Wednesday, 27 February 2013

Kisah aku dan Breastfeeding

Dah 16 bulan pun saya menyusukan Danial.  Walaupun exclusive nya hanya 8 bulan, tapi sehingga ke hari ini, Danial masih tak nak 'lepaskan' saya.  Balik je dari ofis, Danial dah sambut dan mula merengek2 manja sbb nak menyusu. (padahal sebelum tu elok je dia main).  Kalau di rumah pengasuh, saya bekalkan susu formula untuk Danial.  Mujur dia boleh je minum dan tak banyak songeh.  Cuma kat rumah kalau saya bancuhkan FM, dia xmo minum. Memang dia akan tolak terus kecuali saya sejukkan susu tu dulu dalam peti ais.  Itupun minum separuh je... hmmmm... tapi tak pe laa.. selagi susu saya cukup untuk dia, mmg direct breastfeed je kalau kat rumah.  

Bila anak makin besar, macam2 la gaya dia menyusu sampai saya terpaksa buat2 merajuk sebab sakit.  Lagi laa bila dah ada gigi ni, pandai pulak dia bergurau gigit2 manja. adoiyaiii melecet jugak la akibat penangan gigi susu yang comel2 tu. Bila anak dah besar ni, memang terasa betul sebabnya kalau dulu masa baby, sebelah tangan je muat satu badan dia, tapi skang ni penuh satu riba saya ni. huhu. Kalau menyusu kat baby room (mana2 shopping mall or hospital) Danial la 'baby' paling besar... 

Penah jugak saya terbayang kalau lepas ni mengandung lagi, saya masih nak teruskan usaha breastfeed ni.  Kalau boleh kali ni nak persiapkan diri betul2 agar dapat buat EBM banyak2.  Sebab masa Danial dulu dah macam kais pagi makan pagi dah. Bila dah makan Shaklee baru ok sikit tapi itu pun tak cukup sebab saya tak disiplin diri dalam mengepam.  Breast pump dah canggih dah cuma tak consistent.  Benar la kajian yang dibuat, kalau kita tak selalu pump, macam mana susu nak banyak.  Tapi kebanyakkan orang memberi alasan takde susu la, takde masa la, takde pump la... hmm sume takde. Apa yang ada ntah. Milk booster tu mmg la bagus tapi kena disertakan dengan disiplin dalam mengepam.  Macam saya sendiri mmg agak ralat sbb berhenti awal.  Kalau ikutkan azam, mmg nak bagi Danial susu badan je sampai umur dia 2 tahun.  Tapi apapun saya masih puas hati atleast 6 bulan terawal, saya berjaya lakukannya.  

Pengalaman bengkak susu tu toksah cakap la.. Masa berpantang bape kali kena bengkak susu... Sampai kena tuam baru lega.. Itupun tak betul hilang sakitnya.  Tapi bila dah start serius mengepam, baru la bengkak susu dah tak terjadi.  haa lagi satu, oleh kerana favorite Danial adalah di sebelah kiri, maka kesannya, breast sebelah kiri lagi besar dari sebelah kanan... (rasa mcm nak sumbat tisu je)... 

 

No comments:

Post a Comment