Wednesday 29 August 2012

Klinik Berhenti Merokok

Hehhh susah sangat ke nak berhenti merokok ni sampai kena pegi klinik bagai....tu la dia nye... Bagi orang yang tak merokok, mmg menyampah giler dengan orang yang cuba berhenti merokok tapi tak penah tercapai...(tak boleh tahan laa... rasa tak senang duduk laa... rasa tak best laa) Terasa pelik sesangat kenapa sebatang rokok tu mempunyai daya tarikan yang tinggi hingga susah bebenor deme ni benti rokok. Tapi itu la hakikatnya... Kita kena paham gian nak merokok boleh buat orang jadi tak tentu hala, kejap2 nak marah, kira tak lengkap la kehidupan dia seharian kalau tak dapat rokok.  SAMPAI bila pulak kita nak kena paham tentang gian merokok ni sedangkan orang merokok lagi kena paham semua manusia yang ada kat muka bumi ni berkongsi udara, oksigen dan segala keindahan yang tuhan ciptakan untuk kita...  Jadi aktiviti mencemarkan udara dengan asap rokok adalah sesuatu yang tidak bermoral.  (sorry kenyataan nya agak keras tapi itu la pendapat saya)

Salah satu hospital yang menyediakan perkhidmatan klinik berhenti merokok...  klik SINI

Berbalik kepada tajuk kita kali ni, berita baik kepada semua perokok yang ada cita2 nak benti rokok... gunakan jari jemari anda tu untuk meng'google' Klinik Berhenti Merokok... yang dianjurkan oleh hospital2 kerajaan diseluruh Malaysia... tetapi, para perokok sekalian haruslah 100% nak berhenti bukanya 50-50 or saje2 nak dengar kaunseling... sebabnya komitmen selama 3 bulan perlu diberikan bagi menjayakan misi berhenti merokok... 

Apa yang menarik lagi para pesakit or perokok akan diberikan pil yang perlu diambil setiap hari ala2 pil perancang yang tak boleh miss mengikut harinya... pil ni bukan laa pengganti nikotin seperti yang terdapat dalam pasaran tetapi mmg menjadi kan perokok rasa nak termuntah or tak sedap langsung bila merokok malah asap rokok pun boleh buat dia pening... menarikkan!!  

Saya terbukak ati nak buat entri pasal merokok ni sbb orang yang paling dekat dengan saya iaitu suami telah pun mengikuti klinik tersebut.. so far alhamdulillah misi nya berjaya... bukan setakat bulan puasa, dah bulan raya ni pun dia tak nak merokok sebab katanya nak muntah bau asap tu... hehe (baru dia tau...) Harap2 ia berkekalan la ye... dari belum kahwin, start mengandung n dah bersalin pun asik dengar nak behenti rokok je tapi dok hisap lagi... semoga berjaya la ye sayang... amin... 
Bagi yang masih tercari2 solution benti rokok ni, rajin2 la google klinik berhenti merokok tu ye. 

Kalau dulu tak tahu, sekarang jgn buat tak tahu ye... usaha tangga kejayaan... Sumber: http://www.cepp.utm.my


Psst: duit beli rokok dah boleh spend untuk susu anak... :P

8 comments:

  1. bagus ada klinik ni... jadi apa lg ditunggu wahai perokok yg berniat nak berenti tu... cepat2 join

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul... kalau nak seribu daya. mesti boleh punya.

      Delete
  2. mungkin... sudah tiba masanya utk mereka2 yg tegar dgn aktiviti merokok ni, gunakan kaedah yg ada dinyatakan dlm pautan di bawah... kot?
    mana tahu... dpt membantu mereka yg memerlukan..
    dan mungkin juga anda dpt membantu yg tersayang menghilangkan tabiat buruk ini?
    semoga memberi manfaat kpd yg memerlukan.. ^_^


    Jom Berhenti Merokok

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg sangat menarik.. ramai je orang sanggup ikhtiar macam-macam untuk berhenti merokok, tapi jarang membuahkan hasil.
    tips berhenti merokok dengan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... apa pun caranya kena la berterusan dan azam yang kuat. bukan senang nak behenti.

      Delete
  4. Tahniah kepada suami Puan kerana berjaya berhenti merokok. Tahniah juga kepada Puan kerana bersungguh2 menyokong usaha suami Puan berhenti daripada membuang tabiat buruk itu. Ketahui teknik terbukti berjaya berhenti merokok tanpa ubatan di http://zakuanlr.com/blog/2016/06/17/tips-berhenti-merokok-tanpa-ubatan/ .Kami hanya membantu orang yang mahu dibantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka ayat "kami hanya membantu orang yang mahu dibantu." :)

      Delete