Friday 13 February 2015

Do and Dont dalam Penyediaan Makanan Bayi

Salam, 

Penyediaan makanan bayi walaupun nampak mudah tapi ada sedikit pantang larang.  Dalam kita seronok nak test makanan baru kat anak, kita perlu tahu makanan apa yang sesuai untuk usia nya.  Jangan main hentam je.  ok laa.. kat bawah ni saya share kan sikit tentang boleh dah tak bolehnya...

Do' s

  • Guna ice cube trays untuk membekukan puree.  Saiz hidangan bagi setiap cube adalah lebih kurang 1 ounce.  Apabila sudah beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas yang tertutup.  Ia boleh digunakan lebih kurang 2 bulan.
  • Buang baki makanan yang tidak dihabiskan oleh bayi anda kerana baktiera sudah @ mudah terhasil
  • Menu baru mesti diperkenalkan dalam tempoh seminggu atau sekurang2nya 4 hari bagi mengesan sekirannya bayi anda alah pada makanan tersebut.   
  •  Pastikan bayi anda diberi makanan jenis sayur2an dan buah2an terlebih dahulu  baru lah daging diperkenalkan.
  •  Memilih untuk mengukus (steam) bagi sayur2an dan buah2an untuk mengekalkan vitamin dan minerals sebanyak yang mungkin daripada merebus 

  • Gunakan air yg terhasil dari mengukus, breastmilk @ formula, susu lembu, yogurt, stok ataupun apple juice untuk mencairkan kuah / makanan:
  • Gunakan wheat germ, whole-grain cereal, cheese, telur kuning, yogurt atau mashed potato untuk memekatkan kuah

Don't s

  • Elakkan memberi berikut kepada bayi di bawah 2 tahun
1) kacang - berpotensi untuk tercekik atau alahan
2) popcorn - manis dan boleh tercekik
3) sayur mentah -makanan mentah tidak sesuai untuk baby
4) buah yang tidak dikupas- lilin yang menyelaputi buah boleh memberi kesan kesihatan pada bayi
5) peanut butter- alahan
         
  • Biskut bukan penyelamat untuk snack di waktu petang or pagi. (biskut yang manis2 tu).  Buat sendiri fingers food... senang je.. sila google resepi
  • Sayur2an yang dijual dalam tin (segera) mengandungi banyak sodium dan perasa tambahan.  Ia tidak sesuai untuk baby.  Kalau frozen vegetable ok kerana tiada or mungkin sedikit sodium.

  • Macam EBM jgk, jgn guna microwave untuk mencairkan puree.  Biarkan ia cair dan rendam dalam air panas atau gunakan warmer. Rasa dahulu dengan sudu iaitu meletakkan sedikit pada bibir bagi memastikan ia tidak terlalu panas untuk disuap pada baby.
  • Gunakan botol untuk menyuap baby pada waktu malam? Ia adalah bahaya, tidak elok untuk gigi dan tidak melatih cara pemakanan yang betul.
  • Orange, Tangerines dan Pineapples adalah tidak sesuai untuk bayi dibawah 1 tahun kerana ia adalah buah yang berasid tinggi.  Ini boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman baby yang belum matang tu.
  • Telur putih adalah tidak boleh untuk bayi bawah 1 tahun kerana berpotensi mendapat alahan.  Kalau telur kuning yang dimasak sempurna adalah dibolehkan.
  • Baby tidak suka dipaksa2 untuk makan.  Untuk memulakan solid foods, mulakan dengan 1 @ 2 sudu sehingga baby anda boleh menerima perkara baru tersebut.
  • Lemak tak perlu disekat2.  Untuk 2 tahun pertama, bayi memerlukan lemak untuk pembesarannya. Mak bapak baby pulak... hmm tolong la jauhi makanan berlemak...  

 Itu la serba sedikit panduan dalam penyediaan makanan bayi. Mana2 yang boleh tu, ikut laa.. bukan untuk orang lain tapi untuk anak sendiri.  Saya pun masih belajar.  Jadi rajin2 cari maklumat ye...

Notakaki: #entrilama

2 comments: