Tuesday 12 May 2015

Bila baby kena demam campak

Salam,

Minggu lepas merupakan cuti panjang untuk mereka yang bekerja.  Kebetulan 1 May iaitu Hari Buruh jatuh pada hari jumaat dan terus sambung cuti sabtu ahad dan juga Isnin - Hari Wesak.  4 hari cuti membuatkan PLUS tersangat la jam.  Jadi kami hanya habiskan masa kat KL dan tak turut serta mereka2 yang lain beratur kat highway untuk balik kampung... huhu

Itu cerita cuti 4 hari.

Tapi nampaknya dah jadi cuti untuk seminggu.  Semua gara2 Safiyya kena demam campak.  Dalam entri lepas pun saya dah cerita yang Safiyya kena sakit berangkai2.  Demam tumbuh gigi, batuk, selsema dan paling grand iaitu Demam Campak. 






Hari Khamis 7 May, kami bawak Safiyya pegi ke klinik untuk semua sakit2 yang datang serentak tu.  Banyak betul ubat dia dapat dari makan sampai la ke ubat sapu.  Antara pesanan doktor yang sempat saya ingat ialah

  • Campak halus2 ni boleh berjangkit, jadi sila asingkan si abang... -gulppp nak asing abang dan adik?? Danial dah la suka gomol2 adik dia ni.
  • Campak ni boleh berulang
  • Tak perlu minum air kelapa sebab boleh menyebabkan baby cirit birit sebab panas
  • Mandi seperti biasa + sabun
  • Tak perlu letak losyen apa2
  • Cuma sapu calamine lotion sahaja
  • Nak mandi air daun bambu tu silakan. takde masalah
  • Beza antara demam campak dan denggi ialah kalau campak, demam datang dulu dan bila bintit2 tu keluar demam akan baik tapi kalau denggi makin banyak bintit, makin tinggi suhu badan dia. 

Last sekali kena guna nebulizer tu pulak untuk 3 hari berturut sebab batuk yang tak baik2 dan kahak yang menebal... (tak tahan dengar dia menangis + jerit)

Lepas 2 hari guna calamine lotion tu, kulit dia macam kering sangat.  so saya stop sapu benda tu dan lumur dengan bedak sejuk penawar (bedak sejuk yang saya guna masa abang dia demam campak dulu). 


Dah pakai bedak banyak2.. CANTIK TAKK


2 comments:

  1. Ash dulu pun kena demam campak masa usia 4 bulan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awalnye dia kena.. tapi ok laa. sebab 4bulan dia duduk diam je. kalau dah 9bulan ni, merayau satu rumah. mana la nak baik cepat.

      Delete