasa seronok sgt. Wlpun saya bukan la menantu yang terbaik kat dunia ni, tapi saya akan cuba untk buat yang terbaik. Terima kasih pada mak and abah serta adik2 yang lain n tak lupa pada mak2 sedara serta tok n tok wan n tok mak (ramai kalau nak senarai semua...)
4. Hmm ni pun pasal keluarga lagi (tanpa keluarga siapa la kita).. Antara yang terbest utk 2010 kali ni adalah rasa terima kasih pada mama abah and adik beradik yang lain. especially mama yang tak penah merungut saya tak kawin2 (sehingga hari nikah tu laa).. hmm ye ke?? bukan la tak merungut langsung.. tapi tak la asal nampak muka je mesti tanya bila nak kawin.. huhu. tension tau kalau mcm tu.. tapi semua tu hanya kenangan. Bila tahu je anak dia ni nak kawin, haa mula la ligat pikir nak buat tu nak buat ni... kesian mama n abah.. utk abang, kak azah, pejan n adek pun terima kasih jgk..
5. Antara lain2 yang terbest, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah baik, kawan2 yang baik, dan banyak lagi yang baik.. mana2 yang tak baik tu anggap la satu dugaan kerana semuanya ada hikmah...

Sebelum tu, apa yang dikongsi kat sini bukan la utk tujuan riak ke apa.. cuma berkongsi cerita. setiap orang ada cerita masing2 n ini la cerita la saya... muackss.. ok laa.. selamat tahun baru 2011 semoga segala kegembiraan, kebahagian adalah milik kita semua..

1 comment: