Thursday, 3 April 2014

Ragam anak bila nak dapat adik

Salam... pengalaman mengandung anak kedua ni nampaknya lebih mencabar sedikit berbanding dengan pertama kali mengandung dulu.  Mencabar yang saya maksud kan tu ialah 'commitment'.  Kalau dulu kita hanya menguruskan diri sendiri je. Nak makan nak berehat semua ikut time sendiri. Tapi sekarang tidak lagi sebabnya masa kita banyak dihabiskan mengurus anak yang sorang nih.  nak bagi makan, nak bagi mandi, nak bagi pakai baju, nak melayan main, nak tidorkan pulak... Sib baik suami dah di train untuk keje2 mengurus anak ni.  Lagi la pulak sekarang ni dia macam dah boleh rasa kasih sayang kitorang ni kena share ngan adik. Kemain manja nye, sensitif lagi pulak tu. Macam2 ragam la.  Kalau dulu Danial lebih rapat dengan papa dia.  Papa nak pegi mana mesti nak ikut.  Sampai kena sorok dia dulu supaya tak nampak papa keluar rumah.  Tapi sekarang tidak lagi. Siap2 babai babai lagi papa dia nak pegi kedai. Yang penting, mama depan mata. Mujur la sekarang ni fasa mabuk lagi memabukkan itu dah habis. cuma letih je la sebab dah 5 bulan. (baju dah banyak tak muat. seluar apatah lagi...haihhh)

Semua ni memang la agak baru utk kitorang. Ntah macam mana la keadaan bila dah bersalin nanti. Insya Allah saya boleh handle 2 anak sekali.  :)

Bila la nak start potty train nih. style dah ada tu.. (abaikan bilik yang berselerak itu... *cuti2malaysia)

2 comments:

  1. budak2 kalau nak dapat adik memang macam tu kan dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa mcm tu la... pantang kena tegur sikit. menangis berjurai air mata. huhu

      Delete