Salam...
Setelah sekian lama asyik tertangguh dengan pelbagai hal, akhirnya sabtu baru ni terbeli juga baju untuk baby. Puas fikir nak pegi beli kat mana. Last2 kami pilih Parkson. hmmm nak kata murah sangat sales dia tu tak la jgk tapi sebab nak celebrate birthday husband jugak pada hari yang sama. So pegi tempat yang ada semua nya itu iaitu KLCC. Nak kata celebrate romantik2 sangat tu tak laa.. sebab dengan si Danial yang tetiba aktif kat restaurant tu. Haihhh makan pun macam tercekik. Dia makan sikit je. Sudahnya kita pulak yang kena habiskan makanan dia. rugii wooo kalau biarkan je. Mana laa mama tak naik berat ni. Kalau doktor tanya lagi, mama cakap je ni semua Danial punya pasal... haha...
Happy Birthday Sayang... |
Baju baby ni pusing kot mana pun brand dia macam tu jugak. Tak Anakku, Baby Kiko tak pun Pureen. haaa Pigeon satu lagi... Rasa nya Danial dulu pun sume brand ni jgk.. owhh dulu Danial banyak beli brand Disney. hmmm Parkson takde Disney rupanya. Mula2 tu tengok jugak kat Motherscare. Memang sedia maklum harga kat Motherscare ni sangat la mahal. Setakat nak beli satu dua tu ok laa.. Tapi semua nak borong kat sini tu, macam sakit sikit. Tapi kalau untuk Toddler, memang ok rasanya. Dengan pilihan baju yang cantik tu, buat kita rambang mata. Kalau dulu orang mcm pening nak cari baju utk boys kan, tapi kat Motherscare ni jadi spoil pulak. Huhu... Owhh Danial, nnt mama beli baju Danial pulak ek...
Walaupun brand2 yang saya sebut tadi tu masih affordable, tapi bila dah dia jual asing2 (baju n seluar asing) beratus jugak peruntukan baju baby ni. Masa pilih tu memang la best, tapi bila membayarnye.... ish ish... rezeki kau la dik... Tu belum masuk sabun, la diapers la, lotion sume tu. Owh yaa... macam saya, selalunya untuk baju baby ni saya prefer beli yang saiz 3-6 month. Sebab boleh pakai lama sikit. Untuk Newborn size, saya beli sikit je (tak sampai 5 pun). Baby cepat je besar n nnt dah tak muat. Sayang je baju tu.
Lepas pilih2 tu, promoter akan letak baju kita kat kaunter. So boleh la kita beli benda lain pulak. Masa nak bayar tu, boleh pulak barang saya (timbunan baju) dicampur sekali dengan orang lain punya. Dah la yang beratur tu suami. Dia pun bayar je skali ntah sape punya. Dah ada 3 helai extra. Nasib baik la orang tu pilih yang ok dan tak sama dengan yang saya dah pilih. Kalau tak, tension je. Dalam banyak2 tu, brand Pigeon ni agak mahal tapi kain dia memang sedap. Lembut je...
Nota: Lepas ni kita mendobi pulak ye.... haaa banyak nye nak kena buat...
hehe pregnant pun syiok shopping kan^^
ReplyDeleteBetul2... Tapi bila dah balik rumah, dia punya penat, sampai tak boleh buat apa. shopping ni mcm magic laa.. haha...
Delete