Monday 21 November 2016

Kahwin baru 6 tahun tapi...

Salam...

Tapi apa???

Takde tapi tapi nya... tajuk je kasi cemas sikit.

 Alhamdulillah  syukur kerana Allah masih pelihara jodoh kami, pelihara keluarga kami, pelihara kedua orang tua kami... amin

Kali ni, entry tentang anniversarry terlewat 2-3 hari sikit... Tak sempat nak mengarang minggu lepas sebab Safiyya masuk hospital.


Haa dah 6 tahun pun kitorang kahwin.  6 tahun 3 anak... huhu.  Macam tak percaya je saya ada 3 orang anak.  Mula2 macam takut sebab risau tak boleh nak handle anak kecik ramai2.  Tapi redahkan aje dan eh eh dah besor dah pun diorang ni... 



Ok, apa ye saya nak bebel bila dah 6 tahun ni... 

Bila berada di fasa 1 separuh masa kedua ni,  saya lebih suka praktikan tahan tutup simpan hadam.  Saya tak pasti kalau kaedah ni merupakan cara yang betul tapi itu adalah cara saya.   Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu yang kami tidak bersependapat.  Saya akan tahan perasaan supaya tidak marah, lepas tu tutup mulut supaya tidak membalas balik sebab takut menjadi perbalahan lebih besar.  Kemudian simpan dalam hati supaya beringat perkara2 yang boleh jadi gaduh.  Akhir sekali saya hadam perlahan2 iaitu cuba analisis perkara tersebut bila emosi dan perasaan sudah stabil.

Seperti yang saya tegaskan, saya tak pasti cara ni betul dan sesuai diamalkan serta memberi kesan baik dalam jangka masa panjang.  Sebelum ni, saya akan cuba membalas balik dengan mempertahankan hujah serta pandangan saya.  Bila lama2 buat macam tu, keadaan menjadi lebih tegang dan memberi impak emosi yang teruk dalam diri saya.  So saya tukar strategi.  Biar laki bebel sorang2 dia dan saya buat macam takde perasaan je.  Saya akan respon kalau dia ajak berbincang.  Kalau ajak gaduh, saya buat muka Mr. Bean... hehe

Kesimpulannya, boleh ikut kaedah ni kalau anda rasa ia sesuai... kalau tak setuju, jangan tiru.  Ini kerana saya tidak akan bertanggungjawab kalau memberi kesan buruk dalam rumahtangga anda. 



Ok, kita cerita bab ringan2 pulak... 

Selalu kita tengok orang share gambar dia laki bini bahagia sejahtera dan loving2 gitewww...  Honestly, saya suka tengok asalkan caption tu kena gaya.  Jangan terlalu menunjuk2 romantis sampai orang baca pun boleh muntah hijau. Sebenarnya bagus tau bila kita tengok kebahagian orang lain ni.  Ia akan buat kita bersemangat untuk cari peluang berseronok2 dengan family kita sendiri... Itu bab tayang laki.. Macam mana pulak yang jenis jarang2 cerita or tayang laki ni? Tak tayang tak bermakna tak bahagia dik non... Tapi orang suka buat persepsi yang bukan2... ada saya pernah terbaca sorang akak ni yang asik post pasal hal dia ngan makanan je.. tiba2 satu hari post gambar dia ngan husband... terus orang komen "Ehhh akak ada suami rupanya..." hahaha.  Kalau saya la kan, mesti sentap... Tapi akak tu relax je.  

Bila dah masuk tahun ke 6 ni sepatutnya kita dah boleh paham karektor pasangan masing2.  Kalau dulu kita akan cepas berasap bila tak bersependapat, tapi bila dah masuk 6 tahun keatas, kita akan lebih adapt dengan perangai dia.  Suami dan isteri adalah orang asing yang di letakkan dalam satu bangunan yang sama untuk dikendalikan.  Suami suka A isteri suka B dan bila masing2 pertahankan cara sendiri akan mencetuskan pergaduhan.  Tapi bila dah lama2, suami masih suka A tapi dia tak tolak B malah boleh terima kalau A dan B digabung menjadi AB... begitulah juga halnya dengan isteri yang boleh setuju dengan AB.  

Haihhh dah 6 tahun pun... orang 10 tahun pun relax je...  Tapi nak sampai ke 6 tahun ni pun banyak cabarannya... Walauapapun dugaannya, salah satu aim kitorang tu dah pun tercapai iaitu nak tinggal di rumah sendiri... Memiliki rumah sendiri ni boleh kata semua orang idamkan.  Cepat atau lambat, semua atas rezeki masing2.  Nak kata kitorang cepat tu, tak jugak sebab kalau yang kategori cepat tu lepas 'Aku terima Nikahnya', terus mak bapak bagi kunci rumah dan kereta... hmm bestnya kalau macam tu... -____-  

Lain2 punya wishlist akan direalisasikan satu demi satu... Dengan izin Allah... 

Sekian lah karangan ulangtahun saya kali ni... Saya bukan pakar perunding rumahtangga.  Saya hanya berkongsi rasa.  Selamat ulangtahun ke-6 buat saya dan suami...  12:11:10 hew hew hew...

#throwback 2014
Gambar ni diambil 2 tahun yang lepas.  Masa ni saya masih mampu dukung Danial tapi sekarang memang tak larat dah... Dia makin hari makin membesar. Moral of the story, dukung la anak anda sepuasnya sementara dia masih kecil.  Nanti dah besar, dia nak peluk kita pun malu2... 

Notakaki: Masih belajar untuk menjadi ibu / isteri yang baik. 

No comments:

Post a Comment