Friday 22 May 2015

Salah ke saya bersalin di Hospital Kerajaan

Salam

Cerita 1
ehh apa ni?

MC hospital kerajaan

HKL? 

yup

kenapa pegi hospital kerajaan?

Kenapa?

ye laa, mana ada orang keje kat sini pegi hospital kerajaan

owhhh  


Cerita 2
 kenapa dia pegi hospital kerajaan?

pasal apa tak boleh pulak

Sengkek sangat ke pegi hospital kerajaan

Ada complication kot

Ye ke... tak pernah dengar lagi orang2 sini pegi hospital kerajaan

-_____-




Ye memang betul.  Kedua-dua anak saya dilahirkan di Hospital Kerajaan.  Jadi apa masalahnya.  Adakah menggunakan perkhidmatan Hospital Kerajaan ni, saya dianggap sengkek? hmmm sabar je laa

Banyak sebab saya gunakan hospital kerajaan tapi saya akan bagi satu sebab je.  Antara sebab utama ialah saya percaya pada perkhidmatan Hospital Kerajaan.  Jadi pada yang tak percaya, dia ada pilihan untuk pergi hospital swasta.  Maka dengan  itu terpulang la kepada kehendak hati dan tubuh badan masing2.  Mungkin keselesaan tak boleh jadi perbandingan.  Tapi sekarang hospital kerajaan dah banyak yang baru, so kemudahan adalah tip top. Xde lagi istilah macam rumah hantu la, toilet jauh la.  Kecuali la memang dah hospital tu memang lama. nasib ler.  Satu lagi,  Staff nurse ke, JM* ke tak semua celupar seperti digambarkan oleh sesetengah orang.  Mungkin nasib dia tak baik sebab terpilih untuk menerima layanan dari nurse garang or nurse cakap lepas. huhu.  Alhamdulillah, selama pengalaman saya guna perkhidmatan Hospital or Klinik Kerajaan ni, Allah mudahkan dan saya berurusan dengan nurse2 yang baik dan beretika. 

Saya rasa macam tak perlu untuk terangkan satu2 sebab kenapa saya pilih hospital kerajaan kepada mereka yang memandang rendah.  Itu adalah hak masing2 untuk pilih apa yang sesuai atau patut untuk diri dia.  Saya buat entri ni bukan untuk kata Hospital Swasta tak bagus malah saya sendiri pilih swasta untuk kes2 tertentu.  Cuma yang saya kesal kenapa pilihan untuk bersalin di hospital kerajaan dianggap sebagai sengkek.  Pedih betul tuduhan tu. 

Memang la tak dinafikan ada kelemahan dan kekurangan bila berurusan dengan Hospital/Klinik Kerajaan ni. Bukan mudah mereka nak maintain kualiti kalau dah pelanggannya beribu orang dalam satu hari.  Diorang pun manusia biasa jugak yang ada macam2 emosi, perangai or sikap.  Kalau pegi swasta pun bukan semua servis dia tip top sebab saya sendiri mengalami pengalaman yang tak menyenangkan.  Kesimpulannya selagi dia diselenggara oleh manusia mesti ada cacat cela.  Sabor je laa...

Ok laa... harap ada yang tak kecik hati ye :P

Terima kasih 
- Klinik Kesihatan Ibu Anak Kg Baru
- Klinik Kesihatan Batu 9 Hulu Langat
- Hospital Sultan Abd Halim Sg. Petani

*JM- Jururawat Masyarakat

Notakaki:  Peace!!

2 comments:

  1. tak salah sis..abaikan kata2 org..yg penting selamat dn mudah kita bersalinkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... lain orang lain pengalaman dia... jgan kerana dengar satu cerita tak elok boleh terus kata semua tak elok.. tecik ati titewww

      Delete