Thursday 19 October 2017

Pencarian KAFA sesi persekolahan 2018 di Bandar Saujana Putra

Salam,

Tahun depan merupakan tahun yang penting bagi saya.  Ini kerana pertama kali nak merasa 'keseronokan' anak masuk darjah 1.  Sebelum saya bukak cerita tragis registration untuk sekolah kebangsaan, meh saya nak cerita tentang KAFA (Kefahaman Asas Fardu Ain) yang saya pilih untuk Danial tahun depan.

KAFA ni actually bukan la wajib untuk dipatuhi dalam sistem pendidikan kat Malaysia ni.  Tetapi ia satu kelebihan untuk anak kita untuk menimba ilmu fardu ain yang wajib untuk semua umat Islam.  Dengan harapan, Danial dapat mengenal lebih ilmu pengetahuan tentang pembelajaran agama Islam selain belajar mengaji semata2.  Kat sekolah pun dah ada subjek Pendidikan Islam tapi tak salah pun kalau kita bagi extra sikit.  

Sekolah yang dipilih ialah;

Pusat Pengajian Al-Mansoorah yang berdaftar sepenuhnya dengan JAIS.  Ini merupakan cawangan kedua bagi Al-Mansoorah yang mana asalnya sudah beroperasi di Taman Putra Perdana, Puchong Selangor.  



Dekat sini ada menawarkan 4 jenis pilihan pengajian;

1. Pra Sekolah
Umur: 4 Tahun - 6 Tahun 
Aliran :Agama dan Akademik

2. KAFA /  Tahfiz
Umur: 6 Tahun - 12 Tahun
Aliran : Agama

3. SRI Tahfiz Integrasi
Umur: 6 Tahun - 12 Tahun
Aliran: Agama dan Akademik

4. Fardu Ain / Tilawah Al-Quran
Kanak-kanak / Dewasa

Oleh kerana Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan nnt adalah sesi petang, jadi untuk KAFA automatiknya saya kena pilih sesi pagi.  😁😁😁

Berikut adalah yuran bagi KAFA sesi 2018

Pendaftaran : RM450 (pelajar baru)
Jumlah ni dah termasuk buku teks.  Manakala buku2 latihan boleh di beli pada Open Day nnt iaitu 25 Disember 2017.  Uniform pun kena beli sendiri.

Ni rupa uniform dia... macam sekolah kebangsaan cuma ni color hijau.  Gambar kredit : Blog Al-Mansoorah
Untuk yuran bulanan, RM100 dikenakan dan sekiranya termasuk pakej transit ada tambahan RM120. Jadi bulan2 parents kena bayar RM220 sahaja.  

Itu sahaja la serba sedikit butiran tentang Pusat Pengajian Al Mansoorah Bandar Saujana Putra ni.  Kalau ada parents yagn tercari2, boleh la masukkan sekolah ni dalam senarai untuk dipertimbangkan.  Owhh ya.. kalau ada yang tertanya Al-Mansoorah ni kat SP mana, lokasinya adalah di SP1/2 iaitu deretan shoplot yang dekat dengan bulatan tu.  


Sebarang pertanyaan, boleh terus contact;
Ustazah Mazlina: 012-926 8020
Ustaz Khairul : 018-246 8075

Sekian.. 

Notakaki:  Semoga Danial serasi dengan jadual persekolahan dia tahun hadapan.  Amin. 



2 comments:

  1. Salam kenal ayu :) Saya jiran from sp4. inshallah next yr nk hantar anak no 1 transit yg ini juga :)

    -zahra-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... hi zahra. nanti berkawan la anak2 kita kat situ. sekolah kebangsaan dapat sekolah mana?

      Delete