Tuesday, 24 June 2014

Masalah Ketika Mengandung: Berat Badan Naik Mendadak!!!

Salam,

Isu ni bukan lah satu isu baru bagi wanita yang mengandung. Istilah makan untuk 2orang  memang langsung tidak boleh diterima masa sekarang ni. Masalahnya saya tak makan pun untuk 2 orang tapi berat memang naik dan macam tak sudi nak turun.  Kalau turun, lagi la saya risau sebab akan memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan.  Tapi yang saya amat frust sedikit la.. ehh frust banyak kerana mereka (KKIA) seolah-olah tak puas hati.  Macam diorang nak pastikan jugak saya ni ada diabetis or darah tinggi.  so baru la padan dengan berat badan yang naik ni.  Bukan la saya melekehkan kerja mereka dan saya tahu kalau checkup kat KKIA ni memang detail. Tak boleh terlepas punya. segala benda diorang check.  Tapi kalau dah sampai kena paksa minum air gula untuk kali ketiga, Apa kes... tension tau tak. Sepanjang checkup kat situ hinggalah dah masuk 33 weeks ni kedua2 result minum gula tu memang lepas, BP pun memang sentiasa ok. Cuma berat je yang asik pen merah. 

owh yaa lagi satu, oleh kerana bersalin yang dulu saya ceasar, so saya diminta refer ke doktor di mana2 hospital. Saya pun pilih la HUKM dan setelah buat appointment 2 minggu yang lalu, saya pun dapat la tarikhnya 19June ari tu.  saya pilih HUKM ni sebab hospital ni cukup bagus dah banyak doktor pakar.  Cara diorang check pesakit tu cukup detail dan segala benda dia akan selidik.  ini atas pengalaman saya refer kes anak saya dulu. Kan dia lahir dulu emergency ceasar, so ada masalah sikit pada jantung (nak cerita panjang pun tak reti).  Doktor yang check tu memang bagus. Walaupun lama kami dalam bilik tu, tapi segala benda dia periksa.  kira puas hati laa dan alhamdulillah, masalah jantung yang di detect oleh hospital Sg Petani (tempat anak saya dilahirkan) dah pun normal seiring dengan pembesaran anak saya.  

Malangnya tidak bagi kes saya, setakat dia nak pegang2 perut dan check yang rutin (macam doktor kat KKIA jugak) baik saya tak perlu bersusah payah ke situ. Saya nak cerita masalah tulang belakang saya yang sakit sangat ni pun terpaksa pendam je. Memang la masalah sakit pinggang ni bukan lah luar biasa bagi orang mengandung tapi atleast selidik la lebih lanjut. haii frust2. Dah la hospital ni saya kena bayar. (sebab tempat kerja dah tak kuarkan GL untuk hospital yang sudah dinaik taraf ke Pusat Perubatan) tapi check gitu2 je.  :(

Susah kan bila dah terlalu detail tu, sampai tension pulak saya ni.  Tapi kalau lebih kurang pulak, rasa geram pun ada.  Apa pun, biarlah realistik sikit. baru la puas hati. 

*KKIA - klinik kesihatan ibu anak

6 comments:

  1. Betul tu kkia mmg check tu detail kan... Ada nurse yg mmg well verse n byk infos seronok bekongsi dengan kita. Kalau kat private kita byr, some tu mmg servis dia kita xpuashati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul... Cuma kebanyakkan orang tak suka pegi kkia sebab tak flexi dan terlalu ramai n terpaksa tunggu lama.

      Delete
  2. Saya suka servis KKIA.. Checkup yang detail memang sangat meyakinkan.
    RAHSIA KAWAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang detail. sampai buku merah tu dah ropa belacan sebab kena tambah kertas. Masa anak 1st agak suffer sebab pegi sesi pagi. bila dah mengandung yang no 2 baru berani request sebelah petang. huhu.

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian..KKIA memang check details dan sevice serta layanan ikut atas tempat kot..amalkan pemakanan yg sihat dan seimbang..insyaAllah ok..pengambilan omega Guards pun byk membantu pembuangan lemak2 tak baik semasa mengandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... ikut tempat tu mmg saya setuju. nasib la kalau dapat layanan kkia yang tak best. mujur saya dapat tukar2 sebab pindah randah. hmmm masa mengandung boleh amik supplement buang lemak ek?

      Delete