Saya maksudkan disini bukan semua jurujual adalah pendesak. Apa yang berlaku ialah, petang jumaat lepas dan ketika itu saya berada di farmasi (tengah bayar). Ada seorang jurujual bangsa asing (bukan awang hitam) menunjukkan gambar perhiasan ayat2 Al-Quran. Setelah menyatakan TIDAK MAHU, dan tidak menghiraukan apa yang dia tunjuk pada saya, saya terus membayar. Dalam masa yang sama dia terus mendesak saya membeli barang yang dijual.
Lantas saya menegaskan tidak mahu membeli apa2 dari dia. Tapi dia terus memujuk dengan menunjuk gambar keluarganya yang kesusahan. Walaupun begitu saya masih berkata tidak bukan kerana tidak kasihan tetapi sedikit geram kerana dia sangat mendesak. Bila saya keluar dari farmasi, orang itu terus mengekori saya dan menawar sesuatu yang lebih murah. Oleh kerana tak tahan, saya setuju untuk membeli yang RM5. Bila saya menghulurkan duit kertas RM10, dia seharusnya pulang kan baki RM5 kepada saya... Tetapi hanya pulangkan RM4 dengan alasan takde duit kecik.. eiiiiii pembohong!!! saya nampak duit dalam wallet dia. Untuk tidak berlarutan, saya terus pergi dari situ kerana tersangat sakit hati.
Nota: Saya tidak kisah apa yang orang mahu jual pada saya. tetapi kalau tak kena gaya, saya memang tak akan beli. Tapi kalau dah mcm ni caranya terpaksa la jugak sebab saya berseorangan waktu tu dan dah pukul 6pm lebih pun... (Takuttttt). Lagi satu saya bukan memandang rendah pada jurujual kerana saya juga pernah menjual. Cuma jgn paksa2 orang. Orang tak suka pun.
No comments:
Post a Comment