Thursday, 10 July 2014

Berpantang: Cerita Bengkung

Salam...

Setelah sekian lama mencari bengkung yang sesuai untuk dipakai masa berpantang nanti, akhirnya saya memilih Bengkung Mama Zap Zap


Bengkung ni saya pilih sebab dia senang digunakan.  Bagi yang berpantang sendiri dan tak mau renyah2, boleh la pilih jenama ni. Lagi satu, kalau yang bersalin cesar sesuai jugak guna bengkung jenis ni. Sebab nak laras nya senang. Macam kes saya ni, normal or cesar??? Sama2 la kita tunggu.  So far doktor cakap boleh normal. 

Tentang Bengkung Mama;

Bengkung ni ada 2 jenis.  Satu untuk lilit kat pinggang, satu lagi lilit kat punggung.  Nanti takde la pinggang je langsing dan peha mengembang.  Jadi kita zap zap kedua-duanya... hehe... Kebaikan bila dah berasing ni, senang la kalau nak ke bilik air. tak payah nak bukak sume skali.  Bukak yang bawah je.  Harga untuk kedua set ini ialah RM125 postage free... haaa kelassss.. apa lagi, sila la beli ramai2. 

Kat mana nak beli?


Nota: ini bukan iklan berbayar.. Hanya lah pendapat peribadi sebagai panduan bagi siapa yang tercari2 bengkung untuk masa berpantang nanti.

No comments:

Post a Comment