Tuesday, 12 March 2013

Apabila anak tak mo makan sayur

Sejak Danial dah start makan solid food, saya dah senaraikan siap2 menu sayur dalam makanan dia hari2.  tak pernah miss walaupun hanya carrot.  Apa je sayur yang saya bagi, semua Danial makan.  Mungkin semuanya dah di blend halus, jadi bila dah campur siap dalam nasi, mana nak perasan yang ni sayur, yang ni ayam or daging.   Tetapi sejak dah boleh makan family food ni, Danial dengan senang hati akan luah balik kalau saya suap sayur.  haihh geramnya.... Bukan setakat dia tolak sayur je, tapi kadang2 ayam pun dia luah balik. hmmm sabor je laa.  Mujur kalau bagi buah dia tak penah menolak sebab itu mmg dah menjadi snack dia setiap selang waktu makan. 

Apabila saya menghadapi situasi mcm ni, memang la tak boleh biarkan je.  Bukan la bermakna tak makan sayur tu, gelap terus masa depan.  Cuma saya memang agak bertegas sikit dalam melatih dia supaya mengutamakan satu hidangan lengkap yang sihat.  Kalau junk food mmg saya dah pangkah siap2.

Jadi saya pun try la google mana2 info yang boleh bagi cadangan dalam menggalakkan anak makan sayur dan jugak buah. Antara yang boleh di kongsi

Saranan Panduan Diet Malaysia

Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari!!!

Cara2 untuk memastikan ia lengkap setiap hari ialah 

"3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah dalam sehari
1 hidangan buah 1 hidangan sayur setiap waktu makan
Makan buah dan sayur berwarna-warni setiap hari"
Nota: 
Buah2an mestilah terdiri daripada Buah Segar @ di keringkan secara semulajadi @ 100% jus buah tanpa gula dan pengawet
Sayur pulak mestilah Sayur hijau gelap yang segar (sawi / kailan /bayam) @ sayur tak berdaun (peria /petola) @ sayur pelbagai warna @ sayur berbuah (tomato/terung) @ sayur akar (lobak merah) @ sayur kekacang (kacang panjang/buncis) @ sayuran sejuk beku (frozen peas)


Dua faktor utama yang menentukan sama ada kanak-kanak akan makan sayur dan buah adalah kesukaan dan kemudahan untuk mendapatkannya.
Yang ni mmg saya cepat give up... tetapi menurut pakar, kena beri peluang kepada anak untuk mencuba rasa makanan yang berbeza walaupun anak akan luah balik pada awalnya...  KENA ULANG CUBA SEBANYAK 10 KALI!!!...  Lama kelamaan mesti diorang suka.

No comments:

Post a Comment