Wednesday 11 January 2017

Berpagi-pagi yang efisyen

Salam...


Awal tahun rata2 semuanya masih bercakap tentang azam.  Nak jadi lebih baik la, nak kurus laa, nak kaya laa, nak kahwin la... hmmm macam2 NAK lagi dalam kepala kita ni.  Saya pun dah buat list untuk NAK saya tu.  Kadang2 rasa macam sama je dengan tahun lepas tapi apa salahnya kan kalau ulang pun.  sebab masih tak tercapai.  

Bagi saya, apa yang paling penting dalam mengubah diri sendiri menjadi orang yang lebih baik ialah buat apa yang penting dan tahu apa yang perlu didahulukan.  Tahu tak, memanfaatkan waktu pagi sebaik mungkin akan mengubah keseluruhan hari kita menjadi lebih teratur.

Kat sini saya nak share sikit apa yang saya jumpa kat pinterest.  Bagus untuk dipraktikan supaya kita mendapat tempiasnya bersama. 


Biar saya ringkaskan sedikit Do This and Do That ni

Manfaatkan diri seawal pagi mampu meningkatkan produktiviti kita sepanjang hari.  itu kata dia..  senang cerita morning person ni selalunya hari dia lebih teratur kerana kerja dapat dilakukan seawal mungkin.  Sebab tu orang tua kata bangun pagi rezeki murah berbanding bangun bila matahari dah meninggi.

Malam sebelumnya

Do: - Prepare segala keperluan untuk esok pagi.  Baju tu iron siap2, termasuklah beg semua dah kemas.  Kalau nak bawak bekal tu siap2 kan food preparation malam tu.

Do:- Rancang pukul berapa nak bangun dan kalau boleh seawal yang mungkin.

Dont: - Off kan segala device electronic anda termasuk tv.  Cahaya dari screen boleh menyukarkan anda tido dan boleh mengganggu kualiti tido



Bila dah bangun

Dont: -  Jangan STRESS!! ini kerana stress akan menyumbang emosi negative dalam diri dan ia tak elok untuk perjalanan hari anda

Dont: -  Snooze.  bila alarm dah bunyi tu sila jangan snooze lagi... ia adalah big NO. U Snooze U Loose

Do: - Rutin yang sama.  Mulakan hari dengan rutin yang sama supaya otak anda terbiasa dengan aktiviti tersebut bagi memudahkan anda mencapai matlamat setiap hari

Do: - Lakukan senaman ringan.  tak perlu lama2, hanya quick stretch.  Senaman membantu anda lebih peka dan bermotivasi

Do: - Gunakan 15minit pertama untuk menyemak To do List hari tersebut.  Senarai ini sangat penting supaya kita tahu apa yang perlu kita kerjakan hari tersebut.

Dont: - Stay offline.  Jangan mulakan pagi dengan scroll timeline kat facebook...ini akan buat kita lebih leka dan membuang masa

Do:- Kerjakan apa yang menjana kreativiti anda kerana ia membantu minda lebih relax

Dont: - Tengok TV... rancangan TV or radio pun akan kacau pagi kita

Do: - Kalau setakat dengar lagu kat radio tu ok... Music adalah ritual terbaik untuk kita lebih fokus

Dont: - Abaikan keluarga.  Sebelum pegi keje tu, breakfast bersama or babai2 la dulu isteri/suami dan anak2.  


Haaa.... tu dia Do and Donts sebelum nak pegi keje.  So apa pulak bila dah sampai office... meh saya ringkaskan lagi;



Bila dah sampai office

Dont:- Jangan jawab panggilan yang tidak berfaedah or start online chat.  Semua ini akan ganggu mood kita.  Check dulu ID caller tu... kalau boss atau client yang call tu jawab la ye.  Latih diri kita untuk bekerja tanpa gangguan dalam tempoh yang lama.

Do: - Lakukan yang penting dahulu... Semak pencapaian setiap hari yang boleh buat kita motivated... Highlight cantik2 apa yang dah habis buat... huhhh baru bersemangat.

Do:- Uruskan masa dengan betul. Atur sesuatu tugas untuk jangkamasa tertentu bagi memastikan semua kerja yang penting dapa dilakukan.  Sebelah pagi tu buat sesuatu yang jana kreativiti... 

Dont:- Kerja yang kurang berfikir nampak lebih relax kan?? tapi ia tak sesuai buat di waktu pagi kerana akan melambatkan kerja yang lebih penting.  Jadi biar otak kita bekerja (berfikir) seawal mungkin supaya hasilnya lebih baik.


haaa kesahnya.... honestly, saya sendiri ada manfaat sikit2 tentang do and dont kat atas ni dan memang ada perubahan hari saya.  selama hari ni main hentam je nak buat apa dulu.  Harap ia juga memberi sesuatu kepada anda semua yang ingin berubah kearah kebaikan.  

Notakaki:  Big no to SNOOzeeee







No comments:

Post a Comment