Monday 26 October 2015

2016 lagi 2 bulan tapi saya dah beli planner

Salam....

2016 lagi 2 bulan je.  Banyak perkara yang akan berubah dan berlaku dan saya masih tak mempunyai perancangan yang sempurna.
sigh...

Walaupun begitu rasa tak lengkap kalau nak mulakan tahun baru tanpa planner.

Oleh kerana saya taksub sangat kat planner, maka pencarian pun bermula... Habis segala penjual planner saya google... sangat la girl2 dan of course hampir semua internation shipping.  Harga pulak yang RM100 keatas... lepas fikir2 campur tolak darab bahagi, saya pun cari aje kat kedai buku di IOI City Mall.

Ta daaaaa
Planner 2016.  Murah | Simple | Handy


Jadi apa yang berubah sangat tahun depan tu??

Yang paling ketara ialah Danial akan start sekolah tahun depan.  Dah masuk 5 tahun baru kami hantar ke sekolah. Kira dah besar sangat la baru nak kenal dunia sekolah.  Harap dia boleh la sesuaikan diri.

Yang kedua paling ketara.. eh ada pertama kedua pulak ni.. huhu... February 2015 ni kami akan menerima kehadiran baby baru iaitu 3rd edition of Ayu and Khairil... Rasa baru je pegang baby, dah nak rasa lagi february tahun depan.. Alhamdulillah rezeki dan bermula la episod berpantang sendiri kat rumah baru.  Cerita persediaan berpantang saya ada cerita kat entry2 sebelum ni.

Yang ketiga paling ketara ialah, kami akan berpindah rumah.  Dari Cheras ke Bandar Saujana Putra.  Lokasi yang lagi jauh dan sangat jauh kalau nak ke tempat keje.  Tapi apa nak buat.. Dah beli rumah pun kat situ.  Tarikh nak pindah belum tetapkan lagi tapi paling teruk pun December ni sebab tuan rumah yang kami duduk sekarang cakap orang yang beli rumah sewa mereka ni nak pindah cuti sekolah hujung tahun ni.  haihhh tak lama dah tu.

Yang lain dan tak kurang penting ialah, kena cari pengasuh baru untuk Safiyya dan juga baby baru.  Cari pengasuh adalah satu aktiviti yang sangat tak best sebab sesi suai kenal tu kena buat balik dan paling menakutkan ialah ada ke orang yang asuh budak kat area tu.  Bandar Saujana Putra ni kawasan baru dan yang ada pun nursery.  Kesian nya kat fiyya... baru nak bermanja ngan mak and atok (pengasuh).

Itu antara perubahan besar yang sama ada suka atau tak suka ia akan berlaku tahun hadapan dan itu antara satu sebab saya bersemangat nak beli Planner awal2.  Nak gila2 plan katanya... owhhh



Notakaki:  Mama saya tak sihat.... masih berada di ward D2 Hospital Taiping... Hati sangat tak tenteram dan asyik teringat kat dia... Allah Allah Allah...


No comments:

Post a Comment