Salam,
Dah lama dah saya nak buat entry tentang cerita berubah menu dan juga perubahan cara penyediaan makanan anak saya. Sejak umurnya 6 bulan, saya dah start amalkan aktiviti membuat puree, buat bubur nasi, buat chicken stock.... semua makanan anak, saya terjemahkan dalam bentuk ice cube kecuali bubur nasi yang mana saya masak setiap hari (guna slow cooker).
Bila anak dah semakin membesar, gigi dah makin bersusun atas bawah serta geraham dah mula tumbuh, saya mula memperkenalkan nasi atau dengan kata lain tiada lagi pasta yang di blend, ayam yang di blend dan apa2 je la... Bila mula menyuap nasi tu, saya penyek2 kan sikit supaya lebih mudah ditelan. Pada mulanya saya ingat dia tak tahu mengunyah, rupanya automatik dia akan kunyah bila nasi tu masuk ke mulut. ye la kan.. selama hidup main telan je, ni tetiba dapat yang berstruktur pulak.
Konflik mula timbul apabila nak buat bekalan ke rumah pengasuh. Bagi saya, bubur nasi adalah lebih mudah kerana segala lauk (puree) hanya perlu dicampur dalam periuk dan digaul rata bersama bubur nasi.. (macam apa daa ayat nih). Kalau nasi, saya perlu masak lauk asing pulak. (jenuh nak memikir lauk apa hari2) Jadi sejak umurnya dah lepas 1 tahun, saya praktik kan memasak nasi dan lauk hanya pada hujung minggu sahaja. Manakala untuk hari2 biasa, saya akan sediakan bubur nasi.
Tetapi sejak umurnya dah masuk ke 16 bulan ni, suami dah hint supaya tukar menu anak. 'sampai bila u nak bagi Danial makan bubur nasi?' -itu katanya... huhu... Bila saya memberi alasan tiada masa dan memerlukan lebih banyak kerja untuk memasak lauk pulak, suami tak boleh terima. katanya masak je la nasi. apa susah.. ishhhh susah nak paham kan dia.. tapi tak pe saya sahut cabaran itu. Ingat saya tak boleh buat ke. Walaupun saya bukan surirumah, saya boleh sediakan hidangan lengkap untuk anak saya walaupun terpaksa bangun lebih awal dari subuh. (lagi skali ayat apa daa.... - berapa kali WALAUPUN)
Saya mulakan dengan memasak nasi goreng. Dengan berbekalkan chicken stock dan isi ayam rebus, maka *kluntung kluntang* la sudip dan kuali di subuh hari...Petang tu, saya pesan siap2 kat husband supaya dia tanya kat makcik pengasuh tentang respon Danial dengan nasi goreng tu. (Husband yang amik anak petang2). Nampaknya positif cuma makcik tu cakap banyak sangat saya bekalkan... huhu. Sebenarnya tak dapat nak agak kalau bekalkan nasi. Selama ni bubur, so letak byk2 pun takpe. Ada satu yang masih saya rasa pelik ialah, anak saya sangat berselera makan kat rumah pengasuh berbanding di rumah sendiri. Sebab setiap kali tanya makcik tu, mesti dia cakap " Danial makan habis... selera betul"... tapi yang sedihnya kalau makan kat rumah, punya la susah nak abiskan satu mangkuk nasi. Sampai merajuk2 saya dibuatnya. Kalau habis satu mangkuk tu, memang rasa best sgt dah.
So, mana gambar2 makanannya??? tu laa setiap kali habis masak, saya mmg nak amik gambar. Tapi last2 mesti terlupa. menci betul. Nnt lepas ni saya update gambar makanan pulak.
*kluntung kluntang - bunyi yang terhasil apabila sudip dan kuali berlaga... (istilah ciptaan sendiri.. hehe)
makanan anak2 memang kena ikut kesesuaian selera dan umur mereka kan? kalau ada gigi still nak makan bubur cam x sesuai rasanya...boleh..tapi takut2 mereka jemu... ^_^
ReplyDelete