Friday 13 October 2017

Kehilangan itu telah mengubah saya

Salam

Dah bulan Oktober pun.  Sebenarnya bulan ni tiada yang berbeza dari bulan2 lain.  Sama je.
Cuma masa tengah belek2 planner ternampak sticker 'Happy Birthday Mama... Call her' kat tarikh 1hb.  Tarikh tu merupakan hari jadi mama dan kalau mama ada lagi umurnya baru masuk 66 tahun.  hmmm.  

Semasa hayatnya pun mama jenis yang tak suka sambut birthday dia.  Kalau tak beli kek pun dia tak heran.  Cukup laa kalau anak2 ingat nak call dia.  Tapi bila mama dah takde ni mula la rasa nak buat macam2 untuk mama.

Hmmm dah 2 bulan pun mama pergi meninggalkan kami.  Bila saya ada di sini, perasaan kehilangan tu tak terasa sangat.  Cuma setiap kali solat, memang tak pernah lepas dari mendoakan untuk mama.  Cuma masa awal2 mama meninggal dulu saya masih mendoakan agar mama diberikan kesembuhan.  Padahal mama dah takde.  iskk iskk

Bila saya ada kat Taiping, kehilangan tu menyeksa sangat.  Tengok katil mama, tengok pinggan mangkuk dia, tengok baju2 tergantung tak terusik.  Waktu tu mesti terbayang kelibat mama dalam rumah.  seakan dia ada je tengah tengok tv rancangan kegemaran dia. 

Saat ketiadaan mama dalam hidup saya, rasa macam takut.  Dah takde orang nak menegur kalau buat salah.  Takde orang nak ingat2kan tentang solat, kebaikan doa dan macam2 lagi.  Sampai rasa, betul ke apa aku buat ni..  

Tapi saya masih ada abah.  Kalau dulu, saya rasa abah sentiasa ok.  Sebab abah jenis berdikari sejak mama sakit.  Nak makan ke, nak cari baju, nak kemana2 semua dia buat sendiri.  Kalau demam pun pandai la dia makan ubat sendiri.  Tapi bila mama dah takde, persepsi tu dah berubah.  Saya nak berbakti selagi mampu dan buang je ego yang ada dalam diri.  Itu je orang tua yang saya ada.  Pernah sekali tu saya nampak abah belek handphone saya.  Saya pun tanya la abah cari apa.  "Abah cari gambar mama... " hmmmmmmmmmm



Notakaki:  Mama.. rindunya.  

No comments:

Post a Comment