Monday 29 July 2013

Pengalaman Kali Pertama Berniaga

Salam semua... lamanya saya tak update cerita kat blog. Ni semua gara2 agak sibuk kebelakangan ni.  Apa la yang sibuk sgt tu ek... ok ok ceritanya kami suami isteri telah cuba2 untuk menceburkan diri dalam berniaga ni... Kali pertama berniaga ni mmg agak mengujakan (haha ayat kemain..) dan jugak agak penat kerana terpaksa membusykan diri walaupun di hari minggu.  Niat nak berniaga ni mmg dah pasang dari dulu lagi tapi tak tahu nak berniaga apa sampai lah kami dipertemukan dengan Baju Melayu Kain Tshirt ni... Satu trend yang sangat2 baru dan menyebabkan kami tak duduk diam apabila menguruskan page facebook kami yang satu tu... Bintang Collection

Entry kali ni bukan saya nak cerita tentang bestnya baju ni tetapi pengalaman kami berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan. Alhamdulillah segala kepayahan tu kami dapat atasi.. ye laa bisnes kecik2, rintangannya pun kecik kan.. Tapi bagi kami yang setahun jagung ni mesti la sesuatu yang baru.. selama ni hanya menjadi pembeli dan kini penjual.. Baru la kami faham perasaan penjual tu kalau orang tanya macam2 tapi at last.. "ohhh saje tanya je" hehe... nak buat macam mana kan, terima aje laa...

Selain tu kami ni jenis lurus bendul pun ada jugak kerana terlalu percayakan orang sampai sanggup pos barang dulu sebelum menerima bayaran.. Nak tahu kenapa kami sanggup buat macam tu??? ni kan bulan puasa yakni bulan Ramadan yang sangat mulia sehinggakan nak buat sekecil2 dosa kering pun tak sanggup.  Jadi kami anggap takkan la ada orang sanggup tak bayar. Tapi ia berlaku jugak.. walaubagaimana pun ia tak menjadi sebab musabab untuk kami berputus asa kerana masih ramai customer yang baik. So, takkan la kerana sorang kami nak tutup kedai kan...

Haa lagi satu, selain Baju Melayu Kain T-shirt ni kami juga menjadi agent menjual kuih raya jgk... Oleh kerana yang ni kali pertama jugak, jadi kami mmg tak ambil untung banyak pun. dan yang membelinya pun semua kawan2 rapat, adik beradik serta sedara mara je pun... Apapun, bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki kerana dengan 2 bisnes ni, tak putus la cash dalam simpanan kami.. Boleh la bagi banyak sikit duit raya tahun ni.. ok kanak2 sila beratur ye... (haiipppp saya cakap kanak2 je.. ) 

Oh yaa kalau ada sesiapa yang masih tercari2 baju melayu untuk sicomel anda, boleh la terus ke Facebook Bintang Collection ye... terdapat banyak warna yang menarik untuk dimiliki... 


5 comments:

  1. wah busy rupanya dengan business patutlah dah lama tak update... tertanya2 jugak, semoga business bertambah maju jaya yer dear...

    ReplyDelete
  2. tahniah ayu..pencapaian yg membanggakan ;X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq... kalau yang dalam tu baby boy, aku chop sehelai utk anak hang... :)
      raya tahun depan laa...

      Delete
    2. hihihi...tq..doakan la na..:)

      Delete