Friday, 11 July 2014

Keseronokan Membeli Belah Secara Online

Salam...

Sape suka membeli secara online?? Mesti ramai yang suka malah lebih memilih untuk online dari pegi ke kedai.  Membeli secara online ni saya kata seronok sebab, kita dapat berkunjung ke macam2 jenis 'kedai' yang berbeza tempat, berbeza negara or berbeza jenis barang jualan dalam satu2 masa sahaja.  kan dah jimat masa tu. Antara sebab lain yang seronok (bagi saya) ialah kita akan terasa membayar RM100 tu mcm murah giler berbanding bayar secara fizikal kat tukang jual. Mungkin sebab kita nampak kot duit tu keluar.  Tapi kalau guna online transfer, langsung tak terasa. serius!!! agak bahaya jugak la hehehee dan boleh menyebabkan kita terlebih belanja.  Tapi pandai2 sendiri la.. Orang kata ukur baju di badan sendiri. Lagi yang membuat online shopping ni best ialah masa terima barang...  Rasa excited tu lain macam.  Konon2 dapat surprise la padahal dah tahu apa barang dalam tu.  Cuma semalam kita tgk je kat skrin pc tapi hari ni dah boleh pegang dan merasai sendiri barang tersebut.. Itu agaknya yang membuatkan moment mendapat barang itu terasa sangat indah.. cewahhh.

Tetapi terus terang, online shopping ni bukan la sesuai or tidak sama sekali boleh di recommend kepada orang yang cerewet.  Selalunya orang yang cerewet ni dia takkan puas hati kalau tak tengok dulu barang tu sebelum beli.  Dah kalau dah gitu, tak leh la beli online.  Pernah la cuba recommend kat member, tapi oleh kerana dia terlalu risau tak menepati citarasa, jadi saya cakap, pegi kedai je laa... kalau apa2 risiko saya tak tanggung. huhu. Lagi satu orang yang terlalu risau ditipu.  Haa ni satu lagi masalah orang dalam dunia teknologi serba canggih ni.  Dalam fikiran dia hanya terbayang cerita2 orang ditipu oleh peniaga online.  Memang ada yang menipu ni tapi ramai lagi yang jujur dan betul2 dalam berniaga.  Jadi kita tak boleh samakan semua orang macam si penipu itewww.... (Sentiasa berdoa agar tak terkena) Satu lagi situasi yang berkaitan ialah dalam kita semua dah online banking ni, masih lagi dia tercari2 pejabat pos untuk membayar bil letrik, air dan sebagainya.  Aduhaiii... letih membayangkan kerana dia sanggup bersusah payah untuk mencari parking, beratur, semata2 nak bayar bil.  Telefon kemain canggih lagi.. ish ish.

Jadi apa cara bagi yang pertama kali nak beronline shopping ni?  Bagi yang tak pernah dan teringin sangat nak cuba, mungkin boleh dimulakan dengan barang yang murah.  Contohnya skincare ke, makeup ke, atau botol air ke... (mcm takde contoh lain).  Yang melibatkan size terutamanya baju atau kasut, baik la elak. sbb bila tak muat, kan dah kecewa pastu malas pulak nak return utk tukar size. Ingat lepas tu nak online lagi.. sorry laa.. so beli yang simple n murah2 dulu... amik feel je. haa lagi satu, tudung ke, shawl ke memang boleh sangat.  Bila dah 2-3 try n error, baru la pegi ke barang mahal sikit dan amik risiko untuk beli baju.  Paling mahal saya pernah beli ialah handbag.  wahh cemas jgak sebab bukan puluh2 harganya. Tapi alhamdulillah, so far sume online shop yang saya dah cuba tak mengecewakan.  lambat update tu biasa laa sebab tak semua yang buat berniaga ni full time. So tak boleh respon on the spot. 

So apa lagi?? jom bershopping!! 

Entry ni tiba2 di suarakan kerana di saat sarat mengandung ni, online shopping adalah pilihan utama untuk membeli sebahagian barang baby dan barang untuk berpantang. Syok ooo... Suami pun setuju je.. hehehe... 




No comments:

Post a Comment