Friday 20 January 2017

Pelajaran yang berguna untuk hindari STRESS

Salam

Dah tiba-tiba cerita tentang stress ni kenapa.  hehe.. 

Betul la kata orang selagi kita bergelar manusia, stress atau tekanan memang tak boleh nak elak.  Terpulang la kepada kita nak hadapi macam mana.  Kalau kita terus-terusan membiarkan stress tu dalam diri kita tanpa berbuat apa2, akan memberi kesan yang tidak elok.  Ada orang sampai jatuh sakit dan ada juga sampai kemurungan berpanjangan.  

Walaubagaimanapun, stress ni bukanlah semua tak elok.  Ada stress yang memberi kesan positif kepada kita yang dinamakan "Eustress" di mana ia merupakan ransangan kepada kita untuk lebih berjaya.  Contohnya tekanan untuk score dalam exam.  jadi kita akan belajar bersungguh2.  Manakala stress yang  buruk tu dinamakan Distress yang selalunya menjurus kepada kemurungan.  

Berikut adalah definisi Stress oleh Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress

" suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya"

Sumber : Dr Danial 


Bila fikir2 balik, baik buruk stress ni terpulang kepada penerimaan kita.  Kalau kita anggap ia buruk, dahsyat la kesannya.  Tetapi kalau kita rasa ia batu loncatan untuk menggerakkan kita melakukan benda yang baik maka jadi lebih baik la diri kita.  Apa pun meh saya share satu video yang  berkaitan dengan stress  



Apa yang boleh kita belajar dari video ni?

Pelajaran utama adalah, sekiranya anda dilanda stress akibat sesuatu,  cepat-cepat atasi masalah itu. Maksudnya hadapi dan selesaikan (buang stress) berbanding kita lari dari masalah yang menyebabkan kita 'mengendong' stress itu selama2nya. Saya dah alami jadi saya tahu apa rasanya... sedih ya amat... haihhh



Notakaki: Saya bukan pakar hilangkan stress.  saya juga manusia biasa yang tak terkecuali dari stress. 



No comments:

Post a Comment