Thursday 19 May 2016

Berpantang dengan NR

Salam...

Berpantang kali ke-3 ni saya menggunakan sepenuhnya produk NR.  Dari yang dalaman hingga lah luaran.  Saje nak try sebab macam best je.  huhu

Saya tak beli set tapi lebih prefer beli satu2 sebab yang set tu size dia kecik.  Tak cukup nya satu kotak untuk 44 hari berpantang.  Macam sakan pulak ek pantang kali ni tapi dah alang2 dapat peluang saya buat la sungguh2.  Orang kata 'wanita yang berpantang sepenuhnya dapat 'repair' badan dia 360 darjah'... Kalah anak dara uollsss... Mungkin la luaran tu kita boleh nampak kesan lepas bersalin tetapi dalaman wanita tu seakan terpelihara... cewahhhh

Untuk berpantang, ini lah yang saya laburkan....


Sebenarnya ada lagi yang takde dalam gambar... sebab ada kat bilik air.   :P

Gigih la guna sampai licin
v
v
v
v
v
v


Kalau nak suruh saya buat perbandingan dengan produk lain macam tak aci pulak sebab saya tak pakai sepenuhnya atau semua produk lain tu.  So nak banding macam mana kan.  Tapi memang saya suka la produk NR ni kerana ianya mesra ibu breastfeed malah susu semakin meriah setiap kali minum air herbanika tu.   



Nak melulur dan berbarut tu la agak melecehkan tapi kalau dah azam nak pantang bebetul, 44 hari tu rasa kejap je.  Baru nak culas dari pakai bengkung terus rasa bersalah pada diri.. 

DAN yang paling saya suka adalah phytonatal. Dia telah menyelesaikan masalah sembelit saya ketika pantang.  pengalaman terseksa time membuang masa anak pertama dulu langsung takde masa anak ke2 dan ke3.  Lega je perut sebab semua bahan buangan dilepaskan ikut time. 

Kalau anda nak mengamalkan NR ni sila rajin membaca serta bertanya pada yang pakar kerana ada tatacara penggunaan agar lebih effektif hasilnya.  Baru la berbaloi duit yang kita laburkan.   Bila kita tahu cara dan kenapa ia diatur begitu, baru la istiqamah nak amal.  Kalau tak..... terbengkalai dan membazir sahaja...

Macam mana saya manage untuk ambil semua ni, boleh refer ke entry BERPANTANG SENDIRI

Sehingga kini (dah 100 hari pun) saya masih mengamalkan air herbanika tu... walaupun orang kata susah nak telan, tak tahan bau herba, tapi saya minum macam air masak je... Target untuk kesihatan dalaman dan tengah aim untuk upgrade ke penjagaan khusus kewanitaan.. 

Kita tunggu ye.. sambung menabung semula.. "____" 

Untuk mengetahui kebaikan setiap jenis produk ni boleh la ke official website mereka... 


Notakaki:  Masih berpantang...


2 comments:

  1. assalamualaikum. tengah cari2 info pasal bersalin ceaser, jumpa blog ni. terus baca kebanyakkan entry. best ! seronok baca, walaupun tak ada yg komen tapi akak gigih je buat post. teruskan menulis! saya dah letak kat bloglist sbb nak baca lagi entry lain. thanks sbb post ttg bersalin ceaser akak paling win di hati saya, kebanyakkan semua negatif je tapi bil abaca akak punya terus rasa ceaser atau normal adalah rezeki masing2 dan kita patut bersyukur. thanks again akak kerana bg saya semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... terima kasih pada awak jugak sebab sudi baca blog akak yang tak seberapa ni... akak buat blog ni sebab nak berkongsi cerita... bila ada yang dapatnya manfaatnya, Alhamdulillah... apa pun tahniah sebab nak dapat baby. czer ke normal ke, itu semua rezeki kita. takde yang salah mana2 cara pun. asalkan baby dan mak nya sihat dan selamat. banyak2 doa pada Allah semoga dipermudahkan. :) selamat berkenalan.

      Delete