Seronoknya kalau betul2 dapat kerja yang kena dengan jiwa kita. Tak semua orang bertuah untuk buat kerja yang memang kena dengan jiwa dia. Tapi apa yang selalunya terjadi hari ni, kita bekerja adalah untuk ada pendapatan sendiri. suka atau tak suka itu belakang kira dan tanggungjawab perlu dipikul kerana ia adalah amanah.
Macam saya sendiri, saya terlibat dengan dunia Sales and Marketing lama dah. Dalam suka or tak suka, itu la keje saya dari dulu. Pressure tu mmg la ada, tapi sekali sekala dapat rewardkan diri memang la seronok. Maklum laa keje ni memang tak terlepas dari TARGET TARGET TARGET... haihhh...
Bila saya selami jiwa saya betul2, saya suka sangat bidang penulisan. Saya suka berkerja di kelilingi oleh buku2 or majalah2. Masa dengan company lama, saya sempat la menjadi Public Relation Officer untuk beberapa tahun. Walaupun saya agak berat mulut untuk ber PR ni, apa yang saya suka sangat ialah bila saya perlu membuat write up, buat press release, perah idea untuk iklan, macam2 la... Masa tu, saya suka sangat kerja saya. Tapi apa kan daya, jodohku tak panjang (dengan company tu). Dan di tempat baru ini, saya kembali berkecimpung dengan dunia Sales and Marketing.
Apapun kerja kita sekarang, kena la buat dengan sepenuh hati. Mungkin ada yang rasa terpaksa atau terbeban dengan tanggungjawab dipikul lantas merasakan kerja tersebut menyusahkan dia. Saya masih teringat kata2 ustaz Wan Akashah ketika beliau dan isteri berkunjung ke tempat kami minggu lepas.
"Kalau rasa terbeban atau tak suka buat sesuatu kerja itu, niat la kerana Allah. Pasti hati lebih tenang apabila melakukannya"
Seronok sangat dapat dengar ceramah... |
Kesimpulannya: When Work is Play hanya terjadi kalau anda bekerja di Legoland... :)
No comments:
Post a Comment