Friday 11 November 2016

Antara Keangkuhan Penjual dan Kesengalan Pembeli

Salam....

Lama dah tak buat coretan tentang isu2 berurusniaga di alam maya ni... Hari ni macam ada mood sikit setelah puas belek draf folder yang semakin menimbun itu...


Saya ni peminat setia online shopping.  Bagi saya beli barang secara online ni sangat memudahkan saya dan keterujaan melebih2 apabila nak dapat barang tu.  Sebagai seorang pembeli saya sebolehnya cuba untuk tidak menyusahkan seller atau acah2 cerewet.  Honestly saya memang suka tanya segala detail tentang barang tu (kalau peniaga tak nyatakan) n then baru place order.  Tetapi kalau benda tu straight forward, tak de la nak tanya sangat.  contoh orang jual baju ke, shawl ke, buku ke.... dengan syarat, peniaga telah menyediakan segala maklumat tentang barang tersebut.. size, warna, cara pakai, material, dan sebagainya...

Akan tetapi kalau yang saya nak order tu makanan, saya mesti tanya lebih sikit... contohnya ada jamuan dan saya nak order kek.  saya mesti nak tahu kek tu besar mana, dan sesuai tak nak jamu bilangan orang yang ada... pastu design tu camne pulak.  perkara2 ni peniaga mesti standby untuk menjawab sebab ianya custom made... lain la saya order kek Secret Recipe yang memang dah ready made. Bila dah tahu detail, baru boleh order nak berapa biji kek... kan...

Ok cukup 2 perenggan cerita saya...

Kat sini sebenarnya saya nak relate kan tentang trend berjual beli alam maya sekarang ni.  Ada peniaga yang sangat humble.  Dah tulis segala detail kat caption pun orang dok comment PM PM PM.  tapi peniaga tetap menjawabnya dengan baik... Tetapi ada jugak peniaga yang tegas tak bertempat... mintak para pengkomen untuk baca caption yang panjang2 itew pastu baru tanya apa yang takde dalam detail.

Bila jadi camni, peniaga kena pandai jawab sebab nak tackle hati pembeli ni bukan senang.  contohnya "maaf kalau caption terlalu panjang, berkenaan dengan pertanyaan tadi, harga promosi nya ialah RM XX". Sebab bukan apa, mungkin pembeli tu terlepas pandang point2 penting kerana captionnya terlalu panjang.  Nak tegas boleh, tapi biar la kena pada cara kerana kalau tak kena gaya, ada pula terasa hati.

Itu cerita bab peniaga.  Maca mana pula dengan pembeli.  Biar pun orang kata Customer is King, tapi ingat peniaga tu takde perasaan ke... dah jelas kat situ tulis harga pun, dok komen PM harga... huhu pelik kan. Ada juga pembeli yang tak segan silu mintak resepi. Ok ini saya tak pasti manis ke tidak cara ni.  Orang tu jual makanan, pastu kau PM dia minta resepi dengan alasan nak buat jugak dan jual... tetapi kalau saya jadi peniaga tu, mesti saya kena istigfar dulu lepas tu saya bagi tahu jugak, tapi basic je laa.  dan harap dia faham susah payah kita menuntut ilmu untuk hasilkan makanan yang sedap2 lepas tu orang senang nak mintak resepi sebab nak jual benda yang sama.

haihh macam ni boleh

Bila jadi macam ni, tak payah laa peniaga nak mengamuk buat caption besar2, 

"anda beratur kat kaunter kfc tu cuba try mintak resepi kat orang jual tu.. agak2 dapat tak?" 
Ada juga yang pembeli yang secara sengaja atau tidak sengaja, condemn produk / servis penjual di bahagian comment.

contohnya

"betul ke berkesan krim ni. saya tengok muka penjual macam cucuk sana cucuk sini je" 

tak pun,

"mahal betul harga dia... kalau buat sendiri lagi jimat..." 

-___-

Cer try buat... jadi ke tidakkkk... huhu


Sebagai pioneer sesuatu produk, tak perlu la rasanya kita nak perli atau memandang rendah kepada orang yang cuba nak meniru kreativiti anda mencipta sesuatu inovasi tu.  Kadangkala persaingan tu membuatkan kita lebih gigih untuk memperbaiki apa yang kita ada.  ehh tetapi ini tak diterima pakai kalau patent kita ditiru dan jual pulak dengan harga yang lebih murah.  tambah2 lagi anda dah membeli hak rekacipta barang tersebut.  apa yang saya maksudkan tadi ialah, nasi lemak hijau (contoh) korang tengok ek, sorang jual nasi lemak hijau dan meletop2 sales dia, lepas tu berimbun penjual nasi lemak hijau kat taman tu... fenomena ni biasa... jadi orang yang awal2 buat tu, tukar la ke nasi lemak biru ke merah ke.. kan banyak color lagi tu... hehe... 

Saya ni bukan apa, saya pernah kena dengan seller... Pantang sikit tanya soalan, terus balasannya menusuk hati... adehhh. 

Berbalik kepada cerita seller tegas tak bertempat. Ye memang sangat mengharukan bila kita dah provide segala details, tapi orang masih tanya benda yang dah jelas.  Paling dahsyat ialah comment PM memanjang... nak PM apa agaknye ek... Dalam kes ni, seller jangan la sinis sangat, tanpa potential buyer, siapa la kita... lagi pun, kalau kat facebook, lagi ramai yang comment, lagi galak status anda berlegar2 di timeline.  secara tidak langsung ia akan buat ramai pengguna perasan akan kewujudan anda... so biar je laa orang comment PM pun.  :P 

Yang asik comment PM tu, kalau boleh detailkan sikit comment tu... 


Jadi antara keangkuhan penjual dengan kesengalan pembeli, siapa lebih teruk?? siapa yang lebih meninggalkan kesan? sebenarnya sama dengan je dua dua ni... apa yang penting ada lah memahami peranan masing2 serta tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut.  sebagai peniaga, kita juga adalah seorang pembeli atau pengguna.  Bila jadi pembeli atau pengguna, ambil masa untuk mencari segala maklumat sebelum bertanya...

Notakaki:  Ini hanya pendapat peribadi saya sebagai seorang yang pernah buat online bisnes dan juga online shopper yang tegar.  Sekiranya ia menggangu perasaan anda, saya minta maaf sangat2... 





2 comments:

  1. hehe saya pon penggemar belian online.. tapi biasanya kalau minat n nak beli
    saya tengok berulang kali dulu maklumat.. tengok orang komen / review, then urusan dgn peniaga pon tak lah terlalu lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi padin.. itu la sebaiknya... walaupun ramai yang jenis cerewet.. masih ada yang mudah berurusan macam kita nih.. haha...

      Delete