Thursday 4 July 2013

Danial suka air tangan ku...

haha statement riak giler.

Sejak Danial diperkenalkan dengan solid food, memang saya tak kasi chance la kat semua bijirin segera yang ada jual kat pasaran tu.  Bubur, puree, dan segala macam menu Danial saya akan masak sendiri. Segala benda la saya pantangkan untuk dia bagi memastikan Danial kenal dengan air tangan mama dia ni.  Bila dah melepasi usia 1 tahun, saya dah longgarkan sikit menu dia dan cuba mencampur menu homemade dan menu kedaimade. Tapi nampaknya Danial lebih berselera kalau makan makanan yang saya masak.  (kembang kempis hidung).

Tapi bukan la nak kata anak saya tak penah tolak makanan.  Sepanjang usia dia yang dah 20 bulan ni, banyak kali jgk la saya menghadapi situasi yang dia xmo makan.  Penat2 masak untuk dia, tapi xmo makan.  Kalau hari kerja dah la sampai rumah pukul 7, rehat jap terus ke dapur untuk masak untuk Danial n untuk kami.  Masa dia masih makan bubur atau puree, saya memang ada praktikan aktiviti frozen puree ni.  Tapi bila dah besar, mana dia nak layan tu sume.  Dah ada gigi la kata kan.  Jadi saya perlu sediakan 2 menu ikut selera bapak anak. 

Macam tu la kalau dah jadi mak mak ni kan.  Kalau dah anak tu suka makan masakan kita, maka dengan bebesar hatinya kita akan masak untuk dia. Tapi kalau dah letih malas tu, terpaksa la makan kat luar. huhu.

Senyum Kekenyangan
 




No comments:

Post a Comment