Tadi ada *keramaian di mini library kat tempat saya bekerja ni... haha keramaian la pulok. Aktiviti utama yang diorang adakan ialah buat pinjaman buku beramai2... dan minimum mestilah 3 buah buku sekali pinjam, baru lah dapat doorgift.
Ok ok, bukan lah cerita doorgift atau goodies yang saya nak cerita kat sini. Tetapi tentang salah satu buku yang saya pinjam iaitu 'Menghadapi Orang Yang Bermasalah'. Pilih buku kemain lagi. Ye laaa kadang2 kita ingat orang tu bermasalah rupanya masalah tu berpunca dari kita sendiri. Jadi apa salahnya kita cuba muhasabah diri dan jangan lari dari masalah. (Walaupun hari2 kena hadap).
Maksud Orang Bermasalah seperti yang dipetik dalam buku ni ialah;
" Orang yang anda tidak tahan dan yang tidak akan melakukan apa2 yang anda perlukan daripada mereka, atau melakukan yang anda tidak mahu mereka lakukan dan anda tidak tahu bagaimana hendak menghadapi mereka"
Aduhh berbelit saya baca benda ni dan terpaksa baca banyak kali untuk hadam makna dia sebenar. Ini kerana buku ni di translate dari English ke BM.. begitu lah jadi nya.. huhu
apa yang saya faham setelah puas menghadam ayat tu ialah'
Orang yang bermasalah ini adalah orang yang kita memang tak tahan dengan dia, orang yang tidak sesekali menyenangkan kita bila kita perlukan sesuatu, orang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara yang kita tidak sukai serta orang yang kita tak tahu nak hadapi mcm mana sehari2...
paham tak?? tapi buku ni saya tak abis baca lagi.. tunggu la berita selanjutnya ye.. saya baru baca mukadimah.. heheh...
Adehh ada terhutang entry nih... yang ni pun tengah gigih nak sambung. tungguuuuuu...
No comments:
Post a Comment