Monday 28 September 2015

Bertabahlah duhai hati...

Salam...

Apabila menjadi ibu bapa ni tumpuan kita akan terbahagi 2.  Kalau dulu kita hanya fokus kepada keperluan diri sendiri dan keadaan sekeliling sahaja.  Hendak kemana2 hanya tahu apa yang diri sendiri perlu dan mahu.  Tapi bila dah ada anak, otak akan terbahagi samarata dan kadangkala lebih untuk menyimpan apa sahaja yang anak2 perlukan.  Itu lah saya.... dan mungkin orang lain juga yang bergelar ibu.  

Kalau dulu kita bekerja kerana kita perlu bekerja untuk menampung keperluan harian dan juga memenuhi kehendak material masa kini.  Tapi sekarang sebolehnya kita mahu anak2 ada di depan mata sentiasa dan dalam masa yang sama kita perlu bekerja untuk menyara keluarga.  Cuma kepentingan itu akan melebih kepada kebajikan anak2 dan keluarga.  Kalau anak2 tak sihat, maka terpaksa melupakan untuk pergi kerja buat sementara.  Maknanya matlamat pergi bekerja tu dah berubah la cuma ia tidak bermakna kita tidak ikhlas atau tidak suka akan majikan kita.  Saya rasa ramai yang macam saya dan tidak sekali-kali mengabaikan keluarga demi kerja.  Pandai2 la nak balance kan kehidupan ni.  

Wahhh panjang pulak mukadimah hari ni.

Saya bukan apa, cuma terkesan dengan kata2 orang sekeliling yang bercakap ikut sedap mulut dan pandangan dirinya sahaja.  Saya tidak kata saya betul cuma sesekali kita kena berada dalam situasi orang yang hadapi kesusahan itu baru lah kita tahu kecelaruan yang sedang dia hadapi. 

Sejak ada anak, saya tidak lagi lantang membalas kata2 yang menyakitkan hati saya
Sejak ada anak, saya lebih melihat masalah kita (orang yang ada anak kecil) adalah sama
Sejak ada anak, saya lebih berhati2 berkata atau mempersoal tindak tanduk orang lain terhadap anak mereka
Sejak ada anak, jiwa saya lebih menjaga kepentingan anak2 dari memandang hal yang remeh temeh
Sejak ada anak, saya tido tak peluk bantal dah... hahahaaaa

Berbalik kepada mukadimah saya yang panjang lebar itu tadi.  Saya cuma ingin menyatakan yang saya bukanlah seorang yang pandang mudah dengan tanggungjawab saya sebagai pekerja.  Saya juga bukan seorang yang suka sengaja melanggar peraturan atau membuat kepala sendiri.  Cuma saya tiada pilihan dan anda diluar sana tak perlu menghukum saya seperti saya sangat berdosa....

Alkisahnya baru2 ni saya terpaksa membawa anak saya ke pejabat kerana pengasuh cuti.  Ini lah pertama kali saya membuat keputusan ini.  Ia bukanlah perkara yang mudah membawa anak berumur 1tahun ke pejabat kerana suasana sangat tidak sesuai dan anak sebesar itu bukanlah seorang yagn paham bahasa.  Selalunyanya saya akan korbankan cuti tahunan saya untuk menjaga anak di rumah.. Tetapi sekarang ni saya memang tak boleh ambil cuti kerana cuti tidak cukup sehingga bulan tersebut dan saya baru bercuti panjang kerana menjaga anak yang sakit di hospital.  Maka keputusan yang nekad telah di ambil.. Bawa anak ke pejabat.. Lagipun hari tu ramai yang cuti kerana bersambung dengan cuti perayaan.  So tak la rasa bersalah sangat kerana terasa seperti hari minggu pada hari tu. 

Cuma ada suara sumbang yang terlepas;

Kalau saya boss, saya tak bagi staff bawak anak ke office.  Orang lain pun ada anak.  So pandai2 la fikir  Jangan bagi alasan macam tu je.

owhhh sangat menikam kalbu

#bukanmemberofficeyangcakap
#seseorangyangrapat
#takdeanak

Notakaki: Takde notakaki.  Kaki nak?? hehe

3 comments:

  1. Orang macam ni memang wujud.. dia tak berada dalam kasut kita.. abaikan..

    ReplyDelete
  2. Orang macam ni memang wujud.. dia tak berada dalam kasut kita.. abaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul... kalau asik teringat buat sakit hati je

      Delete